Wednesday, April 27, 2011

Untitled 1


A house on fire

A wall of stone

A door that once was open

An empty face and empty bones

Who ate your heart?

You're cold inside

You're not the one I hoped for

I'll see you on the other side


The wind wouldn't blow me home

To lie in your heart of hearts

Will I ever see you again

And lie in your heart of hearts


Entah kenapa aku terasa nak letak lirik lagu yang tak bertajuk ni. Maksudnya depends la kepada setiap orang. Aku kecewa hidup bersama manusia-manusia yang "hebat".


Bukan mudah nak mengkafirkan orang lain

Bukan mudah nak merendah-rendahkan amal orang lain

Bukan mudah nak rasa diri tu hebat sangat

Bukan mudah nak fikir orang lain futur


Tapi semua itu mudah bagi manusia-manusia "hebat"


Sebab mereka dah perfect Islamnya

Sebab mereka dah power amalnya

Sebab mereka terbaik dalam semua perkara

Sebab mereka tak pernah lemah


Adakah mereka akan menafikan?


Antara amal qowi dan amal dho'if

Islam tak pernah memilah-milah amal selagimana ia amal soleh

Hatta mengalihkan halangan di jalanan itu adalah sedekah


Mereka yang selalu antusias untuk meluruskan orang lain

Tapi mereka terlupa bahawa mereka sendiri berjalan bengkok


Anda akan diberi seribu dalil jika berhadapan dengan mereka

Tarbiyah yang panjang menjadikan lidah mereka begitu fasih berbicara

Anda hanya sekelumit lumpur hitam yang hina


Hanya apabila seseorang merasa besar di hadapan manusia

Ketika itulah Allah menjadikan dirinya hina

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, April 16, 2011

Kejayaan Istidraj


Kerja dalam lingkungan student menyebabkan aku juga terasa bahang final exam yang tinggal beberapa minggu je lagi. Seminggu lagi? Aku juga pernah menjadi student. Menjadi freshy, sophomore, senior, super senior dan super duper senior. Berada dalam suasana pembelajaran exam-based bukanlah perkara yang aku suka. Aku terpaksa train diri aku untuk belajar semata-mata nak score exam. Tak score jugak pun. Dimanakah silapnya?

Bagi seorang muslim hidup ini adalah ibadah. Syeikh Ali Ath-Thantawi berkata, "Segala perbuatan yang memberi manfaat kepada manusia yang dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah adalah ibadat." Ini selari dengan firman Allah swt dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56*. Jika kita memahami perkara ni pasti kita akan memusatkan segala perbuatan dan usaha kita ke arah jalan yang diredhai Allah.


Tapi manusia memang bersifat pelupa. Kadang-kadang kita study gila-gila sampai lewatkan solat. Apatah lagi nak berjemaah di masjid. Kita rasa cukup sekadar menunaikan kewajipan solat. Bila untuk exam kita sanggup usaha untuk buat yang terbaik. Bila untuk Allah kita buat ala kadar je. Pernah tak terfikir benda ni? Dan kita mengharapkan kejayaan dengan usaha yang macam tu. Siapa yang bagi kejayaan?


Bukankah Allah memberi kita otak yang dengannya kita dapat study? Bukankah Allah mengurniakan kita tangan yang dengannya kita menulis nota? Bukankah Allah yang memberi penglihatan kepada kita sehingga kita dapat melihat? Bukankah Allah yang mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat sehingga kita berada di tahap sekarang? Namun kita membalas segala bentuk nikmat itu dengan melengah-lengahkan solat, membuka aurat, bergaul secara bebas lelaki dan perempuan, berbuat maksiat dan sebagainya. Apakah kita masih mengharapkan Allah memberi kejayaan kepada kita dengan usaha kita yang gigih tu?


Orang-orang yang memahami ayat Allah, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu." daripada surah Muhammad ayat 7 mesti berwaspada. Begitu banyak terjadi golongan yang mengakui diri mereka sebagai da'i ilallah atau pendakwah ke jalan Allah bermudah-mudah setelah mereka memahami ayat ini.


Berjam-jam kita spend masa untuk buat notes, exercises, lab reports etc tapi kita kedekut untuk spend masa membaca kalam Allah. Kita sibuk buat study group sampai lewat malam, at last kita lewat bangun solat subuh. Kita sibuk berbincang dengan lecturer sampai lewatkan solat hingga hujung waktu.


Kalaupun Allah memberi kita kejayaan dengan usaha kita yang gila-gila tu, itu bukanlah kejayaan yang hakiki. Kerana kejayaan di sisi Allah mesti didapatkan dengan cara-cara yang diredhaiNya. Andaikata jalan yang ditempuh untuk memperoleh kejayaan itu mungkar bermakna kejayaan itu adalah istidraj. Sesuatu yang Allah beri untuk membiarkan kita terus bergelumang dalam kekufuran. Bila kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita. Dia tidak akan memelihara kita. Dia akan membiarkan kita terus leka tanpa pengawasanNya. Maka kita akan terus hanyut dalam kemaksiatan dan kekufuran.


Sebab itulah kita melihat ramai orang yang apabila diberi kejayaan menjadi semakin sombong, angkuh, bongkak dan besar kepala. Dia merasa dialah yang terbaik lalu dia merendah-rendahkan orang lain. Dia merasa betul atas semua perkara yang dia lakukan dan menyalahkan perbuatan orang lain.


Sejarah membuktikan kerendahan hati para ulama' Islam. Semakin tinggi ilmu mereka, semakin tunduk ruh dan jasad mereka kepada Allah. Semakin zuhud kepada dunia. Semakin berakhlak dengan manusia. Semakin mesra dengan alam. Ini jelas membuktikan betapa Allah meredhai usaha mereka lalu menganugerahkan perbendaharaanNya (ilmuNya) kepada mereka.


Allahua'lam.

-paley tsugareyukumono-

16042011_1541


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Bedah Buku:: Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Penulis: Tere-Liye

Mukasurat 478


Sebenarnya novel ni merupakan hadiah daripada PTS sebab aku iklankan peraduan PTS dalam blog aku. PTS bagi pilihan 3 buah buku. Aku pilih Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor tapi tak bernasib baik sebab semua novel-novel dah habis. So dia bagi novel ni. Mula dapat novel ni agak kecewa sebab rasa macam tak best tapi ada seorang kawan pernah syorkan pada aku baca buku Hafalan Solat Delisa karya Tere-Liye juga. Dan ramai yang cakap buku tu bagus. Jadi aku assume karya Tere-Liye ni tak kurang hebatnya berbanding dengan Andrea Hirata. Alhamdulillah, bila selesai baa ternyata benar, memang best.


Aku tak ingin menceritakan panjang lebar mengenai novel ni sebab ia sangat best. It's worth reading. Digalakkan membeli dan membacanya sendiri. Apapun kena kuatkan semangat bila nak mula membaca sebab kadang-kadang kita rasa boring di pertengahan jalan dan sangkut. Kalau sabar dan istiqomah, paling lambat pun seminggu boleh habis baca satu novel.


Novel ni menceritakan tentang hukum aksi-reaksi. Hukum kesan dan akibat. Tentang Rehan, seorang penghuni rumah anak yatim yang selalu mempersoalkan ketentuan yang berlaku pada dirinya. Tentang 5 persoalan yang selalu bermain-main difikirannya. Setiap yang berlaku dihadapi dengan reaksi negatif. Tindakan orang-orang di sekelilingnya yang dirasakannya tidak betul dan tidak adil. Kesan daripada reaksinya kepada orang-orang di sekelilingnya. Semua itu membentuk sebuah pola dengan pattern yang sangat menarik. Betapa setiap aksi-reaksi akan memberi kesan kepada setiap entiti dalam sesebuah komuniti sehingga mampu mencapai jarak maksima yang boleh dijangkauinya.


Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa setiap apa pun yang kita lakukan baik kecil mahupun besar akan memberi kesan pada orang lain sama ada dengan jalan yang kita sedar atau tanpa kita sedari sedikitpun. Novel ini cuba menjelaskan kepada kita bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan untuk kita, maka itulah perkara terbaik untuk kita. Sikap pesimis kadang-kadang menyebabkan kita menyalahkan takdir langit dan bertindak di luar batasan. Novel ini memberi harapan tentang masa depan yang kita tak dapat melihatnya. Tere-Liye bijak mengajak kita agar sentiasa bersikap optimis dengan segala ketentuan Ilahi. Ini sangat bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat ke-216


"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Semua persoalan Rehan terjawab ketika dia dalam keadaan koma di waktu tuanya. Seseorang yang datang di masa komanya menceritakan hakikat dan hikmah atas setiap yang berlaku pada dirinya. Menjawab persoalannya secara tuntas. Rehan bertuah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat...


Allahua'lam

-paley tsugareyukumono-

16042011_0903

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, April 13, 2011

Bedah Buku:: Generasi Mendatang Generasi Yang Menang

Penulis: Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi


Sebenarnya dah lama aku beli buku ni. Kat buku ni tertulis November 2009. Seingat aku beli kat BADAN Cemerlang, Plaza Angsana JB. Tempat yang selalu menjadi destinasi riadah otak. Buku nipis je, 97 mukasurat. Mulanya aku lebih berminat kepada nama penulis tapi tajuk buku ni seakan-akan memberikan satu persoalan kepada aku, siapakah generasi mendatang itu? Tak diragukan lagi bahawa Allah pasti akan memenangkan agamaNya walaupun orang-orang kafir benci dan cuba menghalang kemaraannya. Tapi siapakah orang-orang yang akan dimuliakan oleh Allah ini dan apa karakteristik mereka? Itulah persoalan asas dalam buku ni.


Buku ini dimulakan dengan rintihan dan rungutan umat Islam tipikal yang selalu dijumpai dalam masyarakat kita. Orang-orang yang masih beristiqamah dengan Islam serta ajarannya tapi merasa tertekan kesan daripada kemunduran umat Islam di serata dunia. Kenapa umat Islam terus tertindas sedangkan Islam merupakan agama yang benar. Umat Islam adalah umat terbaik di kalangan manusia. Allah pun telah berjanji akan menolong orang-orang yang beriman. Jadi dimanakah silapnya?

Yang pertama sekali umat Islam wajib sedar dan faham bahawa Islam sajalah agama yang benar. Islam saja yang mampu menyelesaikan semua permasalahan umat manusia. Kerana Islam bukan agama ciptaan manusia. Ia adalah agama yang diciptakan oleh Tuhan seluruh manusia. Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia. Maka Islam adalah ruh umat kita.


Cuma yang menjadi masalah ialah sejauhmana kita telah menunaikan hak-hak Allah ta'ala? Hak Allah sebagai Rabb. Hak Allah sebagai Ilah Yang Maha Esa. Apakah kita layak ditolong dengan nilai keimanan kita sekarang?


Sesungguhnya kemenangan dan pertolongan Allah tak akan datang tanpa sebab. Dalam buku ni Syeikh Al-Qardhawi menyenaraikan tiga hukum kemenangan Islam yang telah aku tulis di note facebook aku sebelum ni. Pertama, kemenangan hanya datang dari sisi Allah. Kekuatan ketenteraan dan sumber material yang lengkap tak berupaya memberi kemenangan tanpa izin daripada Allah ta'ala. Kedua, Allah hanya menolong orang-orang yang menolong agamaNya. Bermakna Allah tak akan memberi kemenangan kepada umat Islam selagimana umat Islam tidak menegakkan segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya. Ketiga, kemenangan dalam ertikata yang sebenarnya hanya ekslusif untuk orang-orang beriman sahaja. Bagi orang-orang beriman hanya ada dua pilihan: hidup meraih kemuliaan atau mati sebagai syuhada dan merebut syurgaNya. Syeikh juga menjelaskan betapa pentingnya keimanan itu disemai dan dijaga dengan baik sehingga membuahkan buah yang baik pula.


Akhir sekali, diceritakan secara panjang lebar mengenai karakteristik generasi yang menang. Apa yang menarik dalam buku ini ialah hampir semua hujah disertai dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Generasi ini adalah generasi yang sentiasa membela kebenaran. Generasi ini sentiasa menentang kemungkaran dan kekufuran sekeras-kerasnya. Generasi ini bergandingan lelaki dan perempuan dalam al-Haq. Generasi yang berpegang kepada ilmu dan fakta. Generasi Rabbani yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan. Generasi yang orientasinya sentiasa mengarah kepada Islam. Generasi yang selalu berdakwah dan berjihad dengan penuh kesungguhan. Generasi yang mempertahankan tajarrudnya dalam suasana masyarakat yang rosak dan selalu berusaha mengubah segala kerosakan itu. Generasi yang seimbang dan melaksanakan keadilan. Serta generasi Al-Awwabun Taibun iaitu takut bermaksiat kepada Allah. Inilah generasi harapan kita, insyaAllah.


Allahua'lam.



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, April 10, 2011

Ajtahidu fauqa mustawal akhar

Terjumpa kalimah ni kat dalam novel Negeri 5 Menara. Maksudnya lebih kurang berusaha lebih gigih daripada usaha orang-orang lain. Nampak macam simple. Dan kalau kita duduk dalam komuniti yang mana orang malas lagi ramai dari orang rajin, maka nak berusaha lebih daripada orang lain tu agak mudah. Namun andaikata kita duduk dalam lingkungan orang-orang super rajin sepertimana pelajar-pelajar Pondok Madani dalam novel tu, nak berusaha lebih daripada orang lain bukan satu benda yang mudah.


Kalau majoriti orang study 2-3 jam, so kita mesti study 4-6 jam. Err..tak pernah lagi study deret (berterusan) sampai macam tu. Masa SPM dulu study tak sampai sejam pun dalam sehari. Cuma spend 2-3 jam untuk buat kerja sekolah. Naqib aku (dulu) pernah cakap kerja sekolah tak masuk dalam waktu study. Kat matrik dan uni lagi la tak study sangat. Of course sebab aku kurang minat dengan apa yang aku belajar. So tak pernah lagi dalam hidup aku rasa aku usaha lebih daripada orang lain. Bahkan aku selalu rasa aku belum mengoptimumkan kemampuan aku yang sebenar. Rasanya aku boleh challenge diri aku untuk buat something extraordinary.


Dalam masyarakat yang jumud, pastinya bila kita buat something yang berbeza daripada majoriti manusia atau kita mengambil pendekatan yang berbeza daripada kebiasaan orang ramai, maka banyaklah orang akan pandang slack (lekeh). Except kita dapat buktikan apa yang kita buat itu memberi kejayaan, maka kita akan terus dipandang hina oleh masyarakat sampai mati. Berapa ramai antara penduduk Mekah pada awal kerasulan Nabi Muhammad saw meyakini agama Islam akan menguasai dunia 1000 tahun ke depan?


Kita selalu mengukur kejayaan dengan hasil sedangkan ukuran kejayaan dalam Islam ialah amal dan usaha (9:105). Ini tidak bermakna kita mengabaikan hasil tetapi Allah SWT telah berjanji hasil adalah proportional with usaha (53:39). Buka al-Quran dan lihat sendiri terjemahannya, mana tahu kot-kot aku tersalah. Allahua'lam.


-paley tsugareyukumono-

10042011_2343



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Ikan

Joging bukanlah kebiasaan aku. Aku lebih suka main bolasepak. Tapi sejak masuk matrik, aku paksa diri untuk berjoging walaupun tak konsisten. Sampailah sekarang joging adalah pilihan terakhir untuk riadah. Pilihan pertama main bola. Pilihan kedua tidur atau tak buat apa-apa. Pilihan ketiga ialah joging dan tiada pilihan ke-4 dan seterusnya. Bukan nak cerita pasal joging sebenarnya. Nak berkongsi tadabbur alam selepas berjoging mengelilingi kawasan Guar Gajah. Selepas joging lebih kurang 2.7km tanpa henti, aku berjalan ke bawah flyover sebagai proses cooling down. Kat bawah sana ada longkang besar tapi air yang sikit. Tapi bila hujan kat sini selalu banjir.

Kat longkang tu ada gelung. So antara gelung dan basement longkang tu mencipta sebuah jeram kecil. Ada banyak anak-anak ikan kecil melompat-lompat cuba melepasi jeram. Ada beberapa ekor sudah melepasi jeram kecil tu. Yang lain cuba terus menerus untuk melawan kuasa air. Aku melihat sebuah nilai besar daripada ikan-ikan kecil ini. Aku tak tahu apakah intention ikan-ikan kecil ini untuk meredah arus yang kuat tu. Mungkin mencari kawasan yang lebih selamat. Ikan-ikan kecil itu terus melompat. Cubaan demi cubaan. Seakan-akan aku melihat anak ikan yang sama terus mencuba nasib, berjuang tanpa kenal lelah untuk menentang halangan arus yang kuat. Dan akhirnya berjaya melepasi halangan paling sukar iaitu jeram kecil tersebut. Namun masih ada halangan yang menanti. Air yang mengalir keluar dari gelung dengan topografi yang lebih tinggi menghasilkan arus yang lebih deras berbanding arus di bawah. Setelah mengerah segenap energi untuk melepasi jeram, ikan-ikan kecil ini terus dipaksa mengoptimumkan kuasa renangan pada ekor dan sirip mereka untuk menentang arus deras yang keluar daripada gelung. Aku melihat ikan-ikan kecil yang berjaya melepasi ujian di jeram cepat-cepat berenang dengan laju untuk ke tempat yang lebih perlahan arusnya.


Namun ada juga ikan-ikan kecil yang walaupun berjaya melepasi jeram, tetapi jatuh kembali ke bawah. Mungkin telah kehabisan tenaga. Aku kasihan melihat anak-anak ikan kecil yang jatuh semula setelah berjaya melompati jeram deras itu. Aku rasa seperti nak terjun ke dalam longkang dan membantu ikan-ikan kecil itu melepasi jeram. Tapi itu mungkin mengganggu nature alam. Biarlah aku duduk memerhati sambil menyedut ibrah daripada alam sebanyak-banyaknya.


Ada yang lebih mengkagumkan ialah selepas berjaya merentasi jeram dan berenang ke tempat yang lebih selamat, anak-anak ikan tadi bersepakat dan membuat formation untuk terus berenang mara ke hadapan. Seolah-olah masing saling sokong-menyokong. Seperti formation V burung camar pulang petang. Nampaknya seperti akan berjaya strategi ikan-ikan kecil itu. Namun di depan sana ada jeram yang lagi besar dan lebih ganas dan laju airnya. Aku doakan agar ikan-ikan kecil itu berjaya. Matahari semakin tenggelam di ufuk memantulkan sinaran jingga di sebalik awan membentuk pemandangan yang sangat cantik dan indah. Maghrib akan jadi semakin awal.


Source HERE



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, April 07, 2011

Buku, Kitab dan Book

Alhamdulillah, kerana simpati terhadap nasib buku2 dekat rak ni yang sudah lama dibeli dan sudah lama tidak dibaca, maka aku bertekad untuk cuba istiqamah membaca semua buku2 ini dalam tahun ni, insyaAllah. Sebenarnya aku termotivasi selepas membaca beberapa buku dan kisah. Aku terbaca kisah para ulama Islam yang menjadikan buku ibarat air liur yang perlu sentiasa ditelan supaya tekak tidak kekeringan. Kisah2 ini diceritakan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam bukunya, Aku, Buku dan Cinta. Aku juga terbaca tentang kesungguhan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan para ikhwan ketika dipenjarakan pada zaman revolusi. Bagaimana mereka mengubah penjara menjadi madrasah di mana pelbagai ilmu dibincangkan dan dipelajari. Sungguh dahsyat kesungguhan mereka. Dan aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa aku tidak berusaha menjadi seperti mereka? Subhanallah, jauh sekali perjalanan untuk menjadi seperti mereka. Para ilmuwan Islam itu sejak kecil terkenal dengan tekad kuat untuk menuntut ilmu. Kecerdasan mereka dikenal sejak kanak2 lagi. Berbeza dengan aku yang hanya mula mengenal hakikat Islam ketika di alam matrikulasi. Tapi ibarat sebuah pepatah inggeris, "A journey of a thousand miles begins with a single step". Perlu berubah ke arah kebaikan walaupun payah. Perlu mujahadah melawan nafsu walaupun sukar. Perlu mula sekarang, jangan ditangguh-tangguh. InsyaAllah, seperti ayat terakhir dalam surah Al-Ankabut, orang2 yang bermujahadah mencari keredhaan Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalannya. Sesungguhnya Allah bersama2 orang2 yang berbuat kebaikan.

Kadang2 malu juga bila terbaca student di Barat boleh habiskan beratus-ratus judul buku akademik dalam setahun kuliah. Ya, aku yakin bukan semuanya. Mungkin di Malaysia juga ada student yang ulat buku macam tu. Mungkin low-profile, kurang didedahkan. Iyalah, tv dan surat khabar di Malaysia lebih suka menceritakan perihal artis dan hiburan berbanding perkara2 intelektual. Bukan hanya salah mereka. Dah 'customer' hanya suka perkara2 macam tu saja. Prinsip industri, apabila meningkatnya permintaan maka produksi juga akan dilipatgandakan. Apapun, ibarat satu sel yang mampu mengubah genetik homosapiens, begitulah kita perlu menjadi sel2 dalam masyarakat untuk melakukan perubahan yang menyeluruh dan efektif. Dan aku sangat menyokong usaha Baca@LRT. Teringin nak join andai berpeluang. Selalu jugak naik LRT kalau ke KL dan biasanya aku akan bawa buku sekali. Kalau tidak, mata akan meng'usha' ke mana2 entah. Lebih baik tido tapi nanti sampai Seri Petaling pulak padahal nak ke Masjid Jamek. Hehe.

Ada orang kata tidak boleh sekadar membaca tanpa ada bimbingan daripada guru. Kalau tidak nanti dianggap berguru dengan syaitan. Mungkin ada kebenarannya. Allahua'lam. Tapi aku tak rasa perlu berguru untuk setiap buku. Takkanla baca buku The Girl with the Dragon Tattoo karya Stieg Larsson pun nak talaqqi. Nak talaqqi dengan siapa? Hehe. Jadi sebilangan buku yang melibatkan akidah dan syariat perlu dibincangkan. Bukan sekadar membaca dan menyedut keseluruhan isi dan kulit tanpa memikirkan dulu berdasarkan ilmu yang benar. Dan sudah tentu untuk mengelakkan daripada menempuh jalan yang sesat dan batil, kita perlu berguru, berbincang dan merumuskan dalam kerangka berfikir yang benar. Ya terpulang untuk membaca apa saja, selagimana ianya bermanfaat kepada diri dan ummat, tafaddhol, silakan.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk membaca beberapa judul buku dalam minggu ni. Tapi aku tetap menyesal kerana rasanya lebih banyak masa terbuang sia2 berbanding masa yang telah digunakan untuk menghabiskan 3 buah buku tu. InsyaAllah akan aku cuba 'bedah' secara ringkas mengenai setiap buku yang aku baca untuk di'share' bersama rakan2. Mungkin boleh memberi sedikit motivasi untuk sama2 mempertingkatkan bacaan sebagaimana aku sering termotivasi untuk membeli dan membaca buku selepas membaca artikel Ustaz Hasrizal, Ust Zaharuddin etc, berbincang dengan kawan2, dan suggestion secara tak langsung daripada status kawan2 kat facebook. Sungguh sejak kecil aku mempunyai spirit of inquiry yang tinggi sehingga aku akan baca semua pages dalam akhbar Utusan Malaysia yang ayah beli. Padahal ada yang aku tak faham pun. Dan ada yang tak bermanfaat sangat pun. Ini menyebabkan aku ingin mengambil tahu semua perkara sehingga mengalami masalah time management yang agak serius. Sehingga sekarang. Perlu berubah, insyaAllah.

Sehingga bertemu lagi, mata ne~

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.


From my facebook notes HERE.

-paley tsugareyukumono-

-070411_0324-

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template