Thursday, March 03, 2011

minta maaf semua

Assalamu'alaikum wbt

Bismillahirrahmaanirrahiim

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya" (Manusia)

Kadang-kadang aku terfikir kenapa kita selalu buat kesalahan yang sama berulang-kali? Kita sedar kita telah tersalah, tersilap tapi pada ketika yang lain kita sama ada terbuat atau dengan sengajanya mengulangi kesilapan yang sama.

"Syaitan selalu berusaha menyesatkan kita."

Alih-alih syaitan juga yang kita persalahkan. Kita sedar betapa bersungguh-sungguhnya syaitan untuk menyesatkan kita. Dia berusaha tak mengenal penat. Habis tu kenapa kita tak berusaha pulak untuk defend diri kita dari dakwah syaitan? Kita je yang tak bersungguh-sungguh...

Dalam hidup aku dah buat banyak kesilapan. Kesilapan dan kesalahan yang aku tahu silap dan salahnya sebelum aku buat perkara itu. Tapi still aku buat jugak.

"Bukan senang nak control nafsu."

Nafsu tu dalam diri kita. Tak siapa boleh control melainkan diri kita sendiri. Tak semua nafsu jahat. Yang jahat adalah hawa. Apabila Allah sebut perkataan hawa dalam Al-Quran, Allah tak berkehendak melainkan menghinakannya dan menyuruh manusia meninggalkannya. Tapi kebanyakan manusia malah mengikutinya.

Kadang-kadang kita belajar daripada kesilapan. Kadang-kadang tak. Kita lupa. Orang yang tak mahu belajar daripada kesilapan, dia takkan belajar selama-lamanya. Manusia perlu belajar daripada kesilapan. Tapi tak bermakna kita perlu buat silap untuk dapat belajar sesuatu. Yang penting kita belajar untuk memperbaiki setiap kesilapan. Kesilapan orang lain mungkin boleh dijadikan sempadan.

"Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan."

Aku selalu ingatkan diri aku bahawa setiap kesalahan aku kepada Allah, insyaAllah akan terampun dengan taubat dan istighfar. Tapi apakah manusia dapat memaafkan aku di atas segala kesalahan yang aku lakukan pada mereka? Mungkin ramai, sampai terlupa, yang aku telah sakiti dan guriskan perasaan mereka. Mungkin ada antara mereka sedang membaca tulisan ini, maka aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan daripada kalian.

Hidup kita mungkin tak lama. Kematian hanya di belakang kita...

Allahua'lam.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template