Sunday, April 10, 2011

Ajtahidu fauqa mustawal akhar

Terjumpa kalimah ni kat dalam novel Negeri 5 Menara. Maksudnya lebih kurang berusaha lebih gigih daripada usaha orang-orang lain. Nampak macam simple. Dan kalau kita duduk dalam komuniti yang mana orang malas lagi ramai dari orang rajin, maka nak berusaha lebih daripada orang lain tu agak mudah. Namun andaikata kita duduk dalam lingkungan orang-orang super rajin sepertimana pelajar-pelajar Pondok Madani dalam novel tu, nak berusaha lebih daripada orang lain bukan satu benda yang mudah.


Kalau majoriti orang study 2-3 jam, so kita mesti study 4-6 jam. Err..tak pernah lagi study deret (berterusan) sampai macam tu. Masa SPM dulu study tak sampai sejam pun dalam sehari. Cuma spend 2-3 jam untuk buat kerja sekolah. Naqib aku (dulu) pernah cakap kerja sekolah tak masuk dalam waktu study. Kat matrik dan uni lagi la tak study sangat. Of course sebab aku kurang minat dengan apa yang aku belajar. So tak pernah lagi dalam hidup aku rasa aku usaha lebih daripada orang lain. Bahkan aku selalu rasa aku belum mengoptimumkan kemampuan aku yang sebenar. Rasanya aku boleh challenge diri aku untuk buat something extraordinary.


Dalam masyarakat yang jumud, pastinya bila kita buat something yang berbeza daripada majoriti manusia atau kita mengambil pendekatan yang berbeza daripada kebiasaan orang ramai, maka banyaklah orang akan pandang slack (lekeh). Except kita dapat buktikan apa yang kita buat itu memberi kejayaan, maka kita akan terus dipandang hina oleh masyarakat sampai mati. Berapa ramai antara penduduk Mekah pada awal kerasulan Nabi Muhammad saw meyakini agama Islam akan menguasai dunia 1000 tahun ke depan?


Kita selalu mengukur kejayaan dengan hasil sedangkan ukuran kejayaan dalam Islam ialah amal dan usaha (9:105). Ini tidak bermakna kita mengabaikan hasil tetapi Allah SWT telah berjanji hasil adalah proportional with usaha (53:39). Buka al-Quran dan lihat sendiri terjemahannya, mana tahu kot-kot aku tersalah. Allahua'lam.


-paley tsugareyukumono-

10042011_2343



5 shuriken:

zakri said...

best ke novel negara 5 menara tuh? kat bukuonline2u ada dok?

ibnu yazid said...

bagi ana novel tu sgt best. byk motivasi. dan ana dpt rasa tu kisah benar (kisah sbnr a.fuadi) so penulis dia agak ikhlas menceritakan peristiwa tu. ntah ar xtau nk ckp cmne tp terasa semangat pulak lps baca. meresap ibrah2 yg diceritakan dlm tu.

xtau ada ke x kt bukuonline2u, tp PTS dah kuarkan, so rasanya kt MPH pn ada kot. 20 ringgit je. agak murah la.

ana tau nta kaki novel..hahahaha

zakri said...

MPH? mmm..ok gak, dapat point beli kat situ...but i prefer kat bukuonline2u...naikkan ekonomi sahabat+muslim+ikhah...hua hua

ana kaki novel? hua hua...itu antara last option..tapi kalau ada orang promote, insyaALLAH akan cuba cari gak...tengah berusaha nak perabih baca buku yang beli kat bukuonline2u...2 dah habis, ada lagi 5 (akan sampai..) huahua

zakri said...

salam,

paley, enta patut buat bedah buku sikit, macam kat sini

http://studiomuslim.com/negeri-5-menara/

hua hua hua

ibnu yazid said...

menarik blog tu. dlu azree mh sorg je skrg ni dh jd ramai plak. best2. insyaAllah ana akan cuba bt bedah buku tu wlupun xdela reti bedah2 sgt.

kedai bukuonline2u tu kedai abg saif rupanya. ana dok beli kt kedai dia la. hehe

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template