Monday, June 22, 2009

Cawangan Baru

Bismillah...

Rasanya "feel" untuk menulis kembali ada. Selepas beberapa siri kegoncangan, aku mula berfikir untuk menamatkan riwayat blog ini. Rasanya tiada apa lagi yang perlu aku kongsikan dengan anda semua. Sehingga otak rasionalku berfungsi semula. Dan kini aku kembali dan aku menjadi aku. Fuhh! Bakal sasterawan negara. Hehehe...

Nta gi program X kat sekolah Y minggu ni, boleh?

Erk! Hmm..insyaAllah

Pada mulanya, aku hanya "expect" pergi ke program tu untuk bermu'ayashah (ape maksud dia ek? bergaul? Berkenal-kenalan kot..) dengan adik-adik yang bakal mengharungi peperiksaan SPM pada tahun ini. Tapi bila sampai di tempat kejadian, kena jadi fasi la. Aduh saliha...

Sebenarnya program macam ni aku tak berapa suka sangat sebab sangat "touching". Huhuhu. Tapi takpela, bila bincang-bincang semula, aku dan Bro Z akan "handle" slot usrah. Ada "chance" untuk aku buka cawangan baru. Macam Pakcik Hasan cakap la kan, "Dakwah ini ibarat air bah. Walau macamana halangan sekalipun, ia akan tetap mengalir sehingga menuju destinasi." Perlu ada usaha-usaha untuk melebarkan sayap dakwah agar semua manusia dapat merasai kemanisan Islam. Sehingga tidak ada lagi fitnah dan deen (agama islam) itu seluruhnya hanya menjadi milik Allah (8:39).


Bagi aku, orang-orang yang menguruskan program ini sangat besar jasanya. Mereka bekerja keras untuk menjadikan setiap slot sebagai sesuatu yang dapat membawa perubahan. Idea-idea yang kreatif dan efektif. Nanti aku akan ceritakan. Sila baca lagi kalau anda suka. Hehehe. Entri ini mungkin menjadi entri yang terpanjang. Tapi aku cuba ringkaskan. InsyaAllah.

Actually, program ni merupakan program susulan. Lebih kepada santai dan banyak games. Jadi takla stress sangat dengar ceramah je kan. Slot 1 adalah slot berkenalan. Semua fasi kena introduce diri masing-masing. Ada adik-adik tu yang dah kenal aku sebab aku pernah ikut Bro Z buat usrah untuk diorang.

Slot 2 agak menarik sebab setiap orang akan "ditarik" nikmat yang pada mereka. Mereka disuruh menjadi bisu dan cuba memberitahu rakan mereka ayat yang ditunjukkan di skrin. Memang sukar. Kemudian mereka diberi sebiji gula-gula lalu mereka disuruh membuka plastik gula-gula hanya dengan menggunakan empat jari sebelah tangan kiri (tanpa ibu jari okey!) Bayangkan betapa sukarnya. Kemudian nikmat mata pula ditarik. Ketika itu barulah kita sedar betapa besar nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Memang benar kata-kata, "Kita selalunya akan menghargai sesuatu hanya apabila kita kehilangannya". Tidak terhitung nikmat-nikmat yang Allah kurniakan sehingga kita tidak akan mampu menghitungnya (14:34). Oleh kerana itu, bersyukur adalah kewajipan dan tidak bersyukur itu adalah kekufuran. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Apa yang menarik, selepas setiap slot, peserta-peserta akan berkumpul di dalam kumpulan masing-masing bersama fasi. Kemudian, peserta dikehendaki menyambungkan ayat, "Saya masih tidak bersyukur kerana..." dan mereka perlu seikhlas hatinya meluahkan isi hati. Antara ayat-ayat yang mereka perlu sambung adalah, saya masih tidak khusyu' dalam solat kerana..., saya masih tidak bersedia untuk dihisab kerana ..., dan seterusnya saya masih ... kerana ...

Aku tidak berniat nak menceritakan secara detail. Aku suka ambil beberapa slot yang agak menarik untuk dikongsikan di sini. Di dalam blog yang simple ni. Hehehe. Slot pada petang itu sangat menarik. Setiap kumpulan diberi beg plastik berisi air. Mereka dikehendaki menjawab beberapa soalan. Jika betul, air akan ditambah ke dalam beg plastik tu. Jika salah, beg plastik itu akan dibocorkan dengan paku. Jadi, apabila beg plastik itu dibocorkan, mereka berusaha untuk menutupi lubang-lubang itu sedaya-upaya mereka. Cuba kita reflek kepada keimanan kita. Kita begitu risau jika air di dalam plastik itu berkurangan lantaran dicucuk oleh paku. Kita takut air itu tumpah. Kita tutup lubang-lubang itu dengan tangan-tangan kita. Bagaimana dengan iman kita? Adakah kita risau apabila keimanan kita dicucuk oleh paku-paku jahiliyah? Adakah kita risau keimanan kita berkurang? Adakah kita berusaha untuk beramal dengan bersungguh-sungguh bagi menutupi lubang-lubang jahiliyah di dalam hati kita? Sehingga hati kita menjadi sebersih air untuk diminum. Ya Allah, kurniakan kami hati yang bersih dari kemungkaran dan kemaksiatan. Amin.

Pada sebelah malamnya, peserta dikehendaki menulis perbuatan-perbuatan baik dan buruk mereka. Lalu mereka diberi sehelai kertas berbentuk hati dan sebutir arang. Mereka dikehendaki menghitamkan "hati" mereka dengan arang tersebut setimpal dengan amal buruk yang mereka tulis. Kemudian mereka diberi lilin kontot. Lilin dinyalakan dan mereka dikehendaki meletakkannya di telapak tangan dan membiarkan lilin itu terpadam dengan sendirinya. Aku pun tak mahu terlepas dengan pengalaman menarik ni dan melakukan perkara yang sama. Cuba merasai sedikit kepanasan dunia. Masih beranikah membuat dosa untuk berhadapan dengan api neraka yang berganda-ganda kepanasannya. Ketika cairan lilin itu jatuh di telapak tangan, aku masih bertahan. Tetapi apabila api lilin mula menjilat kulit, aku tak mampu lagi menahan suhu panasnya. Cepat-cepat aku tiup dan mengosok-gosokkan telapak tangan. Panas. Ya Allah, jika api lilin yang kecil ini tidak mampu aku tahan, bagaimana aku ingin menghadapi api nerakaMu. Ampuni dosa-dosaku Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Amin.

Last sekali aku nak kongsi slot usrah. Dalam kumpulan, kami berbincang tentang matlamat hidup. Betapa kita belajar kerana ingin mendaulatkan kembali islam di atas muka bumi. Kita belajar kerana kita akan memimpin dunia sebagai khalifah. Untuk menghancurkan segala bentuk tirani yang bermaharajalela di atas muka bumi sekarang. Kami berbincang tentang masalah umat islam. Punca-puncanya. Betapa usrah itu merupakan sel kecil untuk merawat segala permasalahan ini. Membina kembali nilai-nilai rabbani bermula dari individu-individu. Berusaha memahami islam secara syumul dan saling tolong-menolong untuk beramal dengan islam. Usrah bukan tempat meneguk ilmu tetapi markas merancang dan melaksanakan amal. Projek mega islam dan usrah adalah langkah pertama.

Kami juga berbincang tentang halangan-halangan mewujudkan usrah yang baik. Peranan setiap orang dalam menghidupkan suasana di dalam usrah. Apa yang mereka inginkan agar usrah tu menjadi usrah yang best. Dan jawapannya, guna teknologi dalam usrah i.e. powerpoint, flash etc, ada makan-makan (wajib jiddan nih.huhuhu..), tempat yang best (waterfront??) etc. Dan resolusinya, kita buat usrah setiap minggu ye. Hahaha...

Jadi setakat itu sahaja yang aku nak kongsi bersama kalian semua. Aku rasa bertuah dapat ikut prorgam ni. Mungkin banyak lagi perkara menarik dan mengesankan hati aku sepanjang program ni. InsyaAllah, yang paling penting sekali adalah kita perlu sentiasa bermuhasabah diri. Wallahu a'lam.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template