Sunday, November 01, 2009

50 minutes

Bismillah...

[Versi tak straight-to-the-point sangat]

Keberhasilan dakwah dipengaruhi oleh banyak perkara. Keikhlasan pendakwah menjadi syarat utama. Betapa ramai pendakwah yang tak sedar dia dah tak ikhlas bila melaksanakan dakwah. Ada orang yang buat 2-3 usrah lepas tu rasa puas dengan hasil yang dicapai. Suka bila orang bercakap tentang dirinya yang "menjadi" bawa usrah. Suka bila orang kata "Itu anak usrah si X". Bila ada yang bertanya "nak ke mana?", dijawab "ada usrah." tapi dalam hati penuh rasa bangga sebab konon-kononnya nak pergi berjihad. Bangga kat sini adalah sesuatu yang "berpenyakit" bukan 'izzah seperti yang dibolehkan. Ramai juga merasa dirinya "tinggi" apabila membandingkan dirinya yang membawa banyak usrah dengan mereka yang tidak mengikuti usrah atau tidak membawa usrah. Lalu memperlekehkan orang-orang tadi kononnya malas, lemah dan tidak bekerja keras untuk Islam.

Kita pernah check tak keikhlasan kita bila kita berinteraksi dengan mad'u kita? Kita belanja makan tapi niat kita adalah supaya dia "terikat" dengan KITA. Kita bawa dia jalan-jalan tapi niat kita supaya dia join usrah dengan KITA. Kita bantu dia dari segi kewangan tapi niat kita supaya dia tak lari dari usrah KITA. Niat KITA baik tapi niat kita juga salah.

Pernah aku ditanya oleh seorang da'i yang aku yakin keikhlasan beliau "kenapa enta buat kerja dakwah?" lalu aku jawab "First sebab nak redha Allah "pastu" sebab nak mengangkat kembali Islam ke tempatnya yang sesuai iaitu menegakkan Islam di muka bumi." Dia membalas "Akhi, dalam kerja yang kita buat tak akan ada dua niat. Hanya redha Allah sajalah niat kita. Kita buat usrah, kita memperuntukkan banyak masa kita untuk daurah, membaca, berbincang, meeting/syura, naik motor, bermukhayyam, DF, ziarah dan sebagainya hanya semata-mata mencari redha Allah. Tugas kita hanya berbuat. Hasilnya adalah kerja Allah. Enta jangan berharap semua orang akan ikut usrah dengan enta bila enta belanja makan, layan diorang dengan baik, bawa diorang jalan-jalan, selalu ziarah diorang etc. Itu semua memang perkara yang kena buat tapi jangan sekali-kali ada niat lain selain mardhatillah. Betul, yang lain-lain termasuk dalam tujuan yang mana hasilnya ditentukan oleh Allah tapi pastikan antum buat sesuatu untuk mencari redha Allah semata-mata. Tak payah la fikir pasal hasil sebab tu bukan kerja antum."

Allah akan menyekat (kawan-kawanku suka menggunakan perkataan "hold") kejayaan dakwah bila ada di antara da'i yang belum ikhlas. Biarlah banyak manapun usrah yang dia bawa, biarlah berapa ramai rijal yang dia dah hasilkan, biarlah berapa banyak daurah yang dia dah bagi, biarlah berapa banyak harta yang dia dah infaq, biarlah nyawanya melayang di medan perang tapi bila hatinya tidak ikhlas maka amalnya ibarat debu di atas batu yang licin.

Sukarnya nak ikhlas. Nak menulis ni pun takut tak ikhlas. Niat nak mentazkirah diri sendiri. Terpulanglah bagaimana nak menilai. Dulu aku pernah cakap kat seorang ikhwah "Akhi, kalau dalam organisasi kita ni ada seorang je yang bermaksiat kepada Allah, mungkin Allah akan hold keberhasilan dakwah kita bertahun-tahun sampai barisan yang tempang diluruskan semula. Dan ana takut, ana adalah orang yang bermaksiat tu."

Sekarang bermacam-macam maksiat aku lakukan. Mungkin apa yang terjadi sekarang disebabkan maksiat yang aku lakukan. Aku rasa besar kemungkinan tu. Tapi adakah aku seorang saja yang bermaksiat, bagaimana dengan orang lain? Adakah aku seorang saja yang tidak ikhlas, bagaimana dengan orang lain? Jika semua yang berlaku hanya kerana ketidakikhlasan aku dalam dakwah ni, ampunilah aku ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kami keikhlasan dalam memperjuangkan agamaMu. Hilangkan dari hati kami keinginan-keinginan selain redha-Mu. Tetapkanlah tapak kaki kami di atas jalan-Mu yang lurus dan bantulah kami wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. Amin.

8 shuriken:

Mashizaki Keikan said...

Ana teringat sebuah hadith yang bunyinya lebih kurang:
"Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, maka dia berada di atas jalan Allah"

Kita membuat apa-apa kebaikan bertujuan untuk mendapatkan apa-apa balasan dari Allah (Allah SAHAJA), maka amalan itu adalah amalan yang ikhlas.

Kalau tak, pasti di dalam al-Qur'an Allah tak bother nak tawarkan syurga kepada kita, dengan gambarannya yang sangat jelas, bidadari yang matanya macam mutiara, sungai-sungai susu, raheeq makhtum, dan lain-lain lagi nikmat.

Islam bukan hanya deen yang tasawuf, tetapi ia adalah deen yang praktikal. Ia mengambil kira soal fitrah manusia yang sentiasa inginkan balasan. Even, para nabi sendiri apabila mereka menda'wahi kaum mereka, mereka kata, "Imbalan kami hanya dari Allah semata-mata" (Banyak surah:banyak ayat)

Al-Banna meletakkan faham sebagai syarat pertama al-akh al-mujahid disebabkan ingin setiap ikhwah beramal di atas dasar kefahaman. Ikhlasnya juga berada di atas foundation yang kukuh. Tanpa foundation yang kukuh tersebut, kita dapat melihat betapa ramai orang yang beramal dengan ikhlas, tetapi tidak membawa manfaat kepada da'wah. Syeikh Muntalaq ada terangkan di dalam muntalaq dalam ayatnya yang tersendiri.

Ya, ana sangat setuju dengan nta tentang kepentingan ikhlas di dalam kerja kita, tetapi jangan pula kita menjadi seperti Rahbaniy nasara yang menyekat fitrah mereka sendiri, lalu mereka menuju ke arah kehancuran.

Manusia fitrahnya sentiasa harapkan balasan, tetapi selagimana balasan yagn diharap itu adalah dari Allah maka amalnya adalah amal yang ikhlas. Namun pada akhirnya redha Allah jualah yang kita inginkan.

WaLlahu a'lam.

ibnu yazid said...

Jazakallahu khairan kasira atas komen nta.

[Reply]

Yang nta ckp dlm al-Quran tu semua balasan-balasan yang ada kat akhirat. Klu balasan kat dunia Allah akan beri pertolongan dan kekuasaan kpd org2 beriman. Takde bidadari etc. Tu pn bkn sng2 je Allah nk bg. Ada requirements.

Imbalan yg para anbiya' harapkan dari Allah tu imbalan kat akhirat. Sbb tugas para rasul hanya menyampaikan. Meletakkan redha Allah sbg target bkn menyekat fitrah manusia tapi fitrah manusia tu sendiri nak redha Allah.

Nak tny, apa kaitan ikhlas dgn org2 rahbani tu? Adakah nta nk ckp diorg tu ikhlas tp x faham? Ada bukti?

Kita perlu clear antara ingin kebaikan dan kepentingan. Kerja yg kita bt utk kebaikan siapa? Atau untuk kepentingan kita? Supaya org nampak kita bekerja?

Ada org bersifat dualistic. Nak harap balasan dari Allah tapi dalam masa yg sama hatinya x tenang sbb ada tujuan2 lain. Even tujuannya baik (eg. nak org "join usrah" DIA) tp mengharapkan hasil yg hanya Allah je berhak ke atasnya merosakkan keikhlasan tu sendiri.

Lebih baik setkan tujuan utk mardhatillah. Yg lain2 tu biarlah Allah tentukan. Allahu a'lam.

Fazilah said...

Apepun, ana suka artikel kali ni.
Realistik dengan suasana semasa.

Abu Khalid said...

Apepun, ana suka artikel kali ni.
Realistik dengan suasana semasa.

musafir said...

Apepun, ana suka artikel kali ni.
Realistik dengan suasana semasa.

[versi tak straight to the point sangat]

iqa_lala~ said...

Salam~
simply said here, nice content..we do know dat each of human being (particular and selected one) will try to seek for the best sincerity in every single things they do..h0wever, this kind of way must be tested with l0ts of obstacles and the most priority one is our heart..sincerity demands for the long-term blessing from Him, insya-Allah~

iqa_lala~ said...

psstt!!
hehe..iqa da link entry ni da..huhu..credit t0 u okay!..masyeh2~

[Ab.ngah] said...

Apepun, ana suka artikel kali ni.
Realistik dengan suasana semasa.

[copy paste je la..]

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template