Bismillah...
Segala susah payah dan jerih perih mak dan ayah tidak akan mampuku balas sampai aku mati sekalipun. Mak yang telah mengandungkan diriku selama lebih dari 9 bulan, mengusung aku ke sana sini dengan segala susah payah yang tak pernah aku bayangkan dan aku rasai. Yang membesarkan aku menjadi seorang manusia. Mungkin mak bukanlah seorang yang terpelajar tapi mak adalah cikgu terbaik yang pernah aku miliki. Ayah, yang tidak jenuh menyara kami 9 beradik. Sejak kecil aku selalu melihat keringat mengalir dari wajahmu yang seakan-akan tidak pernah berhenti bekerja. Ayah yang selalu memenuhi permintaanku walaupun aku tahu kadang-kadang ayah tidak mampu. Mak dan ayah, ingin aku katakan bahawa aku sangat mencintai kamu. Aku bersyukur menjadi anakmu. Terima kasih sayang dan cinta kerana melahirkan aku ke dunia sehingga hari ini genap umurku yang ke-23 tahun. Doakan anakmu berjaya di dunia dan akhirat.
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
1 day ago
4 shuriken:
23 rupanya..
Kasihilah mereka selagi berkesempatan ya akhi...
23 tahun? Ana ingatkan nta sebaya dengan ana..
salam ingatan di hari lahir...
smg berjaya dunia akhirat
Salam,
puding:
23 umurnya, rupanya 17. hehehe
prof:
yup, muda 45 hari 3 jam dr nta..haha
kak kam:
Amiin Ya Rabb. terime kasih byk2 ye (^_^)
Post a Comment