Thursday, April 02, 2009

Ayuh!

Dialog 1

"Pernah tak sesape ajak ko gi program kerohanian (agama)? Camping ke ceramah ke ape ke?"

"Ermm..seingat aku la, sepanjang dok kt utm ni, x pernah pn ade org ajak. Yelaa, aku bukan bdk surau pn. Sapela nk ajak kan."

"Kalau ade org ajak, ko nak gi x?"

"Err, tgk dlu la. Klu sesuai dgn masa dan keadaan, nk gk aku gi. Tapi malu ar. Yang pegi tu sume baik2..huhu"

"Hmmm...cmner ekk.."

Dialog 2

"Wehh!! Paley Ahmad ade kt sni, jangan dok hisap rokok. Nnt kn tazkirah. Haha.."

"Korang takut kt aku ke kt Allah? Klu aku xdk kt sni pn, Allah ada kn. Malaikat pn ada dok tulis. So, xde beza pn. Cuma, klu aku ade, korang kn tendang basuh la. Hehe.."

Nampak macam simple je. Bagi aku, dialog 1 tu menunjukkan betapa ramai yang belum faham kepentingan islam dalam hidup. Ramai yang mengaku daie pendakwah, hakikatnya dia belum berdakwah pun. Ramai pula yang mengaku islam, hakikatnya tidak mahu melaksanakan semua ajaran islam. Yang pertama bersikap lemah dalam memperbaiki masyarakat. Yang kedua pula tidakberusaha memperbaiki diri. Yang pertama sibuk bertelingkah sesama sendiri berebut "budak surau" sehingga golongan kedua diabaikan. Apa yang dikejar adalah kepentingan individu padahal sepatutnya kita mendahulukan kepentingan islam.

Dialog 2 tu pula adalah berkaitan pengaruh seseorang aktivis dakwah di dalam linkungannya. Ramai yang mengaku daie tapi kehadirannya dalam lingkungan rakan-rakannya tidak memberi apa-apa kesan. Kemaksiatan terus saja berjalan dengannya atau tanpanya. Dan lebih parah jika kemaksiatan bertambah dengan kehadirannya. Wal'iyazubillahi min zalik.

Pernah tengok cerita sang murabbi? Ingat lagi babak di mana Pak Mat berjumpa dengan 3 orang pemabuk yang sedang berjudi.

"Assalamualaikum. Nawi di mana?"

"Berlaga ayam pak."

"Kalian tidak ikut serta?"

"Tidak pak. Takut dosa."

"Alhamdulillah. Sudah takut sama dosa."

Salah seorang menyorokkan botol arak ke bawah meja.


KH Rahmat Abdullah menunjukkan peribadi seorang daie yang sangat mengambil berat kepada semua golongan meskipun mereka itu bukanlah golongan yang biasa di"target" oleh daie yang lain. Dengan kehadiran beliau juga menyebabkan ketiga-tiga orang itu malu untuk menzahirkan kemaksiatan mereka bahkan bersedia untuk mendengar "tazkirah" beliau. Inilah peribadi yang perlu kita contohi.

Jadi, ayuh evaluasi dan refleksi diri kita!

2 shuriken:

Sarah Ibrahim said...

Teringat cerita , " Laut dan Mushaf" dalam buku Jalan Ke Hati...

ibnu yazid said...

Guano critenye?

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template