Wednesday, September 02, 2009

Fastabiqul Khairaat....

Bismillah...

Untuk pengetahuan semua, siri Hiburan Untuk Para Da'i itu aku ambil daripada buku Pelembut Hati. Itu adalah praktikal yang telah ditunjukkan oleh para pendahulu kita. Mereka telah membuktikan teori amal. Namun, aku nak tegaskan di sini aku juga masih belajar untuk mempraktikkan teori amalku.

Di sini aku nak ucapkan selamat berpuasa! Semuanya nampak semangat untuk mengejar ganjaran pahala. Fastabiqul khairaat..

Sedikit ole-ole (refleksi):

Kita selalu mencanangkan kesyumulan dakwah kita. Kita berteori yang gempak-gempak. Tarbiyah imaniyah. Jika aqidahnya "settle", semua benda akan selesai. Kita fokuskan pembinaan pemikiran. Kita sumbat otak kita dengan teori. Kononnya untuk mensintesis kefahaman. Tapi kita tak diajar aplikasinya. Kefahaman didapati dari teori atau aplikasi? Aku bingung...

Kita menguasai pelbagai bahan. Kita membaca pelbagai buku. Kita berceramah ke sana-sini. Kita hebat. Semua orang tahu. Tetapi pembinaan bukan pada pemikiran sahaja. Ruhiyah dan jasadiyah kita bagaimana? Adakah kita membinanya?

Kita ingin lahirkan pemimpin seperti Umar. Tapi tahukah kita, Umar itu bukan sekadar dalam pengetahuan Islamnya. Ia seorang panglima tentera yang sangat banyak ibadahnya, paling kuat tangisnya dalam munajat tahajudnya dan semua kebaikan terkumpul padanya. Sehingga syaitan pun takut kepadanya.

Kadang-kadang "kemampuan" kita terbatas dan kita sukar meyakinkan semua orang...

Allahua'lam

3 shuriken:

[Ab.ngah] said...

like this!

cikgu_eya said...

Bismillah...

Kepimpinan melalui tauladan.. Itu yang da'ie kita sering lupa, hari ini. Masakan boleh kita menyeru sekumpulan masyarakat melakukan sesuatu kebajikan, sedang kita masih terkontang-kanting...

'Akhlak Rasulmu adalah AlQuran' itu kata Aisyah... (jika tidak silap)

Maka, apa maksudnya?

Rasul kita mengamalkan apa yang diturunkan melalui AlQuran, terus pula beliau menyampaikan amanat tersebut kepada umat...

oh.. kepimpinan sempurna... ^^

Semoga kita berusaha mengikut jejaknya.. ^^

Sarah Ibrahim said...

Hanya iman yang mendalam dapat menghasilkan daie seperti mereka. Persoalannya iman.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template