(QS At-Taubah:41)
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Friday, February 27, 2009
LAziNEss in Me
(QS At-Taubah:41)
shinobi ibnu yazid on 09:17 0 shuriken
jutsu Self-Introspection
Wednesday, February 25, 2009
Bola Oh Bola
Rasanya dh lama aku x tgk (menonton) bola (football match). Klu nk flashback, aku mmg minat gila2 main bola. Bukan main je, tgk bola, pakai jersi bola, gi stadium sokong pasukan bola negeri (Perak lalalala...), dan bola2 yg sewaktu dgnnya. Di matrik, aku masih gi tgk bola. Pernah skali tu, ayah dan kwn dia dtg ke matrik amik aku gi tgk bola kt stadium perak pastu hntr balik ke matrik lps habis match. ish3...finally, lps join halaqah akhir sem 1 kt matrik, aku dh hilang commitment kpd bola. malah, aku dh agak benci dgn bolasepak. knp? sbb aku dh sedar. aku dh sedar sume ni agenda yahudi. aku xnk normalized problem ni sbb x sume perkara yg melibatkan bola ni merosakkan ummat. Bagus apa main bola, bleh mencergaskan badan dan mencerdaskan otak. Cuma ada bbrp perkara yg aku rs x elok ttg bolasepak.
- Time aku gi stadium dlu, game start kul 845 pm. Org start dtg stadium kul 6 pm lg. Oleh krn nk dok kt tmpt paling strategik, rmai xnk berganjak wlupun dh msuk time maghrib. yang dtg ke stadium tu berpuluh2 ribu, yg solat adala...kesian. Cmne nk bersangka baik ek??
- Time game tgh hot, mcm2 cacian, makian dan sewaktu dgnnya keluar. Sakit gk telinga dgr tp time tu aku pn sm je. (p/s2 aku pn dlm jahiliah kabir time tu..)
- Pasukan2 bola terutama English Premier League (EPL) bwh sponsor yahudi. sape sokong Arsengal? Eh silap, Arsenal. Pernah x tgk iklan visit Israel kt stadium bru dia, stadium emirates? bg aku, sume sama je..kerja yahudi zionis.
- Krn bola org sanggup bgn malam. (Aku pn sama). Klu ajak gi qiamullail kt masjid, mcm2 alasan; takut mimpi basah la, xleh tdo xde bantal la, nk study la, tertido la and so forth. Tp tula, aku pn sama jer..jgn ckp org la. Piiraaahhh!!!
- Klu main game bola (PES) mmg x igt dunia pny. Aku pn sama. lawan skali x pueh hati. main lg smpi penat. jd robot la. hidup xde tujuan. hampeehhh..
- Klu smbg psl bola bleh berjam2. bukak topik psl masalah ummat, ermm.., hurrmm....err..erkk..5 minit tukar topik len.
- klu psl bola, bleh kluar duit; beli tiket, beli kasut Nike Tiempo (kasut aku lalalala...), msuk tournament futsal, beli jersey feveret team, itu dan ini. mintak duit sket utk palestin, ermm..hulurla singgit dua. alhamdulillah, amal yg ikhlas wlupun sedikit lebih baik drpd amal yg byk tp riya'. husnudzhon lg...
- Ckup la tu...
- Best match ni sbb 2 giant team. aku x sokong mana2. apa yg aku dpt klu sokong? klu dpt teh tarik free pn kire bersyukur gile2 la.
- Saje nk tgk ragam manusia. Mcm2 ada...riuh, bising etc. Kesian...bg aku, klu nk knal seseorg, kita kn tau apa yg dia suka. if dia suka tgk bola, kita kn bt2 suka tgk bola gk. pastu pandai2 la msukkan unsur2 dakwah sket2. aku x suka being exclusive. colleague dgn geng2 usrah je. abis tu sapa yg nk nasihatkan diorg2 ni?klu x kita sapa?tp kdg2 kita plak overacting. ish3...
- ermm...last skali, aku ikut nafsu gk kot, buang masa jer..ish3
- Nmpk membe usrah pn ada gk. Tp malas nk sapa time tu. Layan skaki. Dia pn nk DF membe2 dia gk kot. Aritu dia ada gk bgtau dia dh try nk DF membe2 dia. Then, lps subuh td aku ajak la dia gi sarap kt meranti. So, smbg la sket2 apa hasil DF dia. Alhamdulillah, janji bt keja.
- Nmpk membe sesama halaqah time matrik dlu. ni nk crita pjg sket. dia ni lg awal ikut halaqah kt matrik dr aku. dia ni mat study sket. x mcm aku yg pemalas ni. ms msuk utm pn kitorg sehalaqah gk. tp yg sedihnya, sem 2 dia xnk ikut dh. pointer jatuh kot. xpela. lps tu dh lama aku x jumpa dia. klu jumpa pn, dia cm cuba melarikan diri je. tegur pn gitu2 je. aku x kisah pn. lgpun aku dh pindah kolej, ssh sketla nk jumpa dia. tp aku still followup perkembangan dia dr membe sekelas dia. apa yg diorg bgtau, dia dh berubah la. dh x gi surau dh.nk bt cmne kn..doa jela. tp sedih gila smlm tgk dia, dh hisap rokok. bdk kelas dia yg dok semeja dgn aku pn ckp dia dh berubah byk. bg aku, spjg 4 thn mmg byk benda berubah. aku pn berubah. bangunan fakulti pn bertambah. wifi makin laju. buku2 aku makin byk. study aku makin susah. tggjwb makin byk. dakwah dh makin moden dan canggih. keja dakwah semakin multidimensional. mungkin dh 4D kot. mcm2 yg berubah termasuklah kwn aku ni. Kawanku, smg Allah merahmati dirimu. Aku merindui saat2 kita berjuang bersama2.
- Ni lawak sket. skali tu Avram Grant bckp. Err..kenal x sape dia ni? Dia ni bekas coach Chelsea, yahudi zionis. Bila muka dia terpampang kt skrin, sume maki habis. "Dia mana la reti main bola, bunuh org tau la!", "Celaka yahudi nih!", "Nate ni!" dan mcm2 lg la. Yg lawaknya, yg dok maki2 tu, slumber je dok hisap rokok gk. Dok menyumbang gk kt israel. dia yg dok bunuh org palestin tp x sedar. lg, dia dok bunuh org2 yg x hisap rokok kt keliling dia. ckp lebih amal kosong. mcm tong kosong, bunyi kuat, isi tadakkk...
------Ashlih Nafsaka Wad'u Ghayraka-------- Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 10:20 3 shuriken
Monday, February 16, 2009
Problem? Quit jela..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Akhi, klu kita ada "problem", boleh x kita nk quit dr semua ni?" tanya seorang "adik" yg "bru" memahami erti dakwah. Aku pn tny balik, "Problem apa yg problem sgt tu smpi nk quit? Klu problem kecik je anta xleh handle cmne nk selesaikan problem yg lg besar. Giler2 pny besar." Problem apa yg besarnya bang?" dia tny balik. "Problem ummat", jawab aku slumber. "Ooo..pqrstu", jawabnya. "Ciss budak ni, main2 lak." kata aku dalam hati.
"Akhi, bila anta dh mula berjalan di atas jalan ni, time tu la ujian datang x brenti renti. Lepas satu, dua. Lepas dua, tiga dan seterusnya. Skrg ni kita x berada atas jalan tu lg. Kita dok kt tepi2 jalan je. Sbb kita takut nk berjalan kt tgh2 jalan. Takut kn langgar dgn ujian. Tp kita x sedar, dok kt tepi pn kn uji gk. Ujian yg sesuai la dgn org yg dok tepi. Ujian kecik. Mslh down study, pc rosak, xde duit, sakit kaki, pening pale dan sejenis dgnnya yg mmg sesuai utk org2 yg biasa2 je. Xde lg ana dgr, ada ikhwah gi ziarah mad'u pastu kn tumbuk, sepak, tampor, terajang dll. Paling kuat pn mad'u tu xnk dgr apa yg kita ckp je, buat2 bodo, xnk bukak pintu dll. Simple je ujian yg kita terima. Sesuai la dgn iman kita yg hampeh ni!" aku provoke sket.Hehe...
"Tp ana xtau la cmne nk ckp. Rasa down sbb xleh commit dgn pelbagai benda. Naqib suh bt usrah tp ana dh try giler2 DF bdk2, still x dpt. Dgn tugasan usrah lg, study lg, ana x dpt nk fokus la." dia cb menerangkan keadaannya.
"Habis tu? Anta nk amik jalan mudah, quit dr semua ni? Slps anta dh faham semua kewajiban ni?" provoke lg. Hehe...
"Bukan cmtu...", katanya.
"Habis tu cmne?", aku meninggikan suara sedikit.
"Ntahler. xtau nk ckp cmne. Perasaan bercampur baur antara keikhlasan dlm beramal dan juga keterpaksaan dlm menunaikan tuntutan2", katanya cuba utk menerangkan sesuatu.
Aku faham, time2 cmni mmg tegang. Berperang. Berkecamuk. Sukar.
"Akhi, ana dlu pn sama cm anta. Ana pernah quit sekejap sbb ana rasa ana x ikhlas. Ana xleh commit dgn pelbagai benda. Ana lemah. Ana x mampu. Ana itu. Ana ini. Ana mencari alasan. Padahal ana dah faham kewajiban. Ana menangis lps tu sbb bt tindakan bodoh. Tindakan paling bodoh dlm sejarah hidup ana. Seorang ikhwah kol ana menangis mintak ana fikir semula tindakan ana. Ana pn menangis tp ego laki mmg tinggi kan. Ana tetap dgn keputusan ana. Sampai skrg ana menyesal sbb buat tindakan melulu cmtu. Ana xnk benda ni terjadi pada anta. Ana sayang anta kerana kita ditautkan di atas jalan ini atas dasar aqidah, kecintaan krn Allah. Ana dh lihat ramai ikhwah yg nk quit kononnya rasa x sesuai dgn program2 yg kita susun, xleh nk balance dakwah dan study, xleh itu dan ini. Akhirnya, diorg tetap je sama cmtu. Study pn ntah ke mana. Program apa pn x follow yg bleh meningkatkan iman dan ghirah islam. Yang ana paling sedih, sedih gila2, ada ikhwah2 yg ketika follow usrah, dia seorang yg baik, mmg baikla, lps quit, habis. Hancur. Dan ketika tu, ana fikir, mmg itupun tujuan dia nk quit. Mmg x "seronok" bila commit dgn islam kan. Mcm2 constraints. Itu xleh, ini xleh. Nk main game xleh. Nak join program suka2 xleh, nnt org ckp x islami lak. Skrg ni kita nk malu dgn manusia ke dgn Allah? Nk redha Allah ke redha manusia?" terang aku pjg lebar.
Aku malas nk ckp byk sbnrnya. Dh byk kali dh aduan2 sebegini aku dgr. Aku lebih suka crita dr pengalaman aku sendiri berhadapan dgn benda tu. Setan mmg amik peluang time2 keemasan cmni. Ketika down, dia dtg. Kita pn dgn bengongnya ikut ckp dia.
Dia mengangguk. "Terima kasih bang atas nasihatnya." Ana memerlukan masa utk berfikir.
"Fikir dgn hati yg ada iman bukan dgn otak yg critico-analyze." kata aku.
"Huh! Ape tu? haha..", katanya. "Lu pikir sendiri la beb!" kataku dgn lagak nabil raja lawak (eh! btul ke ni? aku hentam jer).
"Okla, kita bcg lg lain kali. Bcg hal dakwah ni dpt pahala. x rugi. 103:1-3. Hehe.." aku menutup perbualan.
Lepas tu balik la....lalalala..
Wallaua'lam
shinobi ibnu yazid on 08:50 1 shuriken
Wednesday, February 11, 2009
Cerdik Dalam Berjuang
Malam semakin pekat. Angin kencang berhembus dingin menusuk tulang. Tentera kaum muslimin yang sedang berjaga-jaga di tengah kepungan pasukan Ahzab merapatkan tubuhnya satu sama lain. Rasulullah saw berdiri memandang mereka satu persatu, lalu berseru, "Siapa di antara kalian yang siap menerima perintah?"
Tak ada yang menjawab. Rasulullah saw mengulangi lagi pertanyaanny. Namun tak satupun yang menyahut. Masing-masing tenggelam dalam dinginnya cuaca.
Tiba-tiba baginda saw memegang bahu salah seorang sahabatnya yang tengah meringkuk menahan dingin. "Siapa ini?" tanya Rasulullah.
"Saya Hudzaifah!"
"Hudzaifah?" Rasulullah memastikan.
"Betul, ya Rasulullah," jawab Hudzaifah sambil merapatkan tubuhnya ke tanah dan menarik selimutnya yang hanya menutupi tubuhnya hingga lutut.
"Ada beberapa peristiwa penting yang dialami musuh. Pergilah ke sana dengan sembunyi-sembunyi untuk mendapatkan berita yang pasti dan laporkan kepadaku. Ingat, jangan sampai tindakanmu diketahui lawan," perintah Rasul saw.
Hudzaifah bangun dari duduknya. Dengan sembunyi-sembunyi dan sangat hati-hati, ia berhasil menyusup ke jantung pertahanan musuh. Baru saja ia tiba di tengah-tengah mereka, Abu Sufyan, pimpinan pasukan quraisy berseru lantang,"Wahai pasukan Quraisy! Aku akan memberitahu kalian sesuatu. Jangan sampai perintahku ini didengar oleh Muhammad dan tenteranya. Kerana itu, kalian harus meneliti dan mengetahui siapa yang berada di samping kalian masing-masing." Mendengar ucapan Abu Sufyan, Hudzaifah cepat-cepat memegang tangan orang yang berada di samping kirinya seraya bertanya, "Siapa kamu?"
"Saya si fulan!" jawabnya. Lalu Hudzaifah memegang lengan orang yang berada di samping kanannya sambil bertanya, "Siapa kamu?" "Saya si fulan" jawabnya. Dengan kecerdikannya itu, keberadaan Hudzaifah tidak diketahui musuh. Sebaliknya, ia dapat mengetahui rahsia mereka. Di depan sana, kembali terdengar seruan Abu Sufyan, "Wahai pasukan Quraisy! Demi Tuhan, kita tidak mungkin lagi bertahan lama di tempat ini. Haiwan-haiwan kenderaan kita telah banyak yang mati. Bani Quraizah telah berkhianat dengan meninggalkan kita. Angin taufan menyerang ganas seperti yang kalian rasakan. Kerana itu, tinggalkan tempat ini. Aku sendiri akan berangkat sekarang juga."
Setelah berkata demikian, Abu Sufyan langsung mendekati untanya. Setelah melepaskan tali penambat haiwan tersebut, ia segera naik dan memacunya. Langkahnya diikuti oleh teman-temannya yang lain. Sedangkan Hudzaifah kembali menemui Rasulullah saw dan melaporkan apa yang ia ketahui.
Dari sepenggal kisah di atas, ada beberapa ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil. Antara lain, pertama, kepiawaian Rasulullah saw dalam menghadapi lawan. Di antara penyebab terjadinya perang Ahzab adalah adanya keinginan kaum Quraisy untuk menumpas umat Islam yang sempat mengalami kekalahan dalam Perang Uhud. Untuk mewujudkannya, mereka membangun aliansi (alliance) dengan sejumlah suku di antaranya yahudi Bani Nadhir dan Bani Quraizhah. Dari aliansi tersebut terbentuklah pasukan sekutu berjumlah sekitar sepuluh ribu orang. Secara logika, tak mungkin tentera Islam yang hanya berjumlah 3000 orang akan mampu menandingi lawan yang jumlahnya jauh lebih banyak. Di tambah lagi, pengkhianatan Bani Quraizhah yang tidaj diduga sebelumnya.
Namun berkat kepiawaiannya, Rasulullah saw berhasil menghalau lawan. Atas usul Salman Al-Farisi, beliau memerintahkan untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan. Cara tersebut belum pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelumnya. Akibatnya, pasukan Ahzab yang mengepung mereka selama sekitar sebulan lamanya tidak sanggup bertahan. Mereka terpaksa kembali ke negeri masing-masing tanpa mendapatkan apa-apa. Bukan kali ini saja Rasulullah saw menunjukkan kepiawaiannya dalam mengatur strategi perang. Sebelumnya, beliau telah memenangkan beberapa pertempuran.
Kedua, kearifan Rasulullah saw dalam menempatkan para sahabatnya. Kekuatan dan ketangkasan berperang saja tidak cukup untuk mengalahkan musuh. Diperlukan keistimewaan tertentu yang bersifat peribadi. Rasulullah saw mengetahui keistimewaan para sahabatnya sehingga selalu menempatkan mereka sesuai dengan keistimewaan masing-masing. Itu pulalah yang menjadi alasan mengapa beliau menugaskan Hudzaifah ibnul Yaman, bukan Umar al-Khattab atau Ali bin Abi Talib tanpa mengurangi keistimewaan dan penghargaan beliau terhadap mereka berdua.
Rasulullah saw tahu, untuk melaksanakan tugas tidak semata memerlukan ketangkasan berperang yang andal seperti dimiliki Umar dan Ali, tapi juga kecerdikan dan kecermatan khusus. Itulah yang dimiliki oleh Hudzaifah ibnul Yaman.
Dengan mengutus Hudzaifah, kekhawatiran akan bocornya rahsia tidak perlu ada. Sebab, Hudzaifah sangat dikenal di kalangan sahabat sebagai shahibu sirri (pemegang rahsia) Rasulullah saw. Dalam berbagai kesempatan, beliau sering mempercayakan sesuatu yang sifatnya sangat rahsia kepada Hudzaifah.
Rasulullah saw pernah menjelaskan nama-nama orang munafik kepada Hudzaifah dan berpesan untuk tidak memberi tahu kepada siapa pun. Rahsia tersebut tidak pernah bocor sampai sekarang, baik kepada para sahabat ataupun orang lain.
Pada saat pemerintahan Umar bin Khattab, jika ada orang yang meninggal dunia, sang Khalifah selalu meminta pendapat Hudzaifah. Jika ia menyalatkannya, maka Umar pun turut menyalatkan. Suatu ketika, Umar bertanya kepadanya dengan cerdik,"Adakah di antara pegawai-pegawaiku dari kalangan orang munafik?"
"Ada!" jawab Hudzaifah.
"Tolong tunjukkan padaku siapa orangnya!" pinta Umar.
"Maaf, saya dilarang Rasulullah saw mengatakannya," jawab Hudzaifah.
Ketiga, kecerdikan Hudzaifah dalam melaksanakan tugas. Keberhasilannya menyusup masuk ke jantung pertahanan musuh menunjukkan betapa cerdiknya Hudzaifah. Ia tidak hanya berhasil lolos dari pantauan lawan, tapi boleh juga mendapatkan maklumat yang saat itu sangat diperlukan oleh Kaum Muslimin.
Hudzaifah lebih mendahulukan otaknya daripada otot. Kalau ia mahu menuruti kemahuan, ia boleh saja melibaskan pedangnya ke arah Abu Sufyan yang saat itu tidak mengetahui keberadaannya. Andai hal itu ia lakukan, akibatnya oleh jadi sangat buruk kepada kaum Muslimin. Rasulullah saw tidak akan mengetahui rahsia lawan. Bahkan tidak mustahil, pasukan musuh akan melakukan serangan dahsyat yang tak mungkin dihalau.
Sikap mendahulukan kecerdikan inilah yang harus diikuti. Berbagai permasalahan kini dihadapi kaum Muslimin, tidak mungkin bisa diatasi hanya dengan kekuatan otot tapi dengan otak cerdik dan kecermatan. Bukan dengan kepiawaian berorasi (orator) tapi dengan kematangan berfikir dalam mengatur strategi.
Drs. Hamdan Matsih
Bukan Hanya Salah Firaun
Kumpulan Ibrah Majalah Islam Sabili Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 14:52 4 shuriken
jutsu Bedah Buku
Tuesday, February 10, 2009
Jahil Tentang Dakwah
Jahil tentang dakwah tidak bermakna bahawa seseorang manusia itu tiada peluang untuk masuk Islam. Para pendakwah tidak perlu merasa gusar dengan perkara ini kerana orang-orang itu sebenarnya tidak boleh disalahkan kerana kejahilan mereka itu. Rasulullah saw pernah bersabda: "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui." Apabila hadis baginda ini sudah sebati dan dapat difahami oleh setiap pendakwah maka pastinya tiada masalah bagi mereka untuk meneruskan usaha menyebarkan agama Allah. Mereka hanya perlu bersabar dan menanti pertolongan daripada Allah di samping berusaha dengan segenap dayanya. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian orang-orang yang diseru tadi akan dibuka pintu hati mereka oleh Yang Maha Esa untuk menerima iman dan islam. Allah ta'ala berfirman:
(QS: An-Nisa':94)
(QS Al-Hujuraat:17)
Oleh itu, jika seseorang pendakwah itu merasakan bahawa tugasnya adalah untuk memperelokkan, maka dia hendaklah bertindak sebagai seorang guru yang sentiasa bersabar dengan karenah murid-muridnya di samping sentiasa mencurahkan ilmu dan mendidik mereka agar menjadi generasi yang berguna kepada diri sendiri, bangsa, negara dan agama. Kaedah dakwah yang digunakan juga hendaklah berubah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Dengan itu, barulah seruan yang disampaikan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Asy-syahid Imam Hasan Al-Banna ada membuat perumpamaan:"Jika diletakkan di hadapan kamu dua biji buah; sebiji yang manis dan sebiji lagi yang masam, maka bagaimanakah kamu dapat membezakan mana satukah yang manis dan mana satukah yang masam? Jawapannya sudah tentu dengan merasa kedua-dua biji buah tadi, barulah kita dapat membezakan bah mana yang manis dan buah manakah pula yang masam."
Jelasnya, untuk membuat manusia tahu tentang kemanisan Islam, maka kita mestilah menjadikan mereka merasa apa yang kita cuba sampaikan itu. Apabila mereka sudah merasainya maka mereka tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Tetapi dalam usaha supaya mereka dapat merasa itulah, terselit tanggungjawab kita sebagai umat Islam khususnya para pendakwah yang pastinya memerlukan usaha gigih yang tidak mengenal penat lelah.
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah dari kalangan orang-orang Islam sendiri masih ramai lagi yang tidak mengerti konsep dakwah yang sebenar, bahkan mereka benci kepada pendakwah. Mereka sebenarnya memusuhi Islam tanpa mereka sedari kerana mereka telah dikaburi oleh tipu daya syaitan. Tipu daya ini boleh diperhati melalui media massa yang berbagai cabang di seluruh dunia. Akibatnya para pendakwah dilarang sama sekali untuk menyuarakan hujah atau dakwah mereka di kaca tv atau radio dengan cara yang lebih terbuka. Mereka dikawal oleh undang-undang negara yang kononnya mahu menjaga keamanan negara. Namun kita tetap bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberikan kita kekuatan untuk meneruskan usaha murni ini walaupun dengan susah payah. Allah swt berfirman:
(QS 'Ali Imran:173)
Bukankah kemenangan itu adalah hak mutlak Allah? Dialah yang menentukan kemenangan dan kekalahan sesuatu bangsa. Dia berkuasa berbuat apa sahaja yang Dia mahu. Apabila Dia perintahkan maka sekelip mata sahaja sesuatu itu boleh terjadi. Hanya dengan berfirman:"Jadilah olehmu" maka sesuatu itupun terjadi. Perhatikanlah pengertian pada ayat yang berikut:
(QS Ibrahim:52)
Seruan yang disampaikan oleh seorang pendakwah itu hendaklah mampu menerangi kegelapan, menunjuki jalan kepada orang buta, memperdengarkan kepada orang pekak, memberi makan kepada orang yang lapar dan menurunkan sayap persengketaan lalu menggantikannya dengan lembayung kasih sayang sesama islam.
Al-Ustaz Abbas As-Siisi
Ath-Thoriq Ilal Qulub
m.s 53 - 58
shinobi ibnu yazid on 03:40 0 shuriken
jutsu Bedah Buku
Thursday, February 05, 2009
Monolog
Ketika kau nak melaksanakan solat..
Jangan kau perlakukan Tuhanmu seperti "along" yg datang menagih hutang.
Apabila msuk je time solat, ko cpt2 solat menghabisi rakaat2 yg "dituntut"..
tanpa penghayatan..
tanpa khusyuk..
tanpa ihsan..
tanpa iman..
ATAU
Apabila msuk je time solat, ko lambat2kan dgn alasan waktunya masih panjang..
tanpa sedar..
malaikat maut yg sdg mengintai2mu..
taqdir di hadapanmu..
As-Saqar yg menantimu..
Neraka Jahannam dgn gempita suaranya
memanggilmu..
murka Tuhan yg menciptakanmu..
Ko adalah makhluk paling derhaka!
Ko adalah makhluk paling celaka!
Begitukah ko zahirkan rasa syukurmu?
Begitukah ko habiskan umurmu?
---------------------------------------------------------------------------------
Ko zahirkan kebaikanmu di hadapan org2 yg tulus
mereka yg lurus itu memujimu
"ko org yg baik dan soleh"
dan kau trus tertipu
tertipu dgn kebodohanmu
ternyata ko munafik paling besar!
ko menukar iman dgn kekufuran..
taubat..di mana ko buang ia?
qiamullail..di mana ko tinggalkan?
zikir dan sabar..di mana ko musnahkan?
Ko x layak digelar da'ie
maka adakah layak ko menggelar dirimu da'ie??!!
pergi jahanam ko dgn segala kemunafikanmu
pergi jahanam ko dgn segala kejahilanmu
pergi jahanam ko dgn segala kekufuranmu
hari ini..segalanya terbongkar bagimu
kemunafikan dan kekufuran
penyelewengan dan pendustaan
semuanya dipaparkan
semuanya dihisab dgn seadil-adilnya
di hadapan Yang Maha Berkuasa
di hadapan seluruh manusia
penentuan syurga atau neraka
dan ko akan menyesalinya...
Wallahua'lam
shinobi ibnu yazid on 18:09 1 shuriken
jutsu Self-Introspection
Monday, February 02, 2009
Jaulah Kembara Merdeka UTM - Kuantan Ogos 2008
teringat plak aku time cuti hari merdeka tahun lps..
ikhwah2 plan nk gi ziarah ikhwah2 kt kuantan..
berkongsi pengalaman/pandangan ttg isu dakwah dan tarbiyah di lokaliti masing2..
so bermulalah perjalanan...
lg 1 video low quality..klu hg nk high quality (smooth), meh! jgn segan2 dtg blk aku...
ade biskut jacob high fiber + multivitamin. lai..lai...lai.. Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 16:38 2 shuriken
Jaulah Ikhwah UTM - Cameron Highlands Dec 2008
Assalamualaikum wbt paley...
ni ada sedikit buah tgn dr aku..hahaha
hg igt x lg??? ala...cuti sem lps la...
paley >> oooo..pqrstuvwxyz...
sori paley, video ni aku upload yg low resolution & definition sbb bila aku upload versi yg best pny, amik masa lama sgt la...
klu hg nk yg video yg smooth tu, hg mai la amik kt blk aku ye...
enjoy yourself..!!!
pesanan kpd diri sendiri:
"jaulah...jaulah gk..amik nilai2 tarbiyah dlm perjalanan hg tu. skrg hg dh tau ciri2, nilai2 dan karakteristik yg ada pd sahabat2 hg. fahami mereka dgn sebaiknya sebelum hg menuntut hak mereka utk memahami diri hg. hidup bukan hanya dependence atau independence. hidup juga perlu inter-dependence. smg hg trus istiqamah di atas jalan da'wah ni diriku...."
ikhlas drpd:
-kamu-
shinobi ibnu yazid on 15:58 4 shuriken
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-