Friday, January 09, 2009

Buta Mata atau Buta Hati??!!!

Aku dlm ke'konfius'an dan kepelikan. Hari ni jumaat, then after jumpa lect td, aku terus ke library utk baca surat kabo. majoriti akhbar arus perdana menyiarkan berita mengenai isu palestin kecuali metro yg menyiarkan berita siti nurhaliza nk brenti jd penyanyi! aduhai bangsaku, xde berita lain ke nk jadik headline. dlm dunia materialistik ni, duit jd faktor utama. bila letak berita2 cmtu, ramaila org2 yg kurang alert isu umat islam beli akhbar tu. bila tny psl isu palestin, hampeh apa pn xtau. even sekali tu, ade ke gambar khalid meshaal dikatanya ehud barak! (ni cerita betul kawan aku). maka aku pn kenala terangkan semula. masalahnya bukan xtahu tp xnk amik tahu. ade je internet kt bilik tp gn utk download movies, games dan ntah ape2 ntah lg. aku sedar ni tugas aku nk bgtau diorg benda yg btul. dan jugak tugas org2 yg faham (yufaqqihu fiddeen).

alang2 dh kt library, malas dh nk balik blk, aku terus je ke MSI (masjid sultan ismail - masjid utm). solat jumaat. mmg dh ngantuk giler sbb x tdo smlm so amik ms sket sblm azan, tdo jap. khutbah kali ni pasal tangisan gaza oleh al-fadhil ustaz ismail mustari. beliau menekankan betapa pentingnya mempertahankan baitul maqdis dan memperjuangkan isu palestin. menjadi kewajiban setiap muslim utk membantu mereka krn mereka adalah saudara2 kita. cuba bayangkan jika ibubapa, adik2, abg2, kakak2 dan ahli keluarga kita mati di hadapan mata kita, rumah2 kita dirobohkan, tanaman2 kita dimusnahkan, hidup kita dlm kekurangan tanpa air, elektrik dan minyak. apakah kita dpt bertahan dlm keadaan begitu??!! bila x dpt internet je dh mengeluh mcm2. smg Allah mengurniakan kita iman yg kuat agar jika ditakdirkan suatu masa nnt kita menerima ujian spt mereka, kita juga mampu utk bertahan mempertahankan aqidah tauhidullah.

selepas solat ada solat hajat utk palestin tp malangnya (tambah peliknya), ramai yg x join. pakat balik reramai. aku tau solat hajat tu sunat je tp xleh ke spend masa utk sama2 solat reramai utk sama2 memohon pertolongan drpd Allah swt supaya menghancurkan zionis celaka dan menolong para mujahidin. klu kuar senyap2 xpe, aku x kisah sgt. ni kuar mcm kambing kuar kandang, bising ya amat. hormatla org solat klu dh xnk solat bsama. pelik sungguh! dh dengar dan tgk sendiri dgn mata kepala saudara2 dibunuh dan ditindas tp saje je membutakan mata. maha benar Allah yg berfirman, bukan mata tu yg buta ttp yg buta adalah hati yg didlm dada (22:46). sbb xnk faham.

aku sedar ramai kwn2 aku yg kurang alert isu ni. ada yg rasa dh letih sbb isu ni x abis2 lg dr dlu. ada gk yg xtau mane yg baik...israel ke palestin??..pelik giler. mmg hidup dlm gua tempurung la kot. aku rs kt gua tempurung skrg pn dh ada org jual surat khabar. ntah2 wimax pn dh ada..huhu. cuma terserahla penghuni gua tu nk kuar drpd gua dan beli paper kt kedai dpn pintu gua tu ke xnk. it's up to them. tp aku admit, kesalahan org2 yg tahu/faham ialah tidak menyebarkan kebenaran kpd sume org. hanya terhad kpd org2 'dekat' je. mahalkah sms 10 sen utk sebuah kebajikan? berat sgtkah jari menaipkan risalah perjuangan? butakah mata yg melihat kezaliman? bekukah akal yg mentafsir erti kehidupan?

islam sebenar harus kita kembali. sejarah kegemilangan ummah akan kembali. samada kita yg mencipta sejarah baru islam atau kita akan menjadi sejarah spt kaum2 yg dibinasakan. ubahlah paradigma kita!

Wallahua'lam


batu VS merkava. adilkah??

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template