Monday, January 05, 2009

Filamen Tungsten

Allah menciptakan sesuatu pasti ada hikmahnya. Tidak sia-sia. Orang2 yg berakal melihat sesuatu kejadian, peristiwa dan situasi dengan pandangan "bashirah" -dengan mata hati- lalu mengambil ibroh (pengajaran) daripadanya. Analogi atau perumpamaan selalu digunakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan juga oleh Rasulullah saw dalam memberikan taujih kepada manusia. Contohnya di dalam Al-Quran, Allah SWT membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat, cabangnya menjulang ke langit dan pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya. Sebaliknya, kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tegak sedikitpun. Surah Ibrahim ayat 24-26.

Pernah beberapa kali ketika menziarahi bilik seorang ikhwah, aku selalu tertarik dengan satu poster yang beliau tampal di dinding bilik dia. Ada gambar mentol yang menyala dan tertulis -lebih kurang- "Attitude is a little thing that makes a BIG difference". Apakah yang cuba dikaitkan dengan gambar mentol tu? Aku pun berfikir, cuba mencari signifikan gambar mentol tu. Menariknya, bila diperhatikan betul2, rupa2nya ada benda kecil dalam mentol tu yang menyalakannya. Apa dia? Filamen.

Seperti yang kita belajar semasa di sekolah, filamen yang biasa digunakan ialah tungsten. Filamen ni benda kecil je dalam mentol tu, namun apabila arus elektrik dialirkan, seluruh bilik akan terang. Begitu juga dengan attitude atau sikap kita -manusia-. Bukan kerana "tidak tahu" tetapi "tidak mahu" menjadikan kita seorang yang tidak efektif. Contohnya, seseorang yang "tahu" kepentingan bersenam untuk menjaga kesihatan tubuh badan tetapi tidak "mahu" memperuntukkan masa untuk bersenam. Seseorang yang "tahu" keburukan memakan makanan2 berlemak tetapi tidak "mahu" menjauhinya. Agaknya, apakah yang akan berlaku kepada orang2 ini? Siapakah yang sepatutnya dipersalahkan jika mereka disahkan menghidap pelbagai penyakit kronik?

Da'ie ilallah ibarat mentol yang menerangi manusia. Sikap mereka seperti filamen dan amal mereka seperti arus elektrik. Tanpa elektrik -tanpa amal- yang mutawasil (berterusan), maka filamen tidak mendapat bekalan elektrik seterusnya mentol tidak dapat memberi penerangan kepada manusia.

Manusia bermaksiat kepada Allah bukan kerana tidak "tahu" tetapi kerana tidak "mahu" memahami ayat2 Allah. Allah akan memenuhi neraka jahannam dengan jin dan manusia kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak "mahu" memahami ayat2Nya, mempunyai mata, tetapi tidak "mahu" melihat penciptaanNya dan mempunyai telinga, tetapi tidak "mahu" mendengar kalamNya. Kerana mereka adalah orang2 yang "lengah" terhadap kebenaran (7:179).

Bani Israel -orang2 yahudi-, Fir'aun, Haman, Abu Lahab dilaknat oleh Allah kerana sikap mereka yang melampau. Menentang para rasulNya. Begitu juga sesiapa sahaja dengan bodohnya menolak kebenaran islam. Mengambil cara hidup selain islam atas nama modernisasi, trend, globalisasi, toleransi agama dan pelbagai istilah thagut ciptaan manusia super thagut.

Sebagai penutup, perubahan berlaku dengan sunnatullah atau natural law. Benih yang disemai semalam tidak akan menjadi pokok yang mengeluarkan buah pada hari ini. Ada tahapan perkembangannya. Perlukan siraman air dan pembajaan yang baik sehingga akhirnya kita menikmati hasilnya. Begitu juga perubahan dalam diri. Mengubah sikap bukanlah semudah yang difikirkan terutama yang melibatkan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. Perubahan perlukan penelitian, mengambil kata2 Akhi threepe (Bro Syazwan). Dan aku menambah, perlukan kesabaran yang maksimum dan berterusan. Jika kita tidak berubah, siapa lagi? Jika tidak dimulakan sekarang, bila lagi? Jawapan ada pada kita. Shift Your Paradigm!

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template