Wednesday, February 03, 2010

Oh Safiah!

bismiLlah...

Alhamdulillah. Dah lama tak jumpa. Akhirnya...

Teringat masa first year dulu. First day daftar, malam dah start halaqah. Huhu. Tak bagi chance langsung aku nak berehat. Malam tu ada huhahuha kat DSI, pastu aku blah. Baik aku dok kat MSI. Haha. Then, bincang2 halaqah fixkan hari rabu malam kul 11.

Aku dok kat ktdi, M16. Dah biasa jalan kaki malam2 lalu kat celah makmal FKA n FS. Murabbi tetapkan, kalau lambat seminit, pampin 1x. Baru taff. Keke~

Halaqah takde limit masa. Start wajib kul 11, habis...ikut suka murabbi la. Tak pernahnya habis awal. Lepas subuh baru balik bilik.

Yang bestnya, lepas halaqah, kami tong2 duit pastu dua orang nek moto gi beli roti canai kat safiah. Sorang singgit bleh dapat 2 keping sorang. Buat sahur, puasa sunat khamis. Dulu 50seng je.

Kenapa beli kat safiah? Ekceli, kuah sambal dia sedap. Aku mesti suh bungkus kuah sambal lebih setiap kali gi beli. Entah pelaris ape dia letak dalam tu pun aku taktau. Tapi memang sedap giler. Kira time fesyer dulu roti canai safiah ni memang jadi makanan ruji aku dah. Fesyer je. Sekenyer dan seterusnya dah tak lagi.

Tadi aku gi makan kat safiah lagi. Tiba-tiba rasa teringin nak makan sambal dia yang sedap tu. Tapi...kecewa sket. Dah tak sedap cam dulu. Rasa ntahpapeje. Mungkin orang lain yang buat. Masing-masing ada selera sendiri. Aku sebagai pelanggan terpaksala terima hakikat yang sambal roti canai safiah dah tak sedap seperti dulu. Uwaaa~

Inilah kisah safiah. Hehe~



p/s jgn rasa tertipu..ngee~
p/s1 saja gn bahasa ori
p/s2 tetibe aku rasa rindu kat member2 halaqah dlu..
p/s3 roti canai safiah dah harga 70kupang. adoiyaii..

4 shuriken:

cikgu_eya said...

Chehhhh~

Tengok tajuk, macam baru nak amek feel~

haha~

ibnu yazid said...

hahaha..

tajuk biaq gempak..kekeke~

Zikir Din said...

oh paley, terkenang saat dulu..
ana suka sambal lebih...
tapi betullah, waktu ana final year, sambal dah tak sedap.. kena pulak curfew tak boleh kluar lebih pkl 12.. jadi makan roti canai kat fke jelah..

so paley, anta boleh cipta sambal yg lebih sedap dari safiyyah, namakan ia sambal bilis halaqah.

ibnu yazid said...

tu ar. skrg ni xleh kuar ba'da 12 mlm. kita kuar 4 pg dulu2 ok je.

kat fke serius x sedap.

menarik gk cadangan enta. nk blaja bt roti canai ar. roti canai sambal bilis halaqah. hahaha...

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template