Saturday, December 12, 2009

Terlanggar Hidayah di KMPk (Bhgn 1)

Bismillah...


Dalam lecture hall 2 KMPk. Kumpulan Kuliah 1 yang melibatkan kumpulan tutor 1 hingga 8. Aku berada dalam kumpulan tutor 7 (T07). Tak ingat dah subjek apa time tu. Tapi memang tak fokus.

"Pali, malam ni jom ikut aku", kata Sam, kawan aku.

"Pergi mana?"

"Usrah."

"Usrah? Ada usrah ke kat sini? Tak pernah dengar pun."

"Adaaa. Ramai gak yang join. Buat kat surau blok L1 aras bawah."

"Usrah ni buat camner? Sape yang handle?"

Aku masih ragu-ragu. Ini dah hujung sem 1 kat matrik ni. Tak pernah dengar pun ada usrah. Tapi memang patut pun aku tak tahu. Jarang-jarang turun surau atau masjid. Solat pun ikut suka. Dah nak dekat final exam baru la rajin sket ke surau. Maghrib isyak. Baru start nak baca al-Quran. Terbata-bata. Jenuh aku nak mengeja satu-satu. Malu gak bila malam jumaat just gerak-gerak mulut je masa baca yasin kat masjid al-maghfirah KMPk tu. Padahal tak dapat catch up dengan bacaan orang lain yang laju. Sedih-sedih...

"Ada abang dari UTP yang buat. Dalam usrah tu buat baca al-Quran, tafsir dan perbincangan pasal Islam. Kalau ko nak tanya pasal akademik pun boleh gak sebab diorang tu sume power2 gak."

"Pukul berapa malam ni?"

"Lepas maghrib. Kat surau L1."

"Ok. InsyaAllah. Dah dah. Fokus kat depan plak."

--------------------------------------------------

Malam tu lepas maghrib, aku tunggu kat surau. Ramainya orang. Budak yang jadi imam tu baca ayat mana ntah. Panjang. Suara dia pun sedap. Aku dah tak ingat nama dia. Oleh kerana surau sempit, maka perjumpaan malam tu berpindah ke bilik Peja. Masa tu aku tak kenal lagi mamat tu. Nampak macam Stephen Hawking dengan spec tebal dia. Aku ni jahat gak. Suka kutuk orang. Dalam bilik tu ada ramai orang. Aku tak tau sapa lagi rumate dia. Ramai gak kawan-kawan kuliah aku yang join. Tak pernah lak diorang ajak. Just masuk dan salam salam je. Sebab ramai sangat, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Sam dengan group lain. Aku dengan group lain. Dengan abang F. Malam tu sempat sesi ta'aruf dan tazkirah sket je. Tapi tazkirah dia menarik sebab banyak pick up ayat al-Quran dan hadis. Dan dia sebut surah brapa dan ayat mana serta riwayat hadis tu.

"Abang ni hafal Quran ke?", aku tertanya-tanya dalam hati.

"Kalau hafal Quran, kenapa masuk UTP?", aku konpius time tu. Rasa suspicious.

"Okla, minggu depan kalau boleh ana nak antum setiap sorang ada al-Quran besar macam ni sorang satu. Ana akan ajar terjemahan al-Quran secara harfiah. Ni untuk kita belajar bahasa arab supaya kita dapat faham al-Quran yang kita baca", abang F menyimpulkan tazkirah beliau.

Masa tu aku pening sket. Ana? Antum? Akh? Enta? Apa tu? Maklumla, budak sekolah harian biasa macam aku ni mana la reti. Time tu baru tahu itu bahasa arab.

"Tapi bro (abang), ana takdak duit la. Nak makan pun kena saving."

"Takpe, nanti ana beli kat enta."

-------------------------------------------------

Minggu depan aku, seperti yang telah dijanjikan, aku pun pergi ke surau tapi lambat sket sebab aku solat isyak kat bilik je. Lepas maghrib gi makan pastu tengok Akademi Fantasia dengan Rojo dan Paplew. Diorang ni budak MRSM Langkawi. Peminat setia AF. Siap AFUNDI lagi. Mujur aku tak terpengaruh. Sampai je kat surau,

"Eh! Mana ni? Takdak orang pun."

Aku try gi tengok kat bilik Peja tapi kunci. Senyap je kat ground floor time tu.

"Mane la budak-budak ni pegi? Haishh...."


Bersambung....

2 shuriken:

Anonymous said...

mana bahagian dua? berdebar ni

Zikir Din said...

hoho..dah jumpa entri...
moga sentuhan dan perlanggaran dengan hidayah di KMPk menjadikan kita orang yang terus tegar dalam jalan dakwah,

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template