Thursday, January 22, 2009

Orbital Mechanics

Ketika merujuk mengenai bulan dan matahari, Al-Quran menekankan bahawa masing-masing mempunyai laluan orbit yang khusus. Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, masing-masing beredar di falak (tempat peredarannya)."
(Al-Anbiya':33)


Sepotong ayat lain turut menerangkan bahawa sebenarnya matahari bukanlah objek yang statik tetapi ia bergerak dalam orbit yang tersendiri:

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui."
(Yasin:38)


Fakta yang dikemukakan dalam Al-Quran ini telah berjaya ditemui melalui kerja pemerhatian yang dijalankan dalam bidang astronomi moden. Berdasarkan kepada pengiraan pakar astronomi, matahari bergerak dengan kelajuan 720 000 km sejam mengarah ke bintang Vecia pada sebuah orbit khusus dalam sistem suria Apex. Secara anggaran, matahari bergerak sejauh 17 280 000 km sehari! Bersama-sama dengan matahari, setiap planet dan satelit yang terletak dalam lingkungan sistem graviti matahari juga turut bergerak dengan laju dan jarak yang sama. Selain itu, selurun bintang-bintang yang terdapat dalam alam cakerawala turut berada dalam sebuah gerakan yang teratur dan serupa.

Kenyataan bahawa alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan."
(Adz-Dzariyat:7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi di dalam alam semesta, yang setiap satunya mengandungi hampir 200 bilion bintang. Kebanyakan bintang ini mempunyai sejumlah planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek angkasa ini bergerak menuruti laluan orbit yang telah ditentukan. Selama berjuta-juta tahun, semua objek ini beredar berdasarkan orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama dengan objek lain. Di samping itu, kebanyakan komet juga bergerak di sepanjang orbit yang telah ditentukan untuknya.

Jalinan antara orbit-orbit di ruang cakerawala tidak terhad hanya kepada objek angkasa yang telah disebutkan tadi. Hakikatnya galaksi-galaksi sendiri bergerak pada kelajuan menggerunkan dalam susunan orbit yang telah ditentukan. Sepanjang pergerakan yang bersimpang-siur ini, tidak terdapat walau sebuah objek pun yang menceroboh atau bertembung dengan orbit lain.

Suatu hal yang pasti, ketika Al-Quran diwahyukan, manusia tidak mempunyai sebarang teleskop atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer jauh ke ruang angkasa dan juga tidak memiliki pengetahuan fizik atau astronomi moden seperti yang ada pada hari ini. Berdasarkan situasi ini, adalah amat mustahil untuk memastikan secara saintifik bahwa ruang langit dipenuhi dengan lintasan dan orbit seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Bagaimanapun, Al-Quran yang diwahyukan ketika itu telah menyatakan dengan jelas tentang hal ini. Ini adalah kerana Al-Quran adalah Kalam Allah yang Haq.

Wallahua'lam

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template