Tuesday, September 15, 2009

Jom Main Meriam

Bismillah...

Malam tu kami kumpul ramai2 kt umah Atan Kewek. Nk plan. Ramai gk time tu. Aku dh x igt brapa org tp sume playmaker ada. Aku, Atan Kewek, Lan, Ayie, Yie, Atan Dugong dll. Pelan dibuka. Masing2 bg cdgn. Nak besar ke kecik, panjang ke pendek, buluh ke tin atau ada jenis lain. Mcm2 idea kuar tp matlamat ttp sama. Objektifnya nk bt meriam yg power giler kali ni. Biar smpi terkejut satu Taiping. Wahaha...

Esok pg, kami kuar mencari bahan. Pusing2 keliling kampung, terjumpala benda yg di cari2. Sebuah paip seramik tebal berdiameter lebih kurang 15cm, tebal 2cm dan panjang dekat2 2m. Sgt2 sesuai utk hasilkan letupan yg menyebabkan org dpt bgn sahur awal. Atau mungkin org x dpt beraya. Hehehe. So, bila dh dpt paip tu, proses seterusnya adalah membuat lubang pd paip tu. Oleh kerana tebal, kami terpaksa meminjam gerudi elektrik ayah Atan Kewek utk menebuk paip tu. Proses menebuk amik masa lebih kurang 3 jam. Kena hati2 sbb takut crack. Kang tak pasal2, kami tak beraya. Lps proses menebuk lubang selesai, kami berbincang utk mencari port yg sesuai. Oleh kerana ni adalah plan rahsia, takut2 diketahui oleh orang kampung, maka tempat yg bakal dipilih perlu jauh dan tersorok dari masyarakat.

Setelah bbrp cadangan didengar, kami sepakat utk laksanakan projek ni di sebuah kawasan berbukit di tepi lombong kat kampung kami. [Nama kampung terpaksa dirahsiakan]. Ssh gk sbnrnya nk angkut paip ni. Besargile. Then, bbrp org ditugaskan membeli karbaid (calcium carbide) iaitu bahan letupan. Karbaid ni bila campur dgn air sket akan kuarkan gas yg mudah terbakar. So, malam tu lps isyak je trus bergerak ke lokasi rahsia. Takde terawih2 dh. Excited gile nih. Klu sblm2 ni aku dan kwn2 gn tin milo je utk bt meriam, kali ni kami go little bit advance. Hasilnya dh bleh agak sbb materialnya superb.

Atan Dugong sbg ketua misi memberi arahan. 2-3 ketul karbaid bersaiz sederhana dimasukkan melalui muncung paip. Air dimasukkan sedikit. Kemudian, muncung paip ditutup dengan guni supaya gas yg terhasil menjadi padat di dalam paip. Atan mengambil buluh panjang, mencucuh pd api dan meletakkan di lubang yg ditebuk pd paip. Dan...

KABOOOOMMMMM!!!!

Berderau darah dek kuatnya bunyi yg dihasilkan. Semua org gembira. Tergambar kepuasan. Terdengar bunyi meriam di bbrp tempat lain. Malam tu kami berperang. Tapi aku yakin meriam kami adalah terpower.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Itu cerita 8-9 tahun dlu. Zaman aku skolah menengah rendah. Bulan posa adalah bulan yg ditunggu2 krn kami ada byk plan. Bdk2 kampung yg penuh dgn aktiviti2 yg kreatif sbb kami xde PS1 atau komputer kt umah. Main meriam adalah acara tahunan dan kemestian pd bulan posa. Klu men meriam pd bulan2 lain tak sebest men ms bulan posa. Perasaannya lain. Semakin dkt hari raya, kami dh plan mcm2. Nak raya rumah sapa dulu, nak ikut jalan mana supaya dpt kumpul duit raya byk2, nak challenge sapa paling byk kutip duit raya dll. Itu kemeriahan raya era kami. Zaman kanak2 tu dh pupus. Mungkin takkan berulang dlm suasana mcm skrg.

Suasana berziarah pd hari raya dh semakin kurang skrg. Bbrp tahun kebelakangan ni, bila beraya kt kampung dh terasa tak best. Yela, kwn2 suma dh besar. Klu mcm aku ni, sejak msuk matrik smpi skrg jarang btul blk kmpg. Bila blk tak jumpa kwn2 lama pn. Masing2 sibuk dgn kerja, study etc. Dah xdk bdk2 yg men polis tantri (polis sentri) mcm kami main tiap2 mlm ramadan dlu. Smpi ada yg nyorok dlm hutan sorang2. Hehehe. Dah kurang bdk2 yg dtg beraya ke rumah. Duit syiling yg mak ayah aku simpan utk bg kat bdk2 yg beraya pn x abis. So, terpaksa aku kebas. Tahun ni kn mintak duit raya byk2 sbb duit dh xde. Hehehe.

Tahun ni syawal kembali lg. Tinggal brpa hari je lg pak engku nk umum result raya. Aku blk lusa. Nek moto. Ada sesapa bleh tumpangkn beg aku ke Perak? Sakit bahu aku nk galas beg smpi umah. Selamat tinggal RI untuk seminggu. Ja mata~

p/s kpd makcik oren dan 2 ekor anaknya, cik puteh dan cik tompok, harap2 makcik singapore bg mkn kt korg masa kami sume blk beraya ni. klu xde mknn, pose 6 jela.

p/s1 kpd kwn2, 'eid mubarak. afwan jiddan jika ada salah silap.

p/s2 tu je. harap maaf. mengarut sket. (^_^")

4 shuriken:

Liyana said...

salam

adventure sungguh permainan masa kecik.

oh, selmat pulang ke kampung. berhati2 di jalan raya

p/s; kirimkan salam pada makcik oren dan dua ekor anaknya, cik putih dan cik tompok serta makcik singapore walaupun mereka xknal.

Anonymous said...

iA
kalo mcik s'pore lupe
ana tabur sket balance rezki yg ad
mayb ana blk ari je raye kali nie...

~kafalifmim~ said...

salam.. adik akak kate, nta balik naik moto.. isy2...

ibnu yazid said...

wa'alaikum salam semua.

i'm back! hehe..

1st, selamat hari raya. maaf zahir dan batin.

puding:

zaman kecik2 mmg sgt adventure. x smpt nk kim slm kt diorg. dh blk tpg time tu. ni dh blk sni tp makcik oren dan anak2nya xdk kt umah. mungkin di umah makcik singapore. hehe..

anonymous:

sedih dgr. nta xyah blk la. jg umah. hehehe..

kak kam:

aah. balik nek moto. alhamdulillah dh slmt pergi dan balik smula ke jb. bru je smpi jap td. penat giler nek moto 14 jam. tp mmg sgt2 best. pengalaman yg ssh nk dpt. hehehe..mcm2 peristiwa berlaku spjg jalan.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template