Tuesday, November 03, 2009

Lagenda Z

Bismillah...

Sebenarnya sangat tertarik dengan sebuah entri seorang akhawat utm bertajuk kenapa awak kurus? Silalah baca untuk sama-sama introspeksi diri.

Sebab aku memang sedia kurus, jadi aku kurang berminat menggunakan analogi makanan walaupun pizza tu nampak macam sedap. Tapi aku ada sebuah motor Lagenda Z. Apakata guna analogi motor aku pulak. Hehehe...

Aku seorang mat rempit yang merempit pergi usrah


Ingat lagi semasa praktikal kat Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Aku menumpang rumah sewa kawan aku di Sg. Merab. Tempat praktikal plak lebih kurang 20 km dari rumah. Minggu pertama kawan aku yang tolong hantarkan. Kemudian, minggu berikutnya aku balik ke JB. Naqib aku telah memberi pinjam motor beliau (ketika tu aku masih takde motor). Alhamdulillah. Oleh kerana tempat praktikal yang jauh bukanlah alasan untuk tidak berusrah, maka terpaksalah mencari usrah yang berdekatan. Akhirnya diberitahu supaya berusrah di Seri Kembangan. Dekat dengan Stesen Komuter Serdang. Dekat sangat. Seberang jalan je. Tapi kalau dari Sg. Merab agak jauh jugak la.

Aku juga masih ingat, selepas mengambil motor di rumah naqib, lebih kurang 3 petang aku bergerak menunggang motor ke Shah Alam sebab ada program di sana. Sampai lebih kurang pukul 10 malam. Kemudian first usrah adalah di Taman Setapak Indah (dekat je dengan rumah Hafizul). Aku bertolak dari Sg. Merab pukul 6 petang tapi sampai sana pukul 1030 malam. Tersesat di tengah-tengah bandaraya KL. Jenuh bertanya dan try&error baru berjaya sampai ke lokasi pertemuan. Kemudian usrah mingguan berjalan macam biasa di Serdang. Kemudian lepas balik dari tempat praktikal biasanya aku terus ke UKM, "memancing ikan". Alhamdulillah beberapa ekor "ikan" yang dipancing telah aku serahkan kepada Hussaini untuk dibela. Harap-harap dah besar dan boleh beranak dah ikan-ikan tu. Hehehe...

Semuanya dengan motor yang dipinjamkan sebentar oleh naqib aku. Begitu berjasanya motor tersebut kepada aku.

Ok. Sebab tu kali ni versi yang tidak straight-to-the-point langsung. Entah ke mana menghabannya (tak pasti adakah perkataan ini ada dalam bahasa melayu). Berapa banyak minyak petrol dan duit dah digunakan untuk semua perjalanan tu. Dah la ketika tu minyak tengah naik. RM2.70.

Motor, kalau tidak diisi minyak petrol pasti tidak dapat bergerak. Jika diisi dengan minyak diesel pasti enjinnya akan rosak. Jika tidak diganti minyak hitamnya pasti jangka hayatnya berkurang. Jika tidak dijaga rantainya, dibiarkan berkarat, pasti akan putus. Jika tidak dicuci, digilap, dibasuh, pasti akan pudar warnanya dan hilanglah serinya. Orang yang menghargai motornya tidak hanya menjaga sisi luaran sahaja tetapi turut menjaga komponen-komponen dalamannya.

Begitulah manusia. Jiwa yang tidak diisi rohaninya akan mati. Ilmu mengenal Allah ibarat minyak petrol yang terbakar di dalam jiwa untuk menggerakkan amal-amal kebaikan secara berterusan. Sebaliknya jiwa yang terus diisi dengan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan seperti minyak diesel. Ia merosakkan enjin keseluruhannya. Begitulah komponen-komponen luar lainnya.

Ramai orang rajin membelai motornya (baca: nafsunya) tetapi lupa untuk membelai imannya. Hatinya meronta-ronta meminta diisi dengan ma'rifatullah sebaliknya diisi dengan maksiat kepada Allah. Ia mendengar rintihan motornya dahagakan minyak petrol namun tidak mendengar tangisan hatinya yang kebuluran ilmu dan kefahaman. Ia nampak secebis kekotoran pada motornya tetapi tidak nampak noda hitam yang berulat di dalam hatinya. Benarlah firman Allah swt;

Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (QS Al-Hajj:46)


Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, ampunilah dosa-dosa atas keterlanjuran kami, kekurangan kami dan kealpaan kami. Berikanlah kami hidayahMu, tunjuki kami jalanMu yang lurus. Tetapkan hati kami di atas jalan para hambaMu yang beriman dan bertaqwa. Berikanlah kami ilmu dan kefahaman. Berikan kami kekuatan untuk istiqamah dalam amal-amal kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

8 shuriken:

ProfHussaini said...

Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, ampunilah dosa-dosa atas keterlanjuran kami, kekurangan kami dan kealpaan kami. Berikanlah kami hidayahMu, tunjuki kami jalanMu yang lurus. Tetapkan hati kami di atas jalan para hambaMu yang beriman dan bertaqwa. Berikanlah kami ilmu dan kefahaman. Berikan kami kekuatan untuk istiqamah dalam amal-amal kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin

pizza said...

sometimes...what was happened in life, will create analogy for tarbiyah

and sometimes...analogy is the best way to create understanding

Understand better...simple and practical

ibnu yazid said...

kalaulah jalan ini sedap seperti pizza domino, pasti ramai yang "memakannya". tapi jalan ini ibarat kuih siput. dah hujung raya bru orang teringin nak makan. lepas dah abis semua kuih yang sedap2, baru nmpk kuih siput. itupn nak xnk je mkn.

p/s utk penggemar kuih siput, buat analogi lain ye..hihi

pizza said...

tak semua kueh siput tak sedap....
kalau orang dulu2..kueh siput dah cukup bagus dahh... sesuai dengan peredaran masa dan zaman, serta kehendak, mungkin boleh buat kueh siput bersalut coklat plak... mesti laku...

ibnu yazid said...

mungkin btul gk tu pizza, kuih siput klu letak coklat lg sedap kot. x pnh jumpa lg.

try la bt tgk. hihi...


[fahami conversations ni sbg analogi bukan dgn literal meaning]

permata said...

setuju dgn pdpt: perjalanan hidup blh jd analogi utk tarbiyah, n lebih mudah faham sbnrnya..adik2 suka..ana pun suka..

ibnu yazid said...

Allah tak jadikan setiap sesuatu sia2. Cuma manusia (pent:saya) je malas nak tadabbur. Ish..ish..ish...

Anonymous said...

terfikir...bila tgk diri sendiri...

hanya hati yang tgh 'basah' senang nk buat analogi...

hati mudah basah dengan qiyam & AQ etc...

wallahu'alam...


(jadi anon lagi..)

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template