Thursday, January 15, 2009

Perang Al-Furqan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Kagum dengan keprihatinan warga Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang beramai-ramai turun ke Dewan Seri Merbau (DSM) KTHO mengimarahkan program solat hajat untuk saudara2 kita yang sedang dibantai di Palestin. Betapa masih ramai umat ini yang bersih hatinya, terbuka matanya, dan tajam pendengarannya mengambil tahu akan keadaan saudara2nya. Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu akan urusan umat ini, ia bukan dari golongan mereka"

Dalam erti kata lain, mereka bukan MUSLIM! Wal'iyazubillah.

Isu Palestin bukan isu antara dua negara. Ia juga bukan isu antara dua bangsa yang panjang sejarahnya. Ia isu AQIDAH. Pertembungan antara Al-Haq (Kebenaran) dan Al-Bathil (Kekufuran). Menjadi KEWAJIBAN setiap individu yang mengaku dirinya MUSLIM untuk mempertahankannya. Apakah kita yang mengaku muslim dapat tidur lena sedangkan saudara2 kita menghitung masa ajal mereka? Apakah kita dapat makan dengan enaknya sedangkan saudara2 kita mengikat perut berhari-hari? Yang lebih teruk, apakah kita masih bergembira, gelak ketawa, bermain-main dalam menjalankan perintah agama, menonton Naruto etc, bertepuk tangan memuja penyanyi2 dan bersorak meraikan jaringan2 gol pasukan bolasepak yahudi celaka? Kemanakah sensitiviti kita sebagai muslim???!!!

Betapa malunya diri ini bila melihat tangan itu diangkat ke atas sambil mulut mereka tidak henti2nya mengucapkan Allahuakbar...Allahuakbar...dalam keadaan mereka yang putus kakinya dibom, badan yang ditembusi peluru, nazak. Merekalah pejuang sejati. Jet2 pejuang, helikopter Apache, Tanker Merkava, laras2 senapang pembunuh teknologi tinggi, mass destruction weapon, chemical and biological weapon tidak sedikitpun menggentarkan hati mereka. Allah lebih kuat dan hebat dari semua itu.

Mereka berkata,"Kami mungkin tak punyai semua kecanggihan itu tetapi kami mempunyai Allah bersama kami. Allah yang sentiasa di hati kami. Menjanjikan kepada kami salah satu dari dua kemenangan; mati syahid atau kemenangan gemilang di medan pertempuran. Kami tidak pernah mengubah janji kami kepada Allah bahawa kami akan berperang sehingga kami membunuh dan terbunuh. Allah telah membeli dari kami diri dan harta kami dengan syurgaNya. Adakah jual beli yang lebih baik dari ini? Allah telah memilih kami untuk menjadi front liner dalam perjuangan ini. Allah telah memilih kami dari kalangan umat ini untuk berjihad mempertahankan bumi para anbiya' ini. Kami tidak mengharapkan anda datang ke sini untuk membantu kami melainkan atas kesanggupan anda. Kami hanya mengharapkan anda bertindak di atas kemampuan anda samada anda menyebarkan kebenaran perjuangan kami, menginfaqkan harta anda membantu kami, menjalankan kempen2 menentang kekejaman puak kuffar la'natullah, memboikot produk2 yang mempunyai hubungan dengan Israel, Amerika dan sekutu2nya, berdoa di dalam solat2 anda agar Allah menurunkan para malaikatnya membantu kami dan apa saja yang dapat membantu kami. Relakah anda semua sebagai umat Islam menembak ibubapa, abang, kakak, adik dan saudara2 anda semua? Sanggupkah??!! Jika anda tidak mahu atau lambat bertindak, kami akan menuntut daripada anda di hadapan Allah kelak di hari akhirat. Mulut, telinga, mata dan anggota tubuh kamu akan menjadi saksi di atas kebiadapan kamu tidak menghiraukan keadaan kami. Ingat! Kami akan menuntut dari kamu!"

Hati mana yang tidak berkocak mendengar kata2 itu? Ataukah hati itu telah buta kerana begitu banyak noda2 hitam mewarnainya? Astaghfirullahal'azim. Hati mana yang tidak menangis melihat ibubapa, abang, kakak, adik dan saudara2nya ditembak dan dibom di depan mata. Apakah ada kata2 yang dapat menggambarkan kesedihannya? Wahai jiwa yang lesu! Bangkitlah dari kelesuanmu. Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat kepada orang2 beriman.


Telinga ini masih terngiang-ngiang kata2 seorang adik usrah di penghujung program tadi.

"Jika kita tak mahu bersama-sama memperjuangkan agama Allah -kita tak mahu berjuang untuk Palestin- Allah akan menghapuskan kita dan menggantikan kita dengan orang2 yang lebih baik."

Adakah kita ingin menjadi orang2 yang diganti lantaran kekufuran kita atau kita ingin menjadi orang2 yang mengganti iaitu orang2 yang akan menegakkan hukum2 Allah di muka Bumi? Menjadi khalifahNya serta menjalankan tanggungjawab ubudiah dengan tulus ikhlas kepadaNya.

"(Iaitu) orang2 yang jika Kami beri kedudukan di Bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah-lah kembali segala urusan."
(Al-Hajj : 41)

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Apabila kebenaran telah datang maka akan hancur leburlah kebatilan. Umat ini akan menang. Mujahidin pasti menang. Kekuatan iman akan menghancurkan kekufuran.

"Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu"
(Muhammad : 7)

2 shuriken:

Mashizaki Keikan said...

akhi, hadith tu adalah hadith yang tertolak.

"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli urusan orang muslim maka dia bukan dair kalangan mereka"

Cuba enta check balik.

ibnu yazid said...

ana bukan ustaz tp dlm blog saifulislam pn ust hasrizal gn hadis tu.tp dia pn x letak reference hadis tu.nta baca kt sni

http://saifulislam.com/?p=466

ana yakin sbb ust hasrizal yg sampaikan hadis tu xkan guna hadis yg 'tertolak'.

ana rasa nta kena bykkan membaca sumber2 hadis.setiap hadis ada byk jalan(sanad).setiap ulama hadis bt justifikasi hadis berdasarkan sanad yg dia dapat.sbb tu syeikh nasiruddin al albani (pakar hadis) berpendapat ada hadis dlm shahih bukhari yg tidak shahih.cmne tu??

kita sbg org yg mengaku dai x boleh bt justifikasi secara melulu.jgn melihat sesuatu hanya dr perspektif kita dgn mengabaikan pandangan org lain.nahnu duat wa la qada'.inshaAllah, kita bleh bcg lg.

p/s klu refer kt link bwh ni, hadis ni riwayat al-baihaqi

http://ayashioki.wordpress.com/

versi hadis ni dlm buku maza ya'ni tulisan al-ustaz fathi yakan juga lebih details:

"Barangsiapa yg tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat islam maka ia bukan dari golongan mereka" (Hadis riwayat Al-Baihaqi dlm Shuab al-Iman, Ath-Thabari, Abu Nu'aim dlm Al-Hilyah dan Al-Hakim)

Rujukan:
Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Ustaz Fathi Yakan
Bab 4: Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya.
mukasurat:41

so, bleh x bg justifikasi nta yg mengatakan hadis ni 'tertolak'?

wallahua'lam

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template