Bismillah...
Dalam hidup kita kat dunia ni, keikhlasan adalah benda yang paling susah nak buat. Nak cakap ikhlas kat mulut senang je tapi dalam hati sape tau kan. Nak gi sembahyang kat masjid, adakah ikhlas kerana Allah atau sebab malu kat member? Nak gi library, adakah nak cari ilmu kerana Allah atau nak orang nampak dia rajin sangat? Nak join usrah sebab nak perbaiki diri menjadi lebih baik atas perintah Allah atau nak cari akhwat tudung labuh? Dan setiap detik hidup kita diuji dengan ujian keikhlasan. Setiap benda yang kita nak buat (benda baik) mesti dengan niat yang ikhlas, kalau tak amalan tak diterima. Sebab keluar hadis 1 (Niat) tu adalah apabila ada sahabat yang nak berhijrah kerana wanita.
Camne kita nak ikhlas? Nak pastikan setiap yang kita buat tu ikhlas bukan mudah. Salah satu sebab susah nak ikhlas adalah masih ada kepentingan peribadi yang nak jaga.
"Nak pinjam boleh tapi jangan lupa isi minyak balik", nada macam nak tak nak je bagi pinjam.
Apa perasaan orang yang nak pinjam bila dengar ayat camni? Aku berani komfem, kalau la korang yang dengar ayat camni, korang mesti nak cakap camni kan,
"Nampak sangat tak ikhlas.." (dalam hati je kot sebab mungkin time tu desperate sangat nak guna)
Kadang-kadang ikhlas atau tak susah nak detect. Tapi selalunya kita perasan sama ada kita ikhlas atau tak. Dan certain orang ada "special intention" yang boleh rasa keikhlasan seseorang. Mungkin dengar macam su'uzhon (sangka buruk) tapi prasangka tak semuanya dosa kan? Dapat rasa dari gaya bahasa, nada suara, body language etc. Macam contoh kat atas tu la.
Camne nak ikhlas nih? Buang jela semua kepentingan peribadi tu. Tapi bukan senang nak buang. Camne ek? Macam hukum aksi dan reaksi. Kalau aku ......., nanti ....... Kita tak buat lagi benda tu tp kita dah fikir consequences dia. Masalahnya hanya timbul bila kita hanya fikirkan apa yang kita akan dapat daripada transaksi tu. Kalau fikir redha Allah saja, alhamdulillah. Tapi most of the time tak macam tu. Kita selalunya fikir something yg memberi manfaat kepada diri kita secara material.
Mungkin kita kurang berdoa. Hubungan dengan Allah tak jaga. So, kita membuka pintu kepada setan untuk masuk sewenang-wenangnya la kan. Kita buat sesuatu sebab nak dapat redha manusia kot. Atau imbalan-imbalan duniawi yang lain.
Dalam kerja dakwah ni lagi la banyak ujian keikhlasan ni. Lagi banyak dari esaimen, projek, test, quiz masa blaja nih. Ramai yang fail tapi tak sedar. Yelaa, setan dah tukar yang buruk dengan yang molek2. Dia ni tak akan putus asa nak dakwah manusia masuk neraka sekali dengan dia. Dasar setan! Tapi dia cakap dia takkan boleh sesatkan hamba2 Allah yang mukhlis (ikhlas). Tapi, once again, nak ikhlas bukan mudah. Sebelum sampai tahap ikhlas tu, setan akan hantar bala tentera untuk goda kita supaya turun level. Tapi tahap macam aku ni perlu ke setan goda? Dengan hawa nafsu sendiri pun kalah Ishhh...lemahnya...........................
Awalnya kita join dakwah. Lamanya kita tarbiyah. Banyaknya halaqah yang kita bawa. Menjadinya mutarabbi hasil didikan kita. Tebalnya buku yang kita baca. Lazimnya kita ke majlis ceramah agama. Petahnya kita menyampaikan daurah. Banyaknya duit yang kita infaq. Sedikitnya tidur dan rehat kita kerana dakwah. Habis kredit kita menelefon/sms di jalan dakwah. Penatnya kaki melangkah berziarah anak usrah. Keringnya poket belanja mad'u. Lajunya jari menaip post ni. hehehe.
Adakah semuanya ikhlas kerana Allah?
Allahua'lam. Anda mampu mengubahnya!
p/s its flowing. it can't be stopped anymore...
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Wednesday, January 06, 2010
Wahai diri! Tolonglah ikhlas...
shinobi ibnu yazid on 22:12
jutsu dari hati..., Self-Introspection, Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-
0 shuriken:
Post a Comment