Saturday, April 16, 2011

Kejayaan Istidraj


Kerja dalam lingkungan student menyebabkan aku juga terasa bahang final exam yang tinggal beberapa minggu je lagi. Seminggu lagi? Aku juga pernah menjadi student. Menjadi freshy, sophomore, senior, super senior dan super duper senior. Berada dalam suasana pembelajaran exam-based bukanlah perkara yang aku suka. Aku terpaksa train diri aku untuk belajar semata-mata nak score exam. Tak score jugak pun. Dimanakah silapnya?

Bagi seorang muslim hidup ini adalah ibadah. Syeikh Ali Ath-Thantawi berkata, "Segala perbuatan yang memberi manfaat kepada manusia yang dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah adalah ibadat." Ini selari dengan firman Allah swt dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56*. Jika kita memahami perkara ni pasti kita akan memusatkan segala perbuatan dan usaha kita ke arah jalan yang diredhai Allah.


Tapi manusia memang bersifat pelupa. Kadang-kadang kita study gila-gila sampai lewatkan solat. Apatah lagi nak berjemaah di masjid. Kita rasa cukup sekadar menunaikan kewajipan solat. Bila untuk exam kita sanggup usaha untuk buat yang terbaik. Bila untuk Allah kita buat ala kadar je. Pernah tak terfikir benda ni? Dan kita mengharapkan kejayaan dengan usaha yang macam tu. Siapa yang bagi kejayaan?


Bukankah Allah memberi kita otak yang dengannya kita dapat study? Bukankah Allah mengurniakan kita tangan yang dengannya kita menulis nota? Bukankah Allah yang memberi penglihatan kepada kita sehingga kita dapat melihat? Bukankah Allah yang mengurniakan kepada kita pelbagai nikmat sehingga kita berada di tahap sekarang? Namun kita membalas segala bentuk nikmat itu dengan melengah-lengahkan solat, membuka aurat, bergaul secara bebas lelaki dan perempuan, berbuat maksiat dan sebagainya. Apakah kita masih mengharapkan Allah memberi kejayaan kepada kita dengan usaha kita yang gigih tu?


Orang-orang yang memahami ayat Allah, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu." daripada surah Muhammad ayat 7 mesti berwaspada. Begitu banyak terjadi golongan yang mengakui diri mereka sebagai da'i ilallah atau pendakwah ke jalan Allah bermudah-mudah setelah mereka memahami ayat ini.


Berjam-jam kita spend masa untuk buat notes, exercises, lab reports etc tapi kita kedekut untuk spend masa membaca kalam Allah. Kita sibuk buat study group sampai lewat malam, at last kita lewat bangun solat subuh. Kita sibuk berbincang dengan lecturer sampai lewatkan solat hingga hujung waktu.


Kalaupun Allah memberi kita kejayaan dengan usaha kita yang gila-gila tu, itu bukanlah kejayaan yang hakiki. Kerana kejayaan di sisi Allah mesti didapatkan dengan cara-cara yang diredhaiNya. Andaikata jalan yang ditempuh untuk memperoleh kejayaan itu mungkar bermakna kejayaan itu adalah istidraj. Sesuatu yang Allah beri untuk membiarkan kita terus bergelumang dalam kekufuran. Bila kita melupakan Allah, Allah akan melupakan kita. Dia tidak akan memelihara kita. Dia akan membiarkan kita terus leka tanpa pengawasanNya. Maka kita akan terus hanyut dalam kemaksiatan dan kekufuran.


Sebab itulah kita melihat ramai orang yang apabila diberi kejayaan menjadi semakin sombong, angkuh, bongkak dan besar kepala. Dia merasa dialah yang terbaik lalu dia merendah-rendahkan orang lain. Dia merasa betul atas semua perkara yang dia lakukan dan menyalahkan perbuatan orang lain.


Sejarah membuktikan kerendahan hati para ulama' Islam. Semakin tinggi ilmu mereka, semakin tunduk ruh dan jasad mereka kepada Allah. Semakin zuhud kepada dunia. Semakin berakhlak dengan manusia. Semakin mesra dengan alam. Ini jelas membuktikan betapa Allah meredhai usaha mereka lalu menganugerahkan perbendaharaanNya (ilmuNya) kepada mereka.


Allahua'lam.

-paley tsugareyukumono-

16042011_1541


0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template