Sunday, April 10, 2011

Ikan

Joging bukanlah kebiasaan aku. Aku lebih suka main bolasepak. Tapi sejak masuk matrik, aku paksa diri untuk berjoging walaupun tak konsisten. Sampailah sekarang joging adalah pilihan terakhir untuk riadah. Pilihan pertama main bola. Pilihan kedua tidur atau tak buat apa-apa. Pilihan ketiga ialah joging dan tiada pilihan ke-4 dan seterusnya. Bukan nak cerita pasal joging sebenarnya. Nak berkongsi tadabbur alam selepas berjoging mengelilingi kawasan Guar Gajah. Selepas joging lebih kurang 2.7km tanpa henti, aku berjalan ke bawah flyover sebagai proses cooling down. Kat bawah sana ada longkang besar tapi air yang sikit. Tapi bila hujan kat sini selalu banjir.

Kat longkang tu ada gelung. So antara gelung dan basement longkang tu mencipta sebuah jeram kecil. Ada banyak anak-anak ikan kecil melompat-lompat cuba melepasi jeram. Ada beberapa ekor sudah melepasi jeram kecil tu. Yang lain cuba terus menerus untuk melawan kuasa air. Aku melihat sebuah nilai besar daripada ikan-ikan kecil ini. Aku tak tahu apakah intention ikan-ikan kecil ini untuk meredah arus yang kuat tu. Mungkin mencari kawasan yang lebih selamat. Ikan-ikan kecil itu terus melompat. Cubaan demi cubaan. Seakan-akan aku melihat anak ikan yang sama terus mencuba nasib, berjuang tanpa kenal lelah untuk menentang halangan arus yang kuat. Dan akhirnya berjaya melepasi halangan paling sukar iaitu jeram kecil tersebut. Namun masih ada halangan yang menanti. Air yang mengalir keluar dari gelung dengan topografi yang lebih tinggi menghasilkan arus yang lebih deras berbanding arus di bawah. Setelah mengerah segenap energi untuk melepasi jeram, ikan-ikan kecil ini terus dipaksa mengoptimumkan kuasa renangan pada ekor dan sirip mereka untuk menentang arus deras yang keluar daripada gelung. Aku melihat ikan-ikan kecil yang berjaya melepasi ujian di jeram cepat-cepat berenang dengan laju untuk ke tempat yang lebih perlahan arusnya.


Namun ada juga ikan-ikan kecil yang walaupun berjaya melepasi jeram, tetapi jatuh kembali ke bawah. Mungkin telah kehabisan tenaga. Aku kasihan melihat anak-anak ikan kecil yang jatuh semula setelah berjaya melompati jeram deras itu. Aku rasa seperti nak terjun ke dalam longkang dan membantu ikan-ikan kecil itu melepasi jeram. Tapi itu mungkin mengganggu nature alam. Biarlah aku duduk memerhati sambil menyedut ibrah daripada alam sebanyak-banyaknya.


Ada yang lebih mengkagumkan ialah selepas berjaya merentasi jeram dan berenang ke tempat yang lebih selamat, anak-anak ikan tadi bersepakat dan membuat formation untuk terus berenang mara ke hadapan. Seolah-olah masing saling sokong-menyokong. Seperti formation V burung camar pulang petang. Nampaknya seperti akan berjaya strategi ikan-ikan kecil itu. Namun di depan sana ada jeram yang lagi besar dan lebih ganas dan laju airnya. Aku doakan agar ikan-ikan kecil itu berjaya. Matahari semakin tenggelam di ufuk memantulkan sinaran jingga di sebalik awan membentuk pemandangan yang sangat cantik dan indah. Maghrib akan jadi semakin awal.


Source HERE



0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template