Monday, May 27, 2013

Abang, boleh tak nak keluar makan dengan perempuan?

bismillah.

mutarabbi tanya. diorang student medic. baru mustawa tamhidi. camne kalau keluar makan dengan kawan2, campur lelaki perempuan. saja2. dan kawan2 tu jugak plan trip ke penang. jugak saja2. camne nak jawab?

1. Pergi jela, korang makan2 je. Bukan berdua-duaan. Lagipun tempat yang korang pergi tu penuh dengan manusia, bukan dalam hutan. Hehe

2. Haram! Pergaulan bebas adalah haram! Tak boleh ke pergi makan dengan kawan2 laki je. Saje je korang cari dosa ye?!

3. Tengokla kepada keperluan dan tujuan. Perlu ke gi lepak2 tanpa ada tujuan yang jelas? Kalau betul2 ada keperluan untuk berbincang pasal study etc, sambil2 nak makan, ok je. Asalkan jaga batas. Kalau rasa boleh menjebak kepada perkara lagha, lebih baik tinggalkan.

4. Jawapan korang?

Ingat, mutarabbi ni tamhidi.

"Berbicaralah kepada manusia dengan level mereka.."




Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, April 23, 2013

Cerita Backpacking ke Jakarta (cont. 2)

Bismillah..


Hari ke-3. Mula-mula plan nak ke Pesta Buku lagi tapi macam boring pulak. Baik pergi jalan-jalan. Antara tempat yang aku target nak pergi tengok kat sekitar Jakarta ni ialah MONAS, Masjid Istiqlal dan pusat membeli-belah Mangga Dua dan Tanah Abang. So tanya kat receptionist macam mana nak pergi ke Monumen Nasional atau MONAS. Aku cakap nak jalan kaki je. Tak la jauh sangat. Dalam 2km je. So menapak la ikut direction yang diberi. Melihat kesibukan bandar Jakarta. Kenderaan memang sangat banyak atas jalan. Kat sana teksi biasanya guna kereta Vios. Kat Malaysia guna Saga cap ayam. Teksi pun selesa dan tak la mahal sangat. Selain kereta, ada motor, bajak, angkot, dan ntah apa lagi aku pun taktau nama apa. Ada banyak gerai kecil tepi jalan yang jual macam-macam seperti air, top up, bakso etc. Ada minimart (macam 7E) yang jual macam-macam. Aku singgah nak top up simkad XL (macam Celcom kat sana) dan beli air. Panas kat Jakarta macam lain sikit. Panas kering. Peluh tak la keluar banyak sangat pun tapi rasa dehydrated macam apa ntah. Aku habis minum sebotol air mineral 1.5L tu sampai ke malam tak buang air pun. Padahal kalau kat ofis, minum lebih seliter (~1.5L) setiap hari pun dah 2 kali pergi buang air. 

Sampai je kat gate MONAS rasa macam "Yes! Akhirnya sampai jugak." So masuk la jalan-jalan. Sebab hari tu ahad so agak ramai orang yang berlibur. Picnic bawah pokok dengan famili, awek, pakwe dan kawan-kawan. Sambil jalan minta tolong seorang TNI ambil pic aku dengan latar belakang MONAS. Tapi pakai hp cikai memang sangat tak best. Huhu. Then pusing-pusing cari pintu masuk ke dalam. Actually MONAS ni dipagar keliling. Cara nak masuk ialah melalui terowong bawah tanah. Dah la hujan renyai-renyai. Kemudian Anas call dan kitorang jumpa kat MONAS. Dia la yang tunjuk aku pintu masuk MONAS dan belanja tiket masuk yang berharga Rp5k. Aku nak bayar tapi dia menolak. Ingatkan dah alang-alang sampai nak naik la ke puncak. Rupa-rupanya dah penuh. Ramai gila orang padahal aku tengok orang-orang lokal je. Siap beratur berjam-jam semata-mata. Anas nak jugak tolong supaya aku dapat naik, siap merayu-rayu kat penjaga kaunter tapi dia suruh datang esok lusa pulak. Nak naik atas pun kena bayar jugak! Berapa ntah.

Sebab tak dapat naik ke atas, kitorang just naik ke "cawan". MONAS ni sebenarnya bentuk dia macam pelita dalam cawan. Paling tinggi tu bentuk macam api. Kalau dok kat atas tu nampak la seluruh bandar Jakarta. Yang kedua ialah cawan. Boleh la nampak bangunan-bangunan di sekeliling. Nampak Masjid Istiqlal, PERTAMINA, bangunan-bangunan kerajaan dll. Masjid Istiqlal tu walking distance je. Besar gila. Lepas ambil beberapa pic di atas cawan, kitorang pun bergerak nak ke Masjid Istiqlal pulak. Sebab lapar, singgah jap kat warung tepi jalan makan bakso. Serius sedap bakso dia. Makan bakso dan air kelapa untuk 2 orang kena la dalam 30k.

Masjid Istiqlal ni sangat besar. 7 tingkat kalau tak silap. Main prayer hall besar dan dekorasi dalaman jugak cantik. No wonder orang cakap boleh muat 100 ribu jemaah. Lagipun populasi di Jakarta sendiri sekitar 26 juta orang. Dah hampir sama banyak dengan jumlah rakyat Malaysia. Solat asar dan dah tak tahu nak ke mana. Kemudian ambil gambar depan Cathedral, gereja terbesar di Jakarta. Nak masuk tapi macam tak sanggup pulak. Then ambil keputusan ke Mangga Dua. Saja nak tengok apa yang best kat sana.

Actually takde apa yang best sangat pun. Banyak kedai tutup jadi tak banyak pilihan. Pelik sebab kedai tutup hari ahad. Dan orang pun tak ramai sangat. Bukan ke orang nak beli apa-apa time weekend? Ke memang macam tu? Atau aku tersilap pergi tempat yang tak ramai orang. Dengar cerita kat Mangga Dua tu banyak blok shopping. Sempat beli 2 helai baju yang sebenarnya tak la murah sangat. Tapi beli je la sebagai kenang-kenangan.

Sebelum balik, kami singgah satu kedai tepi jalan. Makan pecal lele je lah untuk menghilangkan rasa lapar. Aku ambil teksi ke Cikini dan Anas pulak ambil bas ke rumah dia. Katanya rumah dia agak jauh, dalam 40km daripada Mangga Dua. Sampai je hostel terus tidur. Letih melampau. Dah tak fit, mungkin sebab dah lama tak bersenam, alasan. Hehe

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, March 25, 2013

Cerita Backpacking ke Jakarta (cont. 1)

Bismillah..

Actually aku tak sedar pun bila Anas muncul. Rupa-rupanya dia memang dalam bas yang sama dan juga nak ke pesta buku di Istora. Berkali-kali dia mintak maaf bagi pihak rakyat Indonesia. Pegawai polis kat stesen bas tu mintak nama penuh dan no hp aku (yang lain) in case kalau jumpa iphone diorang akan bagitahu. Tapi dia cakap, anggaplah hilang terus. Aku pun redha je la. Malas dah nak fikir. Benda dah hilang, tak guna nak pening-pening fikir. Ada banyak lagi adventure menanti. Hehe. Anas anggap aku trauma agaknya, jadi dia pun ajak aku naik teksi je ke Istora. Siap dia yang bayar. Dalam teksi kitorang borak-borak. Mula-mula aku skeptikal jugak tapi bila dia bagitahu dia fulltime dengan PKPU dan siap bagitahu ada link dengan IKRAM kat Malaysia, aku yakin sikit. Actually aku tak bagitahu pun yang aku ahli IKRAM. Perlu ke?

Sampai je kat Istora, Anas call kawan dia, perempuan. Aku macam ..err.. Actually tunang dia. Aku tahu masa hari last sebelum aku balik, dia jemput pergi walimah dia bulan Mei kat Jogja. So aku pun merayau-rayau dalam stadium tu. Ramai gila orang. Bukan ramai orang gila ye. Hehe. Budak-budak sekolah pun ramai, datang dalam rombongan. Cuaca agak panas. Ramai jugak penjual air es teh manis atau teh ais manis, penjual bakso dan pelbagai lagi makanan-makanan yang dijual sama ada buka gerai atau dijaja dari orang ke orang. Sedih tengok makcik pakcik yang dah tua menjaja air dan jajan. Mungkin orang beli lebih kerana rasa simpati berbanding rasa haus dan lapar.

Masuk dalam stadium baru la rasa lega sikit sebab ada aircond. Terlalu banyak booth. Kebanyakan dimonopoli oleh penerbit-penerbit buku gergasi seperti Rabbani Press, Pustaka Imam Syafie, Al-I'tishom dan pelbagai lagi. Harga? Tersangatlah murah kalau nak banding kat Malaysia. Dengan tambahan diskaun sehingga 40%, perghh. Masa tu rasa menyesal pulak tak bawak duit lebih. Lagipun aku bukan nak berniaga. Tolong beli buku untuk beberapa orang ikhwah je. Aku rasa buku yang aku nak beli lagi sikit daripada apa yang ikhwah-ikhwah tempah. Dah la tak agak-agak suruh beli tafsir ibnu katsir yang 10 jilid tu. Lebih lima kilo kot! Hehe. Walaupun last-last tak jadi beli kat sana sebab ada ikhwah kat Malaysia (yang ada kedai buku) boleh bagi dengan harga yang agak murah. Ada disediakan surau daripada kanopi kat sebelah stadium dan sebelum zohor ada kuliah. Tak silap tajuk berkaitan ekonomi sebab aku datang tu dah nak masuk zohor. Time solat memang penuh sampai kena 3-4 kali berganti-ganti. Aku solat jamak qasar je. Lepas zohor, kat dalam stadium di pentas utama ada sesi bedah buku. Sebab malas berjalan, aku pun lepak dengar sesi bedah buku tu. Buku yang ditulis seorang gabenor. Tak ingat bahagian mana. Aku ni semua benda lupa! Tapi menarik jugak cara diorang bedah buku tu. Simple dan concise. Di akhir acara, 200 buku diedar secara gratis kepada penonton. Sepatutnya kepada penonton yang duduk atas kerusi je (termasuk aku dan aku dah berkira-kira nak dapat buku percuma) tapi bila diorang edar je buku tu, ntah siapa-siapa datang dari belakang terus serbu. Aku tengok ada yang ambil sampai dua. Hampeh betul. Pantang benda free. Aku tengok pe'el diorang dengan sinis.

Lepas sesi bedah buku, aku pun mencari sesuatu untuk mengisi perut. Jalan-jalan kat dalam stadium terjumpa satu kafe. Ada banyak nama makanan pelik-pelik yang aku tak pernah dengar. Yang familiar ayam penyet je. So aku order ayam penyet dan minta limau ais. Rupa-rupanya kat sana diorang tak panggil limau tapi jeruk. Huhu. Then dia offer ice lemon tea, so ok je la. Itu je dah 35k! Mahal gila kot. Tak la sedap sangat pun. Lepas tu sambung tengok buku. Penat otak fikir sebab banyak sangat buku yang berkenan dan berkualiti. Akhirnya aku beli 15 buah buku Tafsir Da'awi dengan plan nak jual kepada mutarabbi dan ikhwah-ikhwah yang nak. Banyak dengar cerita ikhwah-ikhwah cari buku tu. So beli la sebagai khidmat masyarakat, tak ambil untung pun kalau nak kira tiket flight, bagasi, transportation dan kepenatan dengan harga aku jual RM22 kat diorang. Kat FIB pun harganya RM29.50, paling banyak boleh diskaun 10% je.

Eh, buku Tafsir Da'awi tu ada 5 lagi, siapa yang nak beli bagitahu ye. Hehe

Lepas maghrib, aku pun nak balik ke hostel. Kaki dah sakit gila. Aku tunggu teksi depan main gate stadium. Kemudian nampak satu teksi Blue Bird masuk ke perkarangan stadium. Aku pun lari-lari kejar teksi tu dengan harapan boleh balik ke hostel naik teksi. Sebab memang dah tak larat nak jalan. Tambah beli 15 buah buku lagi. Perghh penat gila kejar sampai kat belakang surau. Sampai je kat teksi tu rupa-rupanya dia nak berhenti rehat. Aku tanya berapa lama. Dia cakap tak tahu, mungkin agak lama. So aku pun patah balik ke main gate tunggu lagi teksi. Lama jugak tunggu tapi satu teksi pun takde. Aku fikir kena jalan kaki keluar ke jalan besar lagi mudah dapat teksi. So aku pun menapak sampai ke jalan besar. Allah je tahu betapa letih dan sakit kaki aku. Kemudian nampak satu teksi, aku tanya boleh hantar ke Cikini tak. Dia cakap 60k! Padahal Istora dengan Cikini dalam 10km je. Dia tak guna meter (argo). Nego-nego, dia bagi 55k. Takpelah aku pun dah tak larat nak jalan lagi.

Sampai hostel, masuk bilik, terus tidur. Gila betul.

Bersambung...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Cerita Backpacking ke Jakarta

bismillah...


Selepas tiga minggu baru rasa nak update pasal cerita backpacking secara solo ke Jakarta awal bulan haritu. Dah lama sebenarnya nak try merayau ke oversea, I meant luar Malaysia sebab masa first year kat UTM dulu dah pernah pergi Kuching, Sarawak. Sebulan sebelum pergi Jakarta ada la google mencari pesta-pesta buku di seantero dunia. Memang ditakdirkan terjumpa satu event menarik iaitu pesta buku islam atau Islamic Book Fair di Jakarta bermula 1 hingga 10 Mac. Tapi masa tu bila check tiket Air Asia, semua atas RM300. Sebab aku nak pergi backpacking, return ticket RM300 agak mahal la. Aku bajet bawah RM200 ok la. Apapun memang ditakdirkan aku akan pergi ke sana, suatu pagi kawan aku post screenshot tiket return Air Asia KL-CGK 1-5 Mac 2013 berharga RM166. Dengan anggapan kawan aku dah beli tiket tu, aku pun beli je lah. Rupa-rupanya kawan aku just bagi teaser je. Dia pun tak beli lagi. Hampeh betul. Takpelah, bila lagi nak redah?

Actually masa nak pergi tu flight aku pukul 4.40 petang. Aku pulak ambil half day leave je hari Jumaat tu. So memang agak kelam kabut. Disebabkan minggu tu teramatlah sibuk di office dan juga aktiviti pada malam harinya, maka aku tak sempat nak packing pakaian semua. Keluar office pukul 1230 (sebab ada kerja kena settle), sampai rumah pukul 1250, sumbat-sumbat baju etc dalam backpack dan terus ke masjid. Lepas solat, terus bergegas balik rumah, ambil beg, wallet dan hp, terus merempit ke LCCT. Jarak dari Taman Melati ni ke LCCT dalam 70km kot. Aku rasa la. Aku dah redha kalau tak sempat sampai, biar lah burn tiket tu. Setelah merempit dalam kepanasan yang super tu sampai jugak ke LCCT dalam pukul 3.20 petang. Pusing-pusing cari parking motor sebab first time naik motor pergi LCCT. Aku pun tak tahu boleh ke tak parking sampai lima hari kat situ. Redah je lah.

Alhamdulillah sempat. Masuk kawasan international departure, cari check in counter dan siap! Walaupun dah buat web check in tapi still kena verify passport dan IC aku rasa. Ntah lah. Pusing-pusing jugak cari pintu masuk ke tempat menunggu. Scan bag etc. Memang penat gila sebab terkejar-kejar. Bila dah masuk tempat menunggu, rupa-rupanya flight delay 15 minit. Hampeh betul lah Air Asia nih. Tapi mengikut pembacaan aku, delay macam tu normal. 

Masa masuk pesawat tu agak excited sebab dah lama tak naik kapal terbang. I really made it! kata aku dalam hati. Haha. Cari-cari tempat duduk, letak bag dan rehat. Sakit jugak pinggang dan belakang bawak bag walaupun tak lah berat sangat. Yang tak bestnya kerusi boleh turun sikit je. Tegak je la. Tiga seats setiap row. Aku kat tengah-tengah. Di sebelah kiri dan kanan aku dua-dua lelaki dan orang Indonesia. Aku ambil peluang berkenalan dengan diorang. Yang sebelah kanan ialah Pak Ito, seorang Piping Designer/Engineer kat Technip dan di sebelah kiri aku ialah Pak *tak igt nama*, bekerja sebagai Platform Designer di Aker. WOW. Sekali pandang macam biasa je. FYI, Technip dan Aker ialah antara kompeni oil & gas besar kat dunia. Dua-dua balik rutin sebulan sekali untuk jumpa keluarga. Banyak borak pasal kerja, famili diorang dan semestinya tentang Indonesia. 

Tak sedar dah dua jam dalam flight dan mendarat di Sukarno Hatta International Airport, Jakarta. Sebab tahu aku first time ke Indonesia, Pak Ito jadi tour guide sampai naik bas. Dia nak ke tempat lain (tak ingat nama tempat tu) dan naik bas lain. Aku kena ambil bas ke Gambir. Jadi dia guide aku ke tempat tunggu bas. Lepas dia naik bas, bas ke Gambir pun sampai. Menariknya bas ni ada wifi, so sempatla aku respon beberapa emel dan update facebook. Hehe. Sepanjang perjalanan tu aku nampak suasana yang tak pernah aku jumpa kat Malaysia. Hampir di bawah semua flyover di tengah-tengah kota metropolitan tu ada setinggan daripada papan-papan. Nampak dari jauh je. Tak tahulah macam mana air dan elektrik. Ada ke tak ada. 

Sebelumnya, aku sempat ambil no hp Pak Ito dan bergambar dengan beliau. Instinct aku merasakan dia ikhwah PKS. Sampai je kat Gambir, aku blur. Macam mana nak ke hostel. Masa tu dah malam. Dalam pukul 8 lebih kat sana. Hostel aku kat Jalan Cikini Raya yang sebenarnya just dua kilometer je dari stesen Gambir tu. Oleh sebab kepenatan, aku pilih naik motor (tak silap kat sana panggil bajak, ntahla). Kena 20k rupiah. Actually mahal gila sebab dekat je pun tapi sebab aku malas nak pening-pening, hentam je lah.

Sampai hostel, check in, masuk bilik terus tidur. Penat gila.

Hari kedua. Lepas sarapan (disediakan), aku tanya-tanya receptionist camne nak ke stadium Istora Senayan iaitu tempat berlangsungnya pesta buku. Setelah dapat direction, aku pun memulakan pengembaraan solo ke sana. Haha, bajet macam mengembara kat Antartika atau Moab Desert. Daripada hostel, aku kena 'menapak' ke stesen bas terdekat iaitu Kramat Santiong. Dengar Kramat (macam Keramat), rindu pulak kat Malaysia. Hehe. Lebih kurang satu kilometer lebih jugak. Dalam perjalanan tu lihat suasana pagi kat Jakarta. Orang-orangnya, kenderaannya dan bangunan-bangunannya. Tak lah teruk sangat tapi still Kuala Lumpur lebih baik jika nak compare apple to apple. Dalam perjalanan tu aku tanya seorang penunggang motor (bajak) yang duduk melepak kat tepi jalan, kat mana stesen Kramat Santiong. Dia cakap jauuuhhh kat seberang jalan sana dan offer naik motor dia. Aku cakap takpelah aku nak jalan kaki. Rupa-rupanya stesen tu betul-betul seberang jalan je. Jalan depan sikit sampai naik jejantas terus sampai. Alhamdulillah tak kena tipu. Tapi macam tu lah kehidupan kat sana. Betul-betul struggle nak dapat duit dan nak hidup!

Kat sana naik bas just guna satu tiket je. 3.5k rupiah boleh naik bas ke mana-mana. Bas ada laluan sendiri. Lane paling kanan. Yang ni aku respek kat Indonesia. Cuma condition bas masih teruk. Sementara tunggu bas sampai, aku ambil peluang ambil gambar kat sekitar stesen tu menggunakan iphone. Sebenarnya takut jugak sebab dengar banyak kes curi kat Jakarta ni. Dalam buku, sinetron dan filem diorang sendiri pun ada. Paling best cerita Alangkah Lucunya Negeri Ini. Bila bas sampai, aku terus masuk ke dalam bas tapi terlupa nak masukkan kembali hp ke dalam poket seluar.

Dengan hp masih kat tangan kiri, aku masuk ke dalam bas yang padat tu. Ditakdirkan bas tu fully close dan aircond tak berfungsi. Tersangatlah panas. Dalam bas tu dengar suara-suara tak puas hati ditujukan kepada conductor bas. Aku pun tak faham kenapa disalahkan conductor bas, dia bukan boleh buat apa pun. Destinasi aku ialah stesen Harmoni. Aku perasan ada seorang perempuan sambil beberapa orang lagi di belakang aku bertolak-tolak sambil komplen panas etc. Bila sampai stesen seterusnya, diorang tolak-tolak nak keluar. Mungkin sebab terlalu panas, aku lupa pasal hp yang tengah aku pegang.Bila pintu bas tertutup dan bas berjalan baru aku sedar yang hp aku dah hilang! Dengan condition bas yang sangat panas tu aku terus pitam. Bila sedar ada orang-orang dalam bas yang tolong angkat dudukkan atas kerusi. Ada orang yang tolong kipaskan aku. Peluh keluar mencurah-curah. Aku rasa macam dah takde kudrat nak berdiri. Terkejut dengan kejadian yang sangat pantas tu. Ada penumpang bas yang hulurkan coklat dan roti. Aku cakap hp aku hilang, semua pakat tolong cari bawah-bawah kerusi kat lantai semua tapi takde. Aku nak cakap hp aku kena curi. So next stesen (Harmoni), semua penumpang bas kena spotcheck. Conductor bas check beg setiap orang tapi takde. So memang betullah hp aku kena 'copet' oleh orang yang keluar kat stesen sebelumnya. Dan aku sangat yakin pencuri tu ialah perempuan yang berdiri kat belakang aku masa dalam bas tu. Walaupun hilang iphone dengan segala maklumat dan data dalam tu yang tak diback-up, aku cuba untuk redha dengan ujian tu. Selepas tu aku jumpa dan dibantu oleh Anas, seorang sukarelawan PKPU, NGO kemanusiaan di Indonesia. 

Bersambung...


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, September 13, 2012

Menulis Membantu Otak Berfikir

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Hidup ini penuh dengan expectations.

Dulu masa aku darjah 6, guru besar expects aku akan dapat 5A dalam UPSR based on prestasi peperiksaan percubaan aku. Aku sendiri takde apa2 expectation sebab aku bukannya rajin sangat belajar. But then aku dapat 2A3B. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya aku kecewa jugak sebab tak dapat challenge arwah abang aku. Dia dapat 5A dalam UPSR. Mak dan Ayah selalu sebut pasal pencapaian dia kat aku. Tapi aku still seorang yang nak-taknak-je belajar.

Masa tingkatan 3, lagi 2 minggu nak PMR aku baru start study. Sebelum tu aku sibuk gi memanah ikan kat sungai, pancing ikan kat lombong, main bola kat padang setiap petang dan melepak kat rumah MatPe setiap malam. Takde sesiapa letak apa2 expectation kat aku. Aku sendiri tak expect apa2 untuk PMR. Asal lulus boleh masuk form 4 ok la. But then aku dapat 6A2B. Kawan sekelas terkejut. Aku lagilah terkezut. Ingat lagi masa pagi hari ambil result tu, aku kat atas pokok manggis. Tak tahu pun result keluar hari tu sampailah kawan aku datang ajak gi sekolah ambik result.

Tingkatan 4 ialah tahun honeymoon. Aku antara pelajar tercorot dalam kelas (science stream; tak ambik bio, ambik lukisan kejuruteraan). Sepanjang tahun habis masa atas padang training/main sebagai pemain bola sekolah. Tingkatan 5 lepas habis tournament bolasepak antara sekolah dalam bulan 5 baru aku start belajar sikit2. Aku tak tahu apa expectation mak dan ayah dan family aku. Aku sendiri hanya target lulus dan dah ready untuk kerja kilang lepas habis SPM. Bila result keluar, aku dapat 8A2B.

[Dulu] Aku belajar bukan sebab nak A. Aku nak lulus je. 

-------------------------------------------------------------------------------

Aku tergerak nak menulis mengenai expectation bila terbaca komen2 pembaca MalaysiaKini (versi English) tadi berkaitan blueprint dasar pendidikan yang baru.

Exam-oriented system yang digunakan sekarang menyebabkan "orang" mengejar jumlah A berbanding kualiti pendidikan itu sendiri.

"Orang" di sini merujuk kepada murid, pelajar, mahasiswa, ibubapa, keluarga, kaum kerabat, masyarakat, kerajaan dll. 

Semua pihak ada expectation masing2 tapi menjurus kepada perkara yang sama; mengejar jumlah A. Sistem ini memberi reward dan insentif hanya kepada pelajar dengan jumlah A terbanyak. Masyarakat membanggakan ahli masyarakat yang cemerlang dalam pelajaran berdasarkan bilangan A yang dicapai. Peratusan lulus (and consequently peratusan untuk dapat A) dikurangkan untuk meningkatkan jumlah "flying colorers" agar dapat menonjolkan imej dan reputasi kerajaan yang bagus.

Terfikir jugak kasihan pelajar cemerlang yang bertungkus-lumus sepanjang tahun belajar etc tapi menghadapi masalah semasa hari peperiksaan i.e. sakit, emosi tak stabil etc. Sebab sistem ini depends solely kepada exam, maka sia2 sajalah penat lelah mereka selama ni.

Dasar pendidikan negara perlukan transformasi. Kalau boleh, evolusi. Cepat2lah bertukar daripada beruk kepada manusia yang bijak berfikir dengan aqal kurniaan Allah. 

#tajuk takde kaitan. adios!

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template