Thursday, November 26, 2009

Kecewa dan Optimistik

Bismillah...

Apakah perasaan KECEWA itu? Bagaimana rasanya kecewa itu?

Setiap manusia pasti pernah merasa kecewa dalam hidupnya. At least, sekali seumur hidup. Tapi biasanya banyak kali. Banyak sebab untuk kita kecewa. Kita boleh menipu manusia, menyembunyikan perasaan kecewa jauh di dalam hati, menampakkan bibit-bibit keriangan pada senyuman di wajah kita, hilai tawa kita, gurauan kita, tindak-tanduk kita dan kata-kata kita. Semuanya kerana kita tidak mahu orang lain risau tentang diri kita. Kita berasa kita mampu menghadapi ujian dengan sisa kudrat yang ada. Tapi kita takkan mampu menipu diri sendiri. Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan. Di bahu kita masih tergantung beribu beban berat. Di hadapan kita terdapat beribu peluang dan halangan. Kita kena hadapan hari mendatang dengan motivasi yang kuat. Semalam dan hari-hari yang telah berlalu akan menjadi sejarah. Yang kita kutip padanya hanyalah pengalaman yang akan menjadi quality control dalam tindakan kita pada hari ini, esok dan hari-hari yang mendatang.

Kecewa sikit-sikit dah la...

Perasaan kecewa merupakan sesuatu yang normal. Kita adalah manusia. Yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapi kekecewaan. Kita bukannya orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Kita takkan sesekali mengakhiri kekecewaan dengan bunuh diri atau putus asa yang berpanjangan. Kita mengkaji punca dan mencari ruang pembaikpulihan. Kita bersikap realistik. Semua manusia melakukan kesilapan. Semua manusia berhak diberi peluang untuk memperbaiki diri. Kita perlu berubah kepada lebih baik. Kita perlu menyusun strategi, taktik dan teknik. Kita perlu beriltizam dan berusaha sedaya-upaya untuk mengaplikasi semua perancangan.

Jangan sedih. Jangan kecewa. Apa yang telah berlaku telahpun berlaku. Ianya adalah ketentuan yang tak dapat diubah. Telah dituliskan di dalam kitab. Pena telah diangkat. Dakwat telah mengering. Amalan tidak dikira dengan kuantitinya. Penilaian yang sebenar bukannya di atas kertas. Penilai sebenar bukannya yang makan dan minum. Bukan kerja kita memikirkan soal balasan. Ganjaran hak mutlak tuan. Mengharap dan takut dalam doa. Keyakinan terhadap janji yang pasti. Kesungguhan dalam memperbaiki kesalahan dan dalam meluruskan penyimpangan. Sumber kekuatan doa yang ikhlas dari saudara yang jauh dan dekat. Dengan amin para malaikat. Hari ini dan esok masih ada. Atau mungkinkah sesaat lagi malaikat maut akan menjemput kita?

Hidup kita hanya ada 3 detik. Detik yang telah berlalu. Detik sekarang. Dan detik terakhir yang kita tak tahu dalam iman atau kekufuran. Semoga Allah swt mematikan kita di dalam keimanan. Kecewa di dunia hanya sementara dan akan berakhir sekejap masa. Jangan kecewa di hari perhitungan kerana ia kekal selama-lamanya.

Allahua'lam.

2 shuriken:

Abu Khalid said...

Salam

Kesian ana tengok gambar beruk tu sedih

{ Ibu Naufal } said...

kecewa??

mmg mudah melafazkan jgn kecewa..tp org yg manghadapinye kadang2 belum cukup kuat utk elak dr perasaan itu..hmm..kecewa itu umum. mungkin depends on situasi. insyaAllah, kalau ada niat, tekad utk perbaiki diri dr kecewa agak mudah utk teruskan kehidupan seperti manusia biasa.. =)

berdoalah slalu. =)

knape tibe2 post entry ttg kecewa ea..mcm tahu2 je hati dibelengu keresahan..kecewa dgn sikap org2 ni..

nway, thanx 4 sharing..=)

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template