Wednesday, February 25, 2009

Bola Oh Bola

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang

Rasanya dh lama aku x tgk (menonton) bola (football match). Klu nk flashback, aku mmg minat gila2 main bola. Bukan main je, tgk bola, pakai jersi bola, gi stadium sokong pasukan bola negeri (Perak lalalala...), dan bola2 yg sewaktu dgnnya. Di matrik, aku masih gi tgk bola. Pernah skali tu, ayah dan kwn dia dtg ke matrik amik aku gi tgk bola kt stadium perak pastu hntr balik ke matrik lps habis match. ish3...finally, lps join halaqah akhir sem 1 kt matrik, aku dh hilang commitment kpd bola. malah, aku dh agak benci dgn bolasepak. knp? sbb aku dh sedar. aku dh sedar sume ni agenda yahudi. aku xnk normalized problem ni sbb x sume perkara yg melibatkan bola ni merosakkan ummat. Bagus apa main bola, bleh mencergaskan badan dan mencerdaskan otak. Cuma ada bbrp perkara yg aku rs x elok ttg bolasepak.

  1. Time aku gi stadium dlu, game start kul 845 pm. Org start dtg stadium kul 6 pm lg. Oleh krn nk dok kt tmpt paling strategik, rmai xnk berganjak wlupun dh msuk time maghrib. yang dtg ke stadium tu berpuluh2 ribu, yg solat adala...kesian. Cmne nk bersangka baik ek??
  2. Time game tgh hot, mcm2 cacian, makian dan sewaktu dgnnya keluar. Sakit gk telinga dgr tp time tu aku pn sm je. (p/s2 aku pn dlm jahiliah kabir time tu..)
  3. Pasukan2 bola terutama English Premier League (EPL) bwh sponsor yahudi. sape sokong Arsengal? Eh silap, Arsenal. Pernah x tgk iklan visit Israel kt stadium bru dia, stadium emirates? bg aku, sume sama je..kerja yahudi zionis.
  4. Krn bola org sanggup bgn malam. (Aku pn sama). Klu ajak gi qiamullail kt masjid, mcm2 alasan; takut mimpi basah la, xleh tdo xde bantal la, nk study la, tertido la and so forth. Tp tula, aku pn sama jer..jgn ckp org la. Piiraaahhh!!!
  5. Klu main game bola (PES) mmg x igt dunia pny. Aku pn sama. lawan skali x pueh hati. main lg smpi penat. jd robot la. hidup xde tujuan. hampeehhh..
  6. Klu smbg psl bola bleh berjam2. bukak topik psl masalah ummat, ermm.., hurrmm....err..erkk..5 minit tukar topik len.
  7. klu psl bola, bleh kluar duit; beli tiket, beli kasut Nike Tiempo (kasut aku lalalala...), msuk tournament futsal, beli jersey feveret team, itu dan ini. mintak duit sket utk palestin, ermm..hulurla singgit dua. alhamdulillah, amal yg ikhlas wlupun sedikit lebih baik drpd amal yg byk tp riya'. husnudzhon lg...
  8. Ckup la tu...
Pagi td, aku gi tgk bola dgn membe2. Champions League 2nd Round. Inter Milan vs Man Utd. Dua team besar. mula2 gi P19, penuh sesak. xde kerusi dh. ada yg "rompak" kerusi lecture hall utk duduk. lgpun hujan renyai2. xlehla lepak kt open air. Pastu gerak gi KTDI, hujan dh brenti. Apalagi, open table la. Ramai giler bdk2. Ada bbrp sbb aku gi gk tgk bola kali ni;

  1. Best match ni sbb 2 giant team. aku x sokong mana2. apa yg aku dpt klu sokong? klu dpt teh tarik free pn kire bersyukur gile2 la.
  2. Saje nk tgk ragam manusia. Mcm2 ada...riuh, bising etc. Kesian...bg aku, klu nk knal seseorg, kita kn tau apa yg dia suka. if dia suka tgk bola, kita kn bt2 suka tgk bola gk. pastu pandai2 la msukkan unsur2 dakwah sket2. aku x suka being exclusive. colleague dgn geng2 usrah je. abis tu sapa yg nk nasihatkan diorg2 ni?klu x kita sapa?tp kdg2 kita plak overacting. ish3...
  3. ermm...last skali, aku ikut nafsu gk kot, buang masa jer..ish3
Ada bbrp perkara yg menarik td nk tulis kt blog merepek ni;
  1. Nmpk membe usrah pn ada gk. Tp malas nk sapa time tu. Layan skaki. Dia pn nk DF membe2 dia gk kot. Aritu dia ada gk bgtau dia dh try nk DF membe2 dia. Then, lps subuh td aku ajak la dia gi sarap kt meranti. So, smbg la sket2 apa hasil DF dia. Alhamdulillah, janji bt keja.
  2. Nmpk membe sesama halaqah time matrik dlu. ni nk crita pjg sket. dia ni lg awal ikut halaqah kt matrik dr aku. dia ni mat study sket. x mcm aku yg pemalas ni. ms msuk utm pn kitorg sehalaqah gk. tp yg sedihnya, sem 2 dia xnk ikut dh. pointer jatuh kot. xpela. lps tu dh lama aku x jumpa dia. klu jumpa pn, dia cm cuba melarikan diri je. tegur pn gitu2 je. aku x kisah pn. lgpun aku dh pindah kolej, ssh sketla nk jumpa dia. tp aku still followup perkembangan dia dr membe sekelas dia. apa yg diorg bgtau, dia dh berubah la. dh x gi surau dh.nk bt cmne kn..doa jela. tp sedih gila smlm tgk dia, dh hisap rokok. bdk kelas dia yg dok semeja dgn aku pn ckp dia dh berubah byk. bg aku, spjg 4 thn mmg byk benda berubah. aku pn berubah. bangunan fakulti pn bertambah. wifi makin laju. buku2 aku makin byk. study aku makin susah. tggjwb makin byk. dakwah dh makin moden dan canggih. keja dakwah semakin multidimensional. mungkin dh 4D kot. mcm2 yg berubah termasuklah kwn aku ni. Kawanku, smg Allah merahmati dirimu. Aku merindui saat2 kita berjuang bersama2.
  3. Ni lawak sket. skali tu Avram Grant bckp. Err..kenal x sape dia ni? Dia ni bekas coach Chelsea, yahudi zionis. Bila muka dia terpampang kt skrin, sume maki habis. "Dia mana la reti main bola, bunuh org tau la!", "Celaka yahudi nih!", "Nate ni!" dan mcm2 lg la. Yg lawaknya, yg dok maki2 tu, slumber je dok hisap rokok gk. Dok menyumbang gk kt israel. dia yg dok bunuh org palestin tp x sedar. lg, dia dok bunuh org2 yg x hisap rokok kt keliling dia. ckp lebih amal kosong. mcm tong kosong, bunyi kuat, isi tadakkk...
Ermm...ckupla aku merepek stakat ni. Dh lama x update. Byk kali dh try menulis tp sangkut xde idea. Aku malas nk tulis cm formal2 sket. kn fokus lebih. Nnt la aku bfikir serius sket lps bc buku2 yg bru aku beli ni. Byk gila buku2 ni. dh berhabuk bersawang.

------Ashlih Nafsaka Wad'u Ghayraka--------

3 shuriken:

Anonymous said...

Simpel, bersahaja tapi ada isi.

Bukan tong kosong.

Tahniah sebab dah berubah. Semoga Allah merahmati.

ibnu yazid said...

haha...berubahla sgt..
cm hampeh jer..
apa2pn, thanx

Everlasting Eternity said...

Insaflah bahawa siapa yang mempunyai sesuatu yang lebih disayangi dan dicintai daripada Allah, maka ini menandakan hatinya sedang sakit.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template