Wednesday, January 13, 2010

Mencari solusi...

Bismillah...



Baru je kaki ni memulakan perjalanan, dah pelbagai dugaan muncul satu demi satu. Aku yang tak kuat tak mampu nak bertahan. Apatah lagi nak menyerang kembali. Aku cuba bersabar tapi aku bukan seorang yang penyabar. Beberapa kali kesabaran tu hampir pecah tapi ada mereka-mereka yang cuba menampal kebocoran lalu benteng kesabaran kembali kukuh. Aku bukan orang yang faham sangat. Meletakkan expectation yang tinggi pada aku bukan sesuatu yang tepat. Aku cuba keluar mencari jawapan kepada setiap perkara. Tapi aku tak mampu melihat sesuatu perkara secara objektif. Kadang-kadang aku mempersalahkan diri aku sendiri untuk setiap perkara yang berlaku. Atau mungkinkah semuanya salah aku? Mungkin juga. Mungkin selama ni aku yang suka mempersalahkan orang lain atau sengaja mencari-cari kesalahan mereka. Beberapa kali aku menangis memikirkan perkara ni. Aku mengadu kepada Allah dalam setiap sujudku. Aku bertanya kenapa aku perlu berada dalam situasi begini? Tapi aku sedar Allah telah mengajar perkara ni dalam kisah DzunNun. Apakah aku mempunyai kesabaran seperti Nuh a.s yang selama 950 tahun diuji keimanannya? Atau seperti Ismail, Ayub, Luth, Musa, Isa dan para rasul lainnya? Tentu sekali tidak! Tapi aku akan cuba bersabar dan terus bersabar.

Dalam doa rabitah ada kekuatan yang dapat mempertautkan hati-hati. Aku dah cuba dan rasai perkara ni. Selalu terfikir dan cuba apply "seek first to understand then to be understood". Kena mula dengan diri sendiri dulu. Kena muhasabah diri sendiri dulu. Kena betulkan diri sendiri dulu. Biarlah Allah yang menentukan urusanNya. Aku cuma hamba.

4 shuriken:

snowss said...

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Abu Khalid said...

Bernasyid la pula

Sarah Ibrahim said...

salam.

Allah menguji sesuatu yang MAMPU dipikul oleh hambaNya. Anda MAMPU. Maka hadapilah segalanya dengan SABR, DO'A, SHUKR.

InsyaAllah.

nursyuhadak said...

hmm...cantik gambar yer.isi cerita pun sama.wah..semakin hari dh pandai berkarya enta yer.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template