Bismillah...
Camne ek diri kita ni? Apa yang kita cari dalam pembacaan kita? Nak beramal dengan apa yang kita baca atau sekadar nak tambah informasi di dalam otak? Lemahnya iman kita...
Rasulullah saw, pemimpin orang-orang beriman itu wafat dalam keadaan menggadaikan baju besinya. Mush'ab al-Khair, pemuda terkaya dan terbaik pada zaman jahiliyahnya, syahid dalam Perang Uhud dalam keadaan sungguh menyedihkan. Baju gamis itu sajalah satu-satunya harta yang tinggal. Jika ditutup kepalanya maka nampaklah kakinya. Jika ditutup kakinya maka nampaklah kepalanya. Lalu Rasulullah saw menyuruh para sahabat menutup kepalanya dengan kain dan kakinya ditutup dengan rumput. Abu Zar al-Ghifari, tokoh perompak pada era jahiliyahnya, mati di padang pasir tanpa kain yang boleh mengkafaninya. Begitulah pengakhiran para sahabat Rasulullah saw yang mulia.
Sekali saja mereka beriman, ditolak terus dunia ke tepi. Mereka hanya mengambil sedikit manfaat dari kehidupan duniawi untuk memenuhi keperluan hidup mereka yang sangat minimum. Jika mereka menjadi pemimpin, pegangan mereka adalah, "Pemimpin harus yang pertama kali merasakan lapar jika rakyatnya kelaparan dan yang terakhir merasakan kenyang jika rakyatnya bisa makan."
Berbeza dengan kita sekarang. Bukan je serba cukup tapi serba berlebihan. Kadang-kadang harta itu boleh menyumbang kepada syirik. Na'uzubillah...
Allahua'lam
p/s Sila baca buku 60 Sirah Sahabat Rasulullah saw tulisan Khalid Muhammad Khalid.
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Tuesday, December 29, 2009
Pemimpin harus yang pertama kali merasakan lapar jika rakyatnya kelaparan dan yang terakhir merasakan kenyang jika rakyatnya bisa makan
shinobi ibnu yazid on 21:28 2 shuriken
jutsu dari hati..., Self-Introspection
Monday, December 28, 2009
Pelikkah?
Bismillah...
Kadang-kadang kita merasa pelik dan kagum dengan "mereka-mereka" ini. Mereka melawan arus materialistik dengan kesungguhan. Menentang hawa nafsu dengan kekuatan iman. Pada usia yang masih muda mereka melompat ke anak tangga seterusnya. Tangga itu bukan rendah seperti tangga di fakulti. Tangga itu tinggi. Perlu melompat tembok jahiliyah "berlin" untuk ke anak tangga seterusnya. Tanpa menoleh ke belakang, mereka meninggalkan rakan-rakan yang masih ragu-ragu. Dari mana mereka beroleh kekuatan? Mereka menyempurnakan sebahagian dari deen mereka. Visi mereka jelas. Mereka perlu menapaki setiap anak tangga sebelum mereka boleh sampai kepada tangga terakhir. Di tangga terakhir mereka akan melihat cahaya yang indah menerangi seluruh pelusuk alam.
Allahua'lam.
p/s Entahla, apela aku mengarut di pagi hari ni...
shinobi ibnu yazid on 08:36 6 shuriken
jutsu ketidakpuasan hati
Sunday, December 27, 2009
For the Rest of My Life - Maher Zain
Bismillah...
I dedicate this beautiful song to all my friends, ikhwah and akhwat especially to (already married) Akhi Taufiq & Ukhti Munira and Akhi Hafizul Amin & Ukhti Sakinah and (RI's fellow and bridegroom), Akhi Khubaib & Ukhti Sakinah. Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir (^_^)
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
*Chorus
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and nights
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself I feel so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
shinobi ibnu yazid on 08:41 10 shuriken
jutsu Video
Thursday, December 24, 2009
Perlumbaan Kedua
Bismillah...
Budak tu baru lahir tiga hari, ayah dia dah suruh jalan sendiri. Tak logik la kan. Budak tu baru nak kenal nombor, cikgu dia dah suruh belajar integration, lagi la tak logik. Budak tu baru nak kenal alif ba ta, murabbi dia dah mutaba'ahkan baca al-Quran satu maqra' sehari. Kesian dia.
Memang betul manusia bersifat tergesa-gesa (17:11) dan mudah lupa. Dia tak ingat mak ayah dia besarkan dia camne. Dia lupa cikgu dia sabar je dengan "kekura-kuraan" dia dalam maths. Dia buat-buat lupa camne murabbi dia tarbiyah dia sehingga dia sampai ke tahap sekarang.
Sekarang dia pulak ambil alih peranan ayah, cikgu dan murabbi tu. Dia terpengaruh dengan buku "Belajar Bahasa Jepun Dalam 30 hari" atau buku "Speak english in 48 hours". Semuanya nak ekspress. Sedangkan realiti tak macam tu. Realiti lagi susah dari tu. Tak semua orang mudah dididik dan dibina. Setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza.
Kita takleh tanam pokok pastu harap esok dah berbuah. Mungkin mula-mula pokok tu nampak macam boleh hidup subur. Tiba-tiba pokok tu mati. Banyak sebab. Ada benih pokok yang awal-awal nampak macam takde harapan je nak hidup. Dengan kuasa Allah, pokok tu tumbuh dengan jayanya dan mengeluarkan buah yang ranum dan sedap. Ramai orang dapat manfaat dari pokok tu. Tapi bila nak tanam pokok, kena la belajar kaedah menanam pokok. Malangnya aku tak belajar dalam remote sensing camne nak tanam pokok. Tapi aku belajar skills tanam pokok dari mak aku.
Tanyala mak korang camne nak tanam pokok atau bolehla amik ko-Q pertanian kat UTM Skudai ni. Selamat Maju Jaya. Majulah pertanian untuk negara!
Allahua'lam
p/s Aku tanam pokok limau madu kat belakang rumah. Selepas bertahun-tahun tak berbuah gak, so aku tebang. Tak sabar. (^_^")
shinobi ibnu yazid on 07:54 3 shuriken
jutsu I Think
Wednesday, December 23, 2009
Suara dia macam Nidaisengama!
Bismillah...
Semalam kami serumah bersarapan kat Restoran Zunita Rabu (Betul ke Akmal??). Kat trafik light jalan surau Asy-syakirin. Dekat-dekat area Skudai Indah. Selepas ambil makanan kami pun duduk kat meja yang terletak kat depan tv. Kebetulan tengah rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan dijemput seorang artis (taktau sape nama dia). Macam nak promote la kot artis ni. Dia nyanyi. Tak best pun. Macam Fukasaku and Shima of the Nidaisengama. Mengutuk-ngutuk gak kat dalam hati. Tiba-tiba wea tanya,
"Apa pengajaran yang kita boleh ambil bila tengok dia nyanyi?"
Kubon jawab,
"Jangan nyanyi. Hahaha."
Aku jawab,
"Jangan dedah aurat. Hehehe."
Jawapan kami macam jawapan budak-budak sekolah rendah. Aku tahu. Tapi roti canai aku belum sampai. Jadi tak boleh nak fokus untuk cari jawapan yang lebih matured untuk soalan wea tu. Mesti ada orang cakap,
"Alaa..alasan je tu."
Aku akan jawab dengan gaya 'asim,
"Ok. Fine."
Aku tengok wea dok tersengih-sengih lagi. Mungkin geli hati dengar jawapan kami. Dia cakap jawapan tu betul gak tapi ada jawapan yang lebih tepat. Akmal yang duduk sebelah wea seolah-olah tak sedar kami dok depan sambil bincang-bincang benda tu. Khusyuk dan khudu' dia bersama nasi goreng beliau. Tapi tiba-tiba nampak dia tersenyum-senyum. Mungkin sedang berfikir.
Then, wea cakap,
"Suara dia tak sedap pun. Tapi apa yang penting dia berani sampaikan apa yang dia yakini. Kita pulak macam mana? Adakah kita berani menyampaikan keyakinan kita?"
Tak pelik dengan orang yang mendendangkan irama jahiliyah dengan penuh keyakinan di dalam dunia jahiliyah. Sound can't move through a vacuum. In fact, light did.
Kita bagaimana?
Allahua'lam.
p/s Restoran Zunita Rabu adalah tempat favourite Akmal. Hehe..
shinobi ibnu yazid on 13:45 3 shuriken
jutsu pengalaman hidup
Monday, December 21, 2009
Saya Bukan Pelajar Civil Engineering!
Bismillah...
Sering kedengaran suara-suara seperti putus harapan dan kekecewaan apabila batu-bata yang selama ini dibentuk hilang entah ke mana. Ataupun batu-bata itu "disqualified" kerana tidak menepati quality assurance (QA) seperti yang ditetapkan oleh "SIRIM". Kita sebagai ketua jurutera batu-bata merasakan telah mengadun komposisi bahan yang betul. Pasir, air, simen dll mengikut calculation dalam teori pembinaan batu-bata. Tapi kenapa hasilnya masih ada defect?
Manager terus tertanya-tanya di mana silapnya. Siapa yang perlu dipersalahkan? Bahagian research and development (R&D) atau production? Team R&D yang salah perkiraan atau team production yang lalai? Apakah ada unsur-unsur sabotaj pihak-pihak lain? Sesetengah manager mengambil jalan mudah menuding jari ke sana-sini. Orang-orang sebegini ada kepentingan peribadi.
Apabila manager ambil mudah dalam pembinaan batu-bata seperti mengurangkan komposisi bahan atau menggunakan bahan yang lebih murah, kesannya adalah bangunan yang akan dibina mempunyai jangka hayat (lifespan) yang pendek. Besar kemungkinan bangunan akan runtuh even apabila hanya satu batu-bata yang dibuat tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan. Bukan mudah nak buat bangunan. Kalau tak percaya tanya students Civil Engineering UTM Skudai? Betul kan?
Allahua'lam.
p/s Aku bukan budak civil engineering. Kalau salah minta ampun ye :)
shinobi ibnu yazid on 23:42 8 shuriken
jutsu dari pena penulis..., I Think
Sunday, December 20, 2009
Masalahnya adalah kita
Bismillah...
Semakin banyak amal, sepatutnya kita semakin rendah diri. Sebab "nature" amal yang benar itu akan menzahirkan rasa malu terhadap segala kekurangan kita. Tak ramai orang yang mampu jadi begini. Banyak yang tertipu dengan amal mereka (ghurur). Mereka rasa telah beramal banyak. Mereka rasa "lebih Islam" dari orang lain. Mereka rasa "superior" berbanding manusia lain. Mereka lupa asal kejadian mereka tetap sama. Air mani yang hina. Ini kerana mereka membandingkan amal mereka secara salah. Seorang pendakwah tak boleh membandingkan amal ibadatnya dengan orang awam. Jika seorang "orang awam" menjaga solat wajibnya berjemaah di masjid, da'i wajib jaga solat rawatibnya di masjid juga. Atau datang awal untuk i'tikaf, baca al-Quran, azan dll. Jika orang awam membaca al-Quran satu mukasurat sehari, da'i perlu at least satu hizb (rubu').
Jika seorang yang baik (soleh) tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar (dakwah) dikatakan sebagai ada "something wrong", aku berpendapat da'i yang sibuk melakukan dakwah tapi tidak menjaga amal (tidak soleh) itu "totally wrong". Mungkin orang yang something wrong tu belum diberikan hidayah oleh Allah untuk sama-sama dalam barisan da'i. Itu masalah hidayah yang kita tiada kuasa ke atasnya. Tapi jika seseorang yang mengaku da'i, telah dibukakan pintu hidayah untuk bersama barisan mujahidin, menghadiri liqa'-liqa' mingguan, daurah etc tetapi sangat minimal dalam beramal terutama amal-amal fardi (individu), lebih teruk dari orang yang something wrong. Islam itu tak akan tertegak melainkan selepas lahirnya individu yang mampu bermujahadah terhadap dirinya sendiri sebelum menyeru orang lain.
Al-Quran warning kita tentang perkara ini dalam ayat-ayat berikut; (2:44), (13:11), (61:2) dan (66:6). Sepatutnya bagi da'i yang dimutaba'ah untuk membaca al-Quran setiap hari peka akan hal ini. Seorang mursyid IM berpesan, "Aqim daulatal Islam fi qalbika, taqum fi 'ardhika" yang bermaksud tegakkan daulah Islam di dalam hatimu, maka Islam akan tertegak di sekelilingmu. Punca masyarakat menjauhi para da'i adalah sikap da'i itu sendiri. Mereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang-orang di sekeliling mereka. Masyarakat bukan bodoh untuk percaya kepada kata-kata yang manis berselang-seli dalil al-Quran dan hadis. Mereka mahukan contoh praktikal yang jelas dalam kehidupan sehari-hari para da'i. Once anda "dicop" sebagai da'i, maka setiap kelakuan anda akan diperhatikan dan dianalisis. Dan bila anda cuba mempraktikkan Islam dalam diri, sedikit demi sedikit anda akan menjadi ghurabaa' (asing). Sedikit kesilapan, walaupun sebagai manusia biasa, anda akan dikecam dan dikritik. Anda akan realize betapa sukarnya apabila masyarakat hilang kepercayaan kepada para da'i hanya kerana beberapa "kesilapan manusiawi" yang kita lakukan. Masyarakat bukan prejudis tapi apa yang mampu kita expect dari masyarakat seperti yang ada sekarang? Ibarat bangunan yang tinggi. Bertahun-tahun lama diperlukan untuk dibina namun cukup 5 saat saja untuk hancur runtuh bila gempa bumi.
Ingatlah para da'i! Kalian hanya salah satu dari mata rantai daripada mata rantai perjuangan yang panjang ini. Kalian hanya salah satu komposisi dalam batu-bata binaan bangunan dakwah yang agung. Jika kita ingin melihat roda perjuangan dakwah ini terus berpusing, kukuhkan mata rantai kita. Jika kita ingin bangunan dakwah yang ingin dibina kukuh menjulang ke langit dan memancarkan chakra-chakra "rahmatan lil 'alamin", maka pastikan batu-bata yang kita tempati dibuat dengan kukuh dan padat dengan komposisi yang tepat. Bahawasanya, jika kita tak ingin memelihara semua ini, dakwah ini akan tetap terus meluncur ke depan ke arah masa depan Islam yang gemilang dengan nur Ilahi. Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain (5:54, 47:38). Kita pilih antara dua; menjadi kaum pengganti atau yang diganti.
Allahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 22:20 2 shuriken
jutsu dari hati..., dari pena penulis..., I Think, Self-Introspection
Friday, December 18, 2009
Open Your Eyes by Maher Zain
Bismillah...
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No
[Chorus]
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We cant keep hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[Allah]
Guide us every single day
[Allah]
Keep us close to you
Until the end of time
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running i your veins
What about anger love and pain
And all the thing you are feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there
Lets start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No
[Chorus]
When a baby's born
So helpless and weak
And you are watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life
[Chorus]
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank You
---------------------------------------
shinobi ibnu yazid on 06:54 0 shuriken
jutsu Hiburan Itu Indah, Video
Monday, December 14, 2009
Rempit
Bismillah...
Sakit kepala. Bukan sebab fikir masalah umat pun. Apatah lagi nak fikir kaedah pembaikpulihan. Diri sendiri pun rosak. Lidah macam laser bila bagi nasihat. Lupakah pada ayat?
"Apakah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan dan kamu melupakan dirimu sendiri sedangkan kamu membaca al-Kitab." (2:44)
Selalu rasa tak layak berada di sini. Di level sekarang. Kenapa aku kat sini? Rasa nak get rid dari semua ni. Tapi susah.
"Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia." (114:1-6)
Tension. Kepala sakit macam kena migrain. Aku pecut motor laju-laju. Aku dah tak fikir accident ke apa. Alhamdulillah sampai rumah. So, nak tido.
"Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati. Amin."
shinobi ibnu yazid on 23:31 2 shuriken
jutsu dari pena penulis...
Saturday, December 12, 2009
Terlanggar Hidayah di KMPk (Bhgn 1)
Bismillah...
Dalam lecture hall 2 KMPk. Kumpulan Kuliah 1 yang melibatkan kumpulan tutor 1 hingga 8. Aku berada dalam kumpulan tutor 7 (T07). Tak ingat dah subjek apa time tu. Tapi memang tak fokus.
"Pali, malam ni jom ikut aku", kata Sam, kawan aku.
"Pergi mana?"
"Usrah."
"Usrah? Ada usrah ke kat sini? Tak pernah dengar pun."
"Adaaa. Ramai gak yang join. Buat kat surau blok L1 aras bawah."
"Usrah ni buat camner? Sape yang handle?"
Aku masih ragu-ragu. Ini dah hujung sem 1 kat matrik ni. Tak pernah dengar pun ada usrah. Tapi memang patut pun aku tak tahu. Jarang-jarang turun surau atau masjid. Solat pun ikut suka. Dah nak dekat final exam baru la rajin sket ke surau. Maghrib isyak. Baru start nak baca al-Quran. Terbata-bata. Jenuh aku nak mengeja satu-satu. Malu gak bila malam jumaat just gerak-gerak mulut je masa baca yasin kat masjid al-maghfirah KMPk tu. Padahal tak dapat catch up dengan bacaan orang lain yang laju. Sedih-sedih...
"Ada abang dari UTP yang buat. Dalam usrah tu buat baca al-Quran, tafsir dan perbincangan pasal Islam. Kalau ko nak tanya pasal akademik pun boleh gak sebab diorang tu sume power2 gak."
"Pukul berapa malam ni?"
"Lepas maghrib. Kat surau L1."
"Ok. InsyaAllah. Dah dah. Fokus kat depan plak."
--------------------------------------------------
Malam tu lepas maghrib, aku tunggu kat surau. Ramainya orang. Budak yang jadi imam tu baca ayat mana ntah. Panjang. Suara dia pun sedap. Aku dah tak ingat nama dia. Oleh kerana surau sempit, maka perjumpaan malam tu berpindah ke bilik Peja. Masa tu aku tak kenal lagi mamat tu. Nampak macam Stephen Hawking dengan spec tebal dia. Aku ni jahat gak. Suka kutuk orang. Dalam bilik tu ada ramai orang. Aku tak tau sapa lagi rumate dia. Ramai gak kawan-kawan kuliah aku yang join. Tak pernah lak diorang ajak. Just masuk dan salam salam je. Sebab ramai sangat, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Sam dengan group lain. Aku dengan group lain. Dengan abang F. Malam tu sempat sesi ta'aruf dan tazkirah sket je. Tapi tazkirah dia menarik sebab banyak pick up ayat al-Quran dan hadis. Dan dia sebut surah brapa dan ayat mana serta riwayat hadis tu.
"Abang ni hafal Quran ke?", aku tertanya-tanya dalam hati.
"Kalau hafal Quran, kenapa masuk UTP?", aku konpius time tu. Rasa suspicious.
"Okla, minggu depan kalau boleh ana nak antum setiap sorang ada al-Quran besar macam ni sorang satu. Ana akan ajar terjemahan al-Quran secara harfiah. Ni untuk kita belajar bahasa arab supaya kita dapat faham al-Quran yang kita baca", abang F menyimpulkan tazkirah beliau.
Masa tu aku pening sket. Ana? Antum? Akh? Enta? Apa tu? Maklumla, budak sekolah harian biasa macam aku ni mana la reti. Time tu baru tahu itu bahasa arab.
"Tapi bro (abang), ana takdak duit la. Nak makan pun kena saving."
"Takpe, nanti ana beli kat enta."
-------------------------------------------------
Minggu depan aku, seperti yang telah dijanjikan, aku pun pergi ke surau tapi lambat sket sebab aku solat isyak kat bilik je. Lepas maghrib gi makan pastu tengok Akademi Fantasia dengan Rojo dan Paplew. Diorang ni budak MRSM Langkawi. Peminat setia AF. Siap AFUNDI lagi. Mujur aku tak terpengaruh. Sampai je kat surau,
"Eh! Mana ni? Takdak orang pun."
Aku try gi tengok kat bilik Peja tapi kunci. Senyap je kat ground floor time tu.
"Mane la budak-budak ni pegi? Haishh...."
Bersambung....
shinobi ibnu yazid on 13:57 2 shuriken
jutsu pengalaman hidup
Thursday, December 10, 2009
Hiatus - Jaulah
Bismillah...
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Susah betul hati ni untuk mengingati Allah. Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Bila fikir-fikir balik, takut betul dihisab nanti. Setiap detik umur akan ditanya ke mana dihabiskan. Banyak sungguh masa terbuang kat benda-benda yang tak berfaedah. Kadang-kadang "jeles" tengok member2 yang sibuk bekerja, belajar etc. Jarang nampak diorang habiskan masa dengan main game, fesbuking, tido dll. Bukan tak try buat. Kadang-kadang tu try la buat tapi susah betul nak maintain. Baca buku 2-3 mukasurat dah boring pastu... Macam mana nak timbulkan minat? Minat membaca, belajar, tadabbur, dan benda-benda berfaedah yang lain. Banyak dan kuat sangat "tarikan" ke arah buat benda tak/kurang baguih. Kadang-kadang, blogging pun masuk dalam kategori "melalaikan" gak, bagi aku. Tanya orang sana-sini, macam mana nak capai 10 muwasofat? Rasa macam akidah dah ok tapi malas pi bersenam. Perut dah "8 bulan" tapi tak sedar-sedar gak. Nampak macam dah musaqqaful fikr tapi urusan-urusan hidup tak terjaga. Timeline planning pun tak buat. Kalau buat pun tak iltizam nak buat. Sebulan, dua bulan, 3 bulan? Lepas tu.... Kata dah mujahadah tapi masa tak terurus. Selalu datang lambat ke... Imbalance. Bila evaluate semula rasa macam takdak satu pun masuk dalam kriteria tu. Malu sungguh. Dah bertahun-tahun ditarbiyyah, dah beratus-ratus kali halaqah/usrah, berpuluh-puluh tamrin dan daurah, berkali-kali "didera" dalam mukhayyam dan rehlah. Tapi tak banyak berubah. Takkan nak bagi alasan, "Alhamdulillah, berubah gak walaupun sikit. Kan Nabi cakap, lagi bagus amal yang sedikit tapi berterusan." Ini bukan bebelan ataupun menghaban. Ini evaluasi, terutama kepada diri sendiri.
Bila tengok junior-junior dah semakin matang dan dah pandai untuk planning sendiri, rasa jeles lagi. Cepat betul masa berlalu. Betulla kata suatu "sms", "Sekali air bah, sekali pantai berubah." Dulu diorang merangkak. Sekarang dah pandai berlari. Tak terkejar. Laju betul. Tak boleh cakap, "Wei, tunggu jap, aku letih ni." Diorang suka guna teori evolusi, "Survival of the fittest." Kalau "pakcik" tak larat, pi berehat bawah pokok. Kami lari dulu. Nanti kami amik pakcik naik van
"Ayah ni buat-buat pandai je. Islam tak cakap camtu pun.", getusku di dalam hati.
Sekarang aku dah tahu. Mungkin lebih tahu dari mereka. Tak jarang aku memperlekehkan pendapat mereka. Pernah gak bertelagah pendapat dengan ayah. Bukan mudah nak ubah persepsi seseorang yang dah hidup hampir 70 tahun. Dah berkilo-kilo garam ditelannya. Aku mungkin baru secubit dua. Aku sekarang dah bergelar pelajar universiti. Dari segi intelektual mungkin lagi baik dari mereka. Tapi, aku dapat peluang tu. Mereka tak pernah dapat peluang tu. Mereka hanya berpeluang menghidupi aku dan adik-beradikku yang lain. Itu lebih besar dan lebih baik dari phD, MSc atau degree etc. Kadang-kadang kita yang diberi hidayah oleh Allah ini tak reti bersyukur. Kita rasa kita dah faham Islam, so kita dah jadi lebih baik dari ibubapa kita (yang tak mendapat rahmat yang sama). Allah suruh kita selamatkan diri dan keluarga daripada api neraka. Kita sibuk mengajak orang lain buat baik tapi kita abaikan keluarga sendiri. Kita tak cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka sesuai dengan kemampuan intelektual mereka. Yela, kita kan pelajar universiti. Perlu jaga standard. Yang tak betulnya ialah tarbiyyah tak dapat mengubah diri kita. Tarbiyyah tu sifatnya muqallib (merubah). Sepatutnya lepas dapat tarbiyyah, kita semakin lembut dan baik terhadap ibubapa. Rasa nak share "iman" yang kita dapat tu dengan diorang dan adik beradik kita yang lain. Bukan untuk rasa "lagi power" dari diorang semua. Patutnya lepas dapat tarbiyyah lagi rasa humble. Sepatutnya diorang rasa suka dengan perubahan yang berlaku bukan sebaliknya. Kalau sebelum tarbiyyah tak pernah2 basuh pinggan mangkuk, lepas tarbiyyah, masa cuti sem, balik rumah jadilah rajin. Tolong sapu sampah, basuh pinggan, kain semua, jaga solat jemaah, baca al-Quran etc. Tolong diorang serba serbi.
Kalau diorang tanya dengan nada pelik, "Awat hang ni pelik sangat sejak masuk U ni? Buang tabiat nak mampos? (ayat cerita P.Ramlee).
So, jawabla dengan sopan dan santunnya, "Mak, kat U, pali (bukan nama sebenar) join usrah.
"Usrah tu apa?", mak tanya balik.
"Usrah tu macam kumpulan belajar la. Selain study sama2, kami bincang pasal Islam. Saling ingat-mengingati. Mak jangan risau, kami bukan pengganas. Lagipun, pihak universiti pun sokong program2 macam ni untuk elakkan pelajar2 terlibat dengan aktiviti2 yang tak berfaedah."
"Mak tak kisah. Asalkan anak mak jadi orang berguna."
"Baiklah mak. Hehehe...."
Banyak lagi kebaikan usrah kalau nak sebut. Yang penting tunjuk contoh yang baik tu dulu. Bukan "menunjuk" contoh yang baik. Jangan balik rumah dok tidoq ja. Makan tidoq makan tidoq. Kalau mak hangpa tau hangpa ikut usrah, konfem lepas tu dia tak bagi ikut dah. Rasanya masih on-track lagi ni.
Kadang-kadang kita terlampau dipengaruhi oleh semangat. Mungkin sebab kita selalu terprovokasi atau dicandu dengan spekulasi. Jiwa muda. Biasalah. Jangan disimbah dengan minyak, nanti makin menyala. Kalau baru-baru dapat taujih pasal COUPLE ITU HARAM, terus clash. Alhamdulillah, macam sahabat2 Rasulullah saw dapat tahu pengharaman arak atau para mukminah sahabiah ketika mendapat tahu kewajipan berjilbab. Hidayah ni misteri. Kita pun taktau bila dia datang. Tup tap tup tap, aikk! dah berubah 180 darjah. Cuma cara kita mengendalikan "semangat awal" tu perlu improve kot. Kalau nak clash/break out pun bagila penerangan yang sewajarnya agar tak terzalimi. Kita boleh berkeras dengan diri kita tapi dengan orang lain kita kena consider kemampuan dan penerimaan dia dulu. Islam ni datang dengan alternatif. Kalau nak hapuskan sesuatu, Islam akan ganti dengan benda yang lebih baik. Haram arak, minum susu. Haram couple, suruh kahwin. Haram zina, bagi poligami. Haram riba, halalkan al-bai' etc. Kita (yang mengaku sebagai dai) kena kemukakan solusi cara Islam. Baru orang nampak kesyumulan Islam. Tu mungkin dari segi alternatif yang diperlukan tapi dari segi cara menyampaikan idea pun kena betul. Kadang-kadang kita ni idealist. Jumpa orang couple terus sergah, "Hoiii!! tau dak couple tu HARAM JIDDAN!" Dah la haram, tambah jiddan plak lagi. Nak bagitau benda betul tapi cara salah. Allah nak haramkan arak pun berperingkat-peringkat. Tapi kita ni tergesa-gesa. Seolah-olah kita "nak bagi hidayah" pada orang. Aku pernah lalui dan lihat benda ni berlaku. Sedihnya, orang-orang muda yang bersemangat ni sekarang dah banyak yang f*&^#. Semoga Allah memelihara kita dan mereka.
Bukan berkhutbah, ingin betuli diri jua (lagu Alhamdulillah Too Phat). Post kali ni agak panjang sebab comprise idea-idea yang pop! triggered by pemerhatian/tafakkur semasa berjaulah ke utagha. Best gak. Balik ke rumah di Taiping seminggu pastu ke Kedah, Penang dan Perlis selama 4 hari. Then semalam sebelum balik JB singgah kat KL jap. Sempatla "mengumpul data". Kata orang, "Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman." Maafla kalau silap. Tak pandai sangat berbahasa. Kita boleh baca berpuluh-puluh buku atau dengar beratus-ratus ceramah tapi ianya takkan sama dengan sesaat pengalaman dan tafakkur melihat alam dan ragam manusia. Lagi best bila kita dapat lihat dan compare sendiri teori-teori kemanusiaan yang dibaca di dalam buku dengan realiti yang berlaku di sekeliling kita.
Mungkin lain kali boleh tulis dengan lebih proper lagi. Maaf jika bahasa atau apa-apa yang tak kena. Menulis apa yang terlintas di fikiran je. Semoga bermanfaat insyaAllah. Allahua'lam. Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 09:45 1 shuriken
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-