Wednesday, December 23, 2009

Suara dia macam Nidaisengama!

Bismillah...

Semalam kami serumah bersarapan kat Restoran Zunita Rabu (Betul ke Akmal??). Kat trafik light jalan surau Asy-syakirin. Dekat-dekat area Skudai Indah. Selepas ambil makanan kami pun duduk kat meja yang terletak kat depan tv. Kebetulan tengah rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan dijemput seorang artis (taktau sape nama dia). Macam nak promote la kot artis ni. Dia nyanyi. Tak best pun. Macam Fukasaku and Shima of the Nidaisengama. Mengutuk-ngutuk gak kat dalam hati. Tiba-tiba wea tanya,

"Apa pengajaran yang kita boleh ambil bila tengok dia nyanyi?"

Kubon jawab,

"Jangan nyanyi. Hahaha."

Aku jawab,

"Jangan dedah aurat. Hehehe."

Jawapan kami macam jawapan budak-budak sekolah rendah. Aku tahu. Tapi roti canai aku belum sampai. Jadi tak boleh nak fokus untuk cari jawapan yang lebih matured untuk soalan wea tu. Mesti ada orang cakap,

"Alaa..alasan je tu."

Aku akan jawab dengan gaya 'asim,

"Ok. Fine."

Aku tengok wea dok tersengih-sengih lagi. Mungkin geli hati dengar jawapan kami. Dia cakap jawapan tu betul gak tapi ada jawapan yang lebih tepat. Akmal yang duduk sebelah wea seolah-olah tak sedar kami dok depan sambil bincang-bincang benda tu. Khusyuk dan khudu' dia bersama nasi goreng beliau. Tapi tiba-tiba nampak dia tersenyum-senyum. Mungkin sedang berfikir.

Then, wea cakap,

"Suara dia tak sedap pun. Tapi apa yang penting dia berani sampaikan apa yang dia yakini. Kita pulak macam mana? Adakah kita berani menyampaikan keyakinan kita?"

Tak pelik dengan orang yang mendendangkan irama jahiliyah dengan penuh keyakinan di dalam dunia jahiliyah. Sound can't move through a vacuum. In fact, light did.

Kita bagaimana?

Allahua'lam.

p/s Restoran Zunita Rabu adalah tempat favourite Akmal. Hehe..

3 shuriken:

Mashizaki Keikan said...

Restoran yang dah buat banyak kes dah dengan ana... Tapi akmal punya pasal, pergi jugak ke sana kadang-kadang.

Abang tu macam berminat nak join usrah je..?

snowss said...

lawak la hampa ni...

ibnu yazid said...

'ammar, akmal tgh df dia. diorg ckp akmal bwk buku A2I kat dia. mantap seyh...

salji, tq

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template