Saturday, January 17, 2009

Sinopsis Buku - Aku Menjadi Akhwat

Assalamualaikum wbt

Riadah 17 Jan 09:
Penat gler menyepak bola bsama2 ikhwah jap td. 4 vs 5 org.
1st half: Apepun kitorg menang.
2nd half: Dgn bantuan 2 org bdk 4cast, helmi dan lokman (terer bdk2 ni! unexpected!), kitorg kalah.

Eh! Silap. Bukan nk crita psl riadah td. Nk crita sinopsis buku ni. Dgr tajuk dh lain mcm dh. Apsal? Apepun, ni brief description psl buku ni.

Judul buku: Aku Menjadi Akhawat - Perjalanan Penemuan Jati Diri Wanita Muslimah
Judul Asal: Al-Muslimah Al-Ashriyah - Ila Aina?
Penulis: Haidar Quffah
Penerbit Asal: Maktabah Al-Manar, Az-Zarqa', Jordan
Tahun diterbitkan: 1409H / 1989M
Penterjemah: Fadhli Bahri Lc
Penerbit: An-Nadwah
Dicetak pada: 1426H / 2006

SINOPSIS

Kehidupan moden dengan semua daya magnetnya menyerbu kaum muslimin terutama wanita muslimah dengan gencar. Wanita muslimah menjadi target utama sebab benteng kaum muslimin.

Beragam trick pn disusun dunia barat untuk memancing wanita muslimah keluar dari keperibadiannya mulai dari stigma tidak sedap tentang wanita muslimah sehingga sejumlah janji manis agar wanita muslimah masuk perangkap mereka. Alat-alat kosmetik disebar di kalangan wanita muslimah, acara huru-hara -apapun namanya- dianjurkan secara rutin, figure wanita barat dipromosikan untuk menjadi idola wanita muslimah dan lain-lain.

Hasilnya, banyak wanita muslimah terkena panah dunia barat tanpa sedar ia memang dilakukan untuk menghilangkan keperibadiannya dan merubahnya menjadi wanita yang tidak bermakna. Iaitu wanita muslimah yang tidak mengenal Allah ta'ala, Rasulullah saw, Al-Quran dan Sunnah.

Buku ini cuba menyedarkan wanita muslimah yang tenggelam dalam gaya hidup moden dengan bahasa yang menyentuh hati. Pembahasan diawali dengan hal-hal yang fundamental hingga konsep pembentukan keperibadian dan dilengkapi panduan perubahan secara bertahap agar perubahan wanita muslimah kepada keperibadian islami berjalan terukur dan ia menemukan jati dirinya yang hilang ketika ia mengikut di belakang dunia moden. Selamat membaca!

U - bacaan umum

5 shuriken:

[Ab.ngah] said...

dah baca gak 'skip-skip'. bahasa yang bagus. penulis seolah berinteraksi dengan pembaca melalui penulisannya dalam buku ni.

bagi yang betul ingin membaca dan feel, jgnlah baca cara 'skip-skip'. Ikutlah seperti disarankan oleh penulis.

belilah buku ni dan bagilah kpd adik/kakak/saudara mara perempuan untuk dibaca dan dipraktiskan.

ibnu yazid said...

btul3 (cm upin ipin)...
tp klu nk bg kt diorg, pastikan diorg faham bahasa indon sbb bahasa terjemahannya agak sukar difahami.cth:

wejangan=ape ni??

klu diorg x faham, suh jela diorg bt2 faham...

p/s kebanjiran crite indon kt tv2 malaysia.bahasa or binasa?

Sarah Ibrahim said...

haidar quffa memang mempunyai gaya penulisan yang bagus. pada ana kebanyakkan penulis indon macam tu..

is that mean diorang menulis dari hati?

mungkin juga..

hanya hati yang rapat dengan Allah mampu mengetuk hati yang lain...

ibnu yazid said...

to -kebaikan-

"pada ana kebanyakkan penulis indon macam tu.."

ermm...haidar quffah bukan org indon.beliau org arab (lihat description buku tu dlm post ana tu). penterjemah buku tu adalah indonesy (fadli bahri Lc).

Lc tu bermakna diorg blaja bahasa arab di mesir, madinah etc. so x hairanlah jika diorg dpt menterjemahkan ke dlm bahasa melayu (indonesia) dengan sgt baik dan berkesan. org yg faham sesuatu dgn baik maka dia dpt menerangkan sesuatu tu dgn baik gk.

dan ana x nafikan hubungan yg erat dgn Allah boleh menjadi asbab keberkesanan kpd pembaca.

"sesuatu yg dtg dari hati, akan smpi ke hati manakala sesuatu yg diucapkan hny di mulut, paling jauh smpi ke telinga" -Prof Dr. 'Adil Abdullah al-laili asy-Syuwaikh dlm buku Bersama Kereta Dakwah.

wallahua'lam

Sarah Ibrahim said...

okay okay...

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template