Bismillah...
Dah lama rasanya tak post entri berkaitan hadis. Kali ni nak share sikit berkaitan ilmu hadis yang aku baca daripada buku "Apa Itu Ilmu Hadis" tulisan Hasnan Abu Bakar yang diterbitkan oleh PTS. Baru beli 2 hari lepas. Nipis je dalam 80 mukasurat.
Kenapa perlu tahu ilmu hadis?
Persoalan ni mudah je. Pengetahuan serba sedikit pasal ilmu hadis membantu kita beramal dengan amal yang benar. Ini kerana kebanyakan amalan seharian di'extract' daripada hadis-hadis seperti solat, puasa, makan minum, tidur etc. Sebagai umat Islam, kita wajib mengambil contoh daripada Rasulullah saw dalam setiap perkara yang kita lakukan. Contoh-contoh ini hanya dapat diambil daripada al-Hadis. Pengetahuan dalam ilmu hadis juga dapat mengelakkan kita daripada kesesatan.
Buku ini menerangkan secara ringkas ilmu hadis.
Sebelum itu, kita kena memahami realiti dalam penulisan ilmu hadis. Sumber hadis adalah daripada Rasulullah saw. Kemudian disampaikan kepada para sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah saw, para sahabat menyampaikan hadis kepada para tabi'in. Selepas berlalu zaman sahabat, para tabi'in menyampaikan hadis kepada para tabi' tabi'in. Ketika ini, kebanyakan hadis dihafal dan hanya sedikit sahaja yang menulis. Selepas zaman tabi'in, para tabi' tabi'in menyampaikan hadis kepada generasi baru. Ketika inilah ilmu hadis diperkenalkan dan hadis-hadis mula dikumpul dan dibukukan. Ini kerana, ketika ini pemalsuan hadis berlaku dan masyarakat mempersoalkan status hadis yang disampaikan oleh para sarjana Islam.
Perbezaan antara zaman ini dengan zaman Rasulullah saw sekitar 200 tahun. Jadi dalam masa ini, kebanyakan hadis hanya dihafal dan disampaikan secara lisan. Jadi, ketika sarjana-sarjana hadis ingin menulis tentang sesuatu hadis, usaha yang besar telah ditumpukan untuk memastikan kesahihan sesuatu hadis untuk diterima. Di sinilah ilmu hadis disusun.
Bagaimana status hadis dikenalpasti?
Status hadis dapat dibahagikan kepada 4 iaitu sahih, hasan, da'if (lemah) dan maudhu' (palsu). Status hadis dikenalpasti atas beberapa faktor iaitu perawi (pelapor) yang meriwayatkan hadis (akhlak, ingatan, identiti dan hubungannya dengan pelapor sebelumnya) dan susur galur (sanad) lain yang menyokong/menolak hadis pertama. Berkaitan dengan status pelapor-pelapor hadis ini, puluhan atau ratusan buku ditulis yang menerangkan secara terperinci setiap pelapor-pelapor hadis. Antaranya adalah Tarikh Damsyiq, Tarikh Baghdad dan Tarikh Al-Islam (Portege181).
Berkaitan hadis-hadis yang boleh diterima atau tidak, hanya hadis sahih, hasan dan da'if sahaja diterima dan boleh diamalkan sedangkan hadis maudhu' adalah tertolak dan haram untuk diamalkan. Begitupun, kebanyakan hadis da'if yang diterima adalah berkaitan dengan kelebihan amalan. Hadis da'if tidak boleh dijadikan hujah dan hanya boleh diamalkan secara individu. Jika hendak menyampaikan hadis da'if perlu dinyatakan statusnya.
Hadis sahih dan hasan pula hendaklah diterima dan boleh dijadikan hujah. Tetapi untuk hadis hasan, masih ada pengecualian untuk penerimaan dalam beberapa perkara akidah. Selain itu terdapat juga hadis sahih li ghairih dan hasan li ghairih. Ini bermaksud, hadis ini menjadi hadis sahih dan hasan apabila terdapat hadis lain yang mempunyai matan hadis (teks) yang bermaksud sama dan daripada susur galur (sanad) yang berbeza.
Modul penyampaian ilmu hadis ini dapat disimulasikan seperti modul telefon buruk. Namun, hakikatnya ilmu hadis lebih kompleks dan mencabar kerana lebih ramai perawi dan perbezaan masa yang besar. Antara sarjana Islam yang terkenal dalam penyusunan hadis dan ilmu hadis ialah Imam Bukhari (Sahih Bukhari), Imam Muslim (Sahih Muslim), Imam Malik (Al-Muwattha'), Imam Ahmad (Al-Musnad) dan ramai lagi.
Aplikasi hadis dalam kehidupan harian amat penting. Mengetahui status hadis yang menjadi sandaran dalam beramal juga sangat penting agar kita tidak beramal dengan sesuatu yang tidak ada dalam agama ini (Bid'ah). Selain itu, untuk memahami cara mengaplikasikan sesuatu hadis berkaitan hukum, kita perlu merujuk kepada ilmu usul fiqh dan ilmu-ilmu lain. Jadi, sekadar mengetahui status sesuatu hadis sahaja tidak cukup. Kita perlu tahu cara mengaplikasikan hadis itu dalam kehidupan seharian. Bagi para pendakwah, hadis (As-Sunnah) merupakan antara rujukan utama selain Al-Quran dalam penyampaian dalil dan argumentasi. Pengetahuan dalam ilmu hadis dapat menjaga diri daripada menyampaikan sesuatu perkara yang tidak benar.
Sekadar itu sahaja ulasan buku ini. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah membeli buku ini dengan harga RM9.00 di mana-mana kedai buku atau membaca buku-buku lain seperti Al-Hadis wal Mustholah Hadis (ada dalam library kecil aku tapi bahasa jawi) atau terus bertanya kepada asatizah, masyayeikh, du'at, murobbi, mu'allim etc. Mohon maaf atas segala kekurangan (^_^").
Allahua'lam.
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Thursday, November 26, 2009
Ilmu Hadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-
0 shuriken:
Post a Comment