Saturday, April 16, 2011

Bedah Buku:: Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Penulis: Tere-Liye

Mukasurat 478


Sebenarnya novel ni merupakan hadiah daripada PTS sebab aku iklankan peraduan PTS dalam blog aku. PTS bagi pilihan 3 buah buku. Aku pilih Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor tapi tak bernasib baik sebab semua novel-novel dah habis. So dia bagi novel ni. Mula dapat novel ni agak kecewa sebab rasa macam tak best tapi ada seorang kawan pernah syorkan pada aku baca buku Hafalan Solat Delisa karya Tere-Liye juga. Dan ramai yang cakap buku tu bagus. Jadi aku assume karya Tere-Liye ni tak kurang hebatnya berbanding dengan Andrea Hirata. Alhamdulillah, bila selesai baa ternyata benar, memang best.


Aku tak ingin menceritakan panjang lebar mengenai novel ni sebab ia sangat best. It's worth reading. Digalakkan membeli dan membacanya sendiri. Apapun kena kuatkan semangat bila nak mula membaca sebab kadang-kadang kita rasa boring di pertengahan jalan dan sangkut. Kalau sabar dan istiqomah, paling lambat pun seminggu boleh habis baca satu novel.


Novel ni menceritakan tentang hukum aksi-reaksi. Hukum kesan dan akibat. Tentang Rehan, seorang penghuni rumah anak yatim yang selalu mempersoalkan ketentuan yang berlaku pada dirinya. Tentang 5 persoalan yang selalu bermain-main difikirannya. Setiap yang berlaku dihadapi dengan reaksi negatif. Tindakan orang-orang di sekelilingnya yang dirasakannya tidak betul dan tidak adil. Kesan daripada reaksinya kepada orang-orang di sekelilingnya. Semua itu membentuk sebuah pola dengan pattern yang sangat menarik. Betapa setiap aksi-reaksi akan memberi kesan kepada setiap entiti dalam sesebuah komuniti sehingga mampu mencapai jarak maksima yang boleh dijangkauinya.


Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa setiap apa pun yang kita lakukan baik kecil mahupun besar akan memberi kesan pada orang lain sama ada dengan jalan yang kita sedar atau tanpa kita sedari sedikitpun. Novel ini cuba menjelaskan kepada kita bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan untuk kita, maka itulah perkara terbaik untuk kita. Sikap pesimis kadang-kadang menyebabkan kita menyalahkan takdir langit dan bertindak di luar batasan. Novel ini memberi harapan tentang masa depan yang kita tak dapat melihatnya. Tere-Liye bijak mengajak kita agar sentiasa bersikap optimis dengan segala ketentuan Ilahi. Ini sangat bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat ke-216


"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Semua persoalan Rehan terjawab ketika dia dalam keadaan koma di waktu tuanya. Seseorang yang datang di masa komanya menceritakan hakikat dan hikmah atas setiap yang berlaku pada dirinya. Menjawab persoalannya secara tuntas. Rehan bertuah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat...


Allahua'lam

-paley tsugareyukumono-

16042011_0903

1 shuriken:

.tufah. said...

dah baca jugak nvel ni. dan memang best. isi dan plot cite dia menarik. memang nvel ni bg sy, dpt ubah dri sesorg.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template