Friday, January 22, 2010

Keringnya ukhuwwah...

bismilLah...

Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam (begitu aturan Tuhan)


Kadang-kadang dengar lagu Hijjaz ni best plak. Best bila ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada dan di sekeliling kita.

"Ukhwah filLah abadan abada..."

"Ana uhibbuka/i filLah..."

etc...

Dalam keluarga besar ni banyak lagi selain ayat-ayat macam kat atas ni dituturkan. Semuanya nak mengekspresikan perasaan yang 'halal'. Kata-kata yang lahir dari hati maka akan sampai ke hati jua. Namun kata-kata yang keluar dari mulut paling jauh sampai ke telinga je.

Hari ini ramai orang memberi takwilan baru pada makna ukhuwwah. Satu team tapi tak kenal. Satu team tapi tak communicate. Satu team tapi dok mengata team member. Satu team tapi berbeza visi dan misi. Agak-agak boleh berjaya ke team camni? Dalam satu team futsal - 5 orang - sume nak jadi striker. Sume nak naik, nak score. Main pun senyap je. Panggil member, "hoi2, pass bola kat aku la."

Anak Usrah Bukan Hak Milik Naqib

Tak pernah aku jumpa kat anak usrah sesape ada cop "Parental Advisory". Cuma sticker tu diletakkan pada pemikiran kita. Kita merasakan kita lebih berhak ke atas mereka. Atau melahirkan sikap seperti "alah, anak usrah dia pandai-pandai la dia handle." Ke mana perginya takaful dan ta'awwun kita? Jika kenal pun tidak, apakan pula nak berziarah. Bukankah masalah kita tanggung bersama? Tapi bila kita limitkan takaful kita pada orang yang kita kenal saja, tu tak adil. Mengapa ada sikap double-standard dalam berukhuwwah?

We Don't Have Chemistry

Takleh masuk dengan certain orang. Kita berukhuwwah dengan orang yang sama kumpulan dengan kita dalam periodic table je. Cuba check balik diri kita. Masalahnya adalah kita tak bersedia untuk menerima perbezaan. Kita lebih suka menerima daripada memberi. Sedangkan persamaan kimia mesti diseimbangkan, inikan pula persamaan ukhuwwah.

Mengomel dan Doa

Tak jarang bila kita fikir kita takde chemistry dengan ikhwah lain, kita lebih suka cakap-cakap belakang. Most specifically, mengumpat. Macam-macam kita cakap. Kita sendiri tak faham kot apakah itu mengumpat. Kita rasa kita sedang meluahkan perasaan atau kita cuba menceritakan kebenaran. Sebaliknya kita sedang memakan daging saudara kita yang telah mati. Bukankah diam itu lebih baik? Mengapa kita tidak memilih berdoa agar Allah menyatukan hati-hati kita? Jawapannya mudah. Kerna jauhnya hubungan kita dengan Allah, Pemilik hati-hati kita. Dan kita jarang melihat kesalahan adalah berpunca dari kita dan memilih 'jalan selamat' menyalahkan orang lain.

Hati Kita yang Kering

Andaian-andaian buruk terhadap ikhwah (su'uzhon) atau kita dah takde perasaan terhadap ikhwah. Tiada lagi rasa cinta dan kepercayaan. Ikhwah yang datang disambut dengan 'muka ketat' dan ancillary smiles. Tiada lagi pelukan mahabbah yang hangat penuh kerinduan. Tiada lagi deraian airmata takut futur. Tiada lagi doa untuk ikhwah yang jauh. Hati kita benar-benar telah kering dari mata air ukhuwwah. Yang tinggal hanyalah padang tandus dan merekah.

Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan, tiada siapa yang bisa memisahkan kita, antara kita semua

Jika dikumpul seluruh langit dan bumi, tidak akan mampu untuk menyatukan hati-hati kita. Hanya Allah saja yang dapat menyatukan hati-hati kita. Semoga ukhuwwah kita terus segar insyaAlLah.

Allahu a'lam.

6 shuriken:

farhana said...

ana suka post ni.ukhuwah memang satu part yg perlu dijaga dlm amal jamaie
.
"persamaan kimia mesti diseimbangkan, inikan pula persamaan ukhuwwah."(mungkin sbb ana org kimia so ayat ni best!)

jzkk ats prkngsian

Anonymous said...

lumrah kehidupan yang ukhuwwah ni ada pasang surutnya....
[anonumous]

zakri said...

Assalamu'alaykum,

rukun usrah, taaruf, tafahum dan taawun perlu dipupuk walaupun telah berkenalan lebih dari 10 tahun, even 20 tahun pun...

sebab apa? sebab pendirian dan perangai manusia akan berubah, tanpa dia sendiri sedari...

so, terimalah sahabatmu itu seadanya, baiknya, digembar-gemburkan, dan cacatnya, kita diamkan...

tapi ada perkara yang perlu dibincangkan, bukan mengumpat, tapi untuk cari jalan penyelesaian untuk kelakuan yang tidak enak itu...

regard and cheer~~

ibnu yazid said...

salam,

wah! dah ada 3 org komen.

ana bukan org yg jenis buat kerangka sebelum tulis. ana tulis apa yg terlintas je. mungkin ana salah. harap dpt beri tunjuk ajar.

ana rasa sumber kekuatan itu adalah kesatuan kita yg mana lahir dari ukhuwwah yg mantop.

ana lalui dan menapaki jalan ni bersama-sama antum dan rakan-rakan yg lain. ana melihat ada perkara yg x kena tp ana mungkin x berpeluang atau mampu untuk luruskan perkara tu pada masa tu.

ana coretkan kt sni sbg reflection bg diri ana sendiri dan kpd sesiapa yg suke baca blog merepek ni.hehehe..

"sebenarnya rasa cinta tu ada tapi sungguh sukar nak diterjemahkan" (Paley Tsugareyukumono)

imammuda said...

memang best paley..
teruskan menulis untuk meningkatkan perasaan ukhuwah..

KMPk dalam kenangan...

zikri, KMPk 2004.

[Ab.ngah] said...

:)

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template