Wednesday, June 03, 2009

Karutan 2: Lebih Ilmiah..hehe

Bismillah...

Spt yg dijanjikan, kali ni aku akan menambah koleksi ketidakpuasan di hati ini. Setelah aku pendam sejak sekian lama, masih x meletup-letup gk. So, aku amik keputusan meletupkan diri sendiri. Bom syahid. Allahuakbar!! Dan keluarlah bbrp cebisan hati yg x puas dgn org2 kt sekeliling. Mungkin korg bleh ckp,"Dlm blog ko x puas ati mcm2. Nape ko x ckp depan2 je? Blah arr!". Aku terima teguran tu dgn positif. Klu aku mampu, aku ckp depan2 la. Iman aku x kuat la. Aku masih takut mati lg. Dunia pn masih melekat dlm hati aku. Penyakit wahan. Korg pn pnh dgr gk kn. So, korg ada hak nak nasihat/tegur aku. Aku manusia gk. Nobody's perfect bak kata Tan Sri Cici [sape ntah]. Klu aritu x puas ati psl politik dan hiburan kali ni x puas dgn benda lain plak. Apekahhh??


  1. Aku eksiden smlm. Aku nek moto. Laju gk la, follow blkg keta Gen2. Skali tetibe dia slow, aku x smpt nk elak, so aku hentam blkg keta dia. Seb bek x jatuh tp keta kemek teruk gk la. Kena maki jap. Xpela, mmg salah aku pn. Dia nk gi report polis. Aku follow la. Nek keta kemek dia. Dlm keta, dia kol sapa ntah, pastu ckp, "Ada bdk BANGANG hentam keta ni!". Aku x puas ati. Aku ckp slow2, "Pakcik, mmg sy salah tp jgn ckp sy bangang." Dia ckp, "u're not in position nk marah sy". Berlagak sungguh. Klu ikut darah muda aku, aku nk belasah je dia dgn helmet. Igt ko bgus sgt! Pastu gi report, aku senyap jela. Kn la ceramah 2-3 perenggan. Ok, mmg aku salah. Diam sudeh. Dh report polis, kn saman la plak. Pastu dia suh aku bayar plak kos baiki keta dia. Aku mn ada duit. Xpela, mmg salah aku. Aku mintak tangguh dlu. Nnt aku keja, aku bayar la. Lain kali berhati2 pali! [Oppss, aku crita ni bukan nk mintak simpati okey]
  2. Masa report kt balai polis tun aminah, aku siyess tgk sikap keji polis2 mesia. Slumber badak afrika je hisap rokok dlm pejabat.[Kesian badak afrika, x bersalah pn] Buat bodoh je. Aku slalu ckp kt perokok2 ni, "Ko nk mati, pi la mati sorg2, jgn libatkan org len! Klu aku mati sbb asap rokok ko, aku sumpah ko jd pokok tembakau. Hahaha...[ini hanya gurauan semata-mata]. Tp siyess aku sedih tgk sikap polis kita. Kt baju dia ada badge tulis integriti. Integriti kejadahnyer! Aku semakin membenci polis. Mujur ada gambar2 ngeri mangsa kemalangan bt aku bersyukur sejenak. Ngeri sungguh. Pecah kpale berkecai, putus tgn kaki, badan hancur kn lenyek etc. Ngeri sehh..aku xnk mati eksiden. X macho ar. Klu mati pn biarla mati kn tembak dgn helikopter apache atau tanker merkava israel. Bru puas ati.
  3. Ok, msuk topik len plak. Org x puas hati dgn bank islam atau cimb islamic atau apa2 yg islamic finance. Sbbnya satu je, bank islam pn ada "faedah/interest" gk. Aku tau, org2 cmni layak dipanggil bodoh sombong. Klu ko pinjam duit kt bank islam rm1000, ko kn bayar rm1100 sbb "interest" 10%. Btul ke tu interest? Ke ko yg x reti? Pastu ko jaja kt org len ckp, sume bank sama je ada interest. Ko dok promosi kt org tolak sistem ekonomi islam. Ko tau x dlm ekonomi islam ada byk subsistem. Suma org blaja la time skolh dlu. Klu x reti, gi tny or bc web Ustaz Zaharudin la. Dia pakar ekonomi islam. Bg aku, wlupn bank islam tu still x sepenuhnya islamic sbb dia terikat dgn bank pusat i.e. Bank Negara yg x islamic, tp apa yg dia apply dlm transaksi dia apply cara islam. Dia ada penasihat kewangan islam dan syariah yg pakar. Oleh sbb, transaksi kita x memenuhi kehendak nafsu kita i.e. pinjam 1000 bayar 1000, kita melenting ckp tu sm je dgn sistem konvensional. Igt, kaji btul2 dlu. Klu xtau jgn ckp apa2. Kita kn support sistem islam. Jgn tgk dr perspektif kita je. Jgn la amik islam separuh2. Sokong sistem hudud tolak sistem ekonomi islam. Apekess ni bro??! Jgn jd cm bani israel, amik taurat separuh (yg diorg rs best) pastu buang yg len (x best). Sesuka ciku je. Kan dh kn laknat oleh Allah SWT!
  4. Isu mahasiswa. Mahasiswa hari ni adalah pemimpin masa depan. Yang akan mencorakkan negara kita. Tp byk mahasiswa skrg dungu [maaf klu ada yg x stuju dgn kata2 ni]. Ramai dh x kisah dgn apa yg berlaku dlm dunia. Dlm negara pn dh xnk amik tau. Katanya dh bosan dgn sikap pemimpin2 kita. Klu ko bosan, jom kita memberontak, jatuhkan kerajaan. Kita bt kerajaan student. Tp ko reti ke memerintah negara? Nk urus diri sendiri pn xleh, nk uruskan negara? HANCURRR!! Aku tgk mahasiswa skrg disuap dgn hiburan mcm2 supaya diorg x tentang kerajaan. Bukan nk suh menentang kerajaan tp sbg mahasiswa stylo, yg bakal jd Prime Minister suatu hari nnt, kita kn react dgn apa yg kerajaan bt. Bak kata pakcik aku dlm postulatnya yg ketiga, "For every action, there's equal but opposite reaction". Korang mesti knal pakcik aku kan? Hahaha...ok. Jgn jd pak turut je. Klu dia bt benda baik kita sokong. Klu dia bt benda salah kita tegur dan cuba betulkan. Aku respek dgn bbrp wakil pelajar dr Iqra' dan PMI yg gi jumpa NC utk bcg psl Battle of the Titan dlm Pesta Konvo yg lps. Diorg berani gi jumpa, suarakan stand student. Bkn cm aku, tau tulis dlm blog je. Tp aku bru tau lps diorg jumpa. Klu diorg ajak, nk gk aku ckp stand aku kt NC. Hiburan sume ni bukan budaya universiti primer cm UTM. Budaya kita adalah nk supply org utk berada kt post2 penting legislatif negara. Lahirkan modal insan yg seimbang akademik dan sahsiah. Bukan x abis2 mkn rasuah! Tp kita ckp, study2 gk, kn berhibur sket. Jgn rosakkn student dgn panggil artis2 bt show! Artis2 tu spm pn x lepas. [Berlagak sket la]. Aku risau sbb aku tgk MPP pn xleh bt apa. Dr pengamatan aku, campus election cm hampeh jer. X knal pn calon2 yg bertanding. Aku memangkah dgn terpaksa weyhh. Nape diorg x bt debat cm Obama dan McCain ek? Pro-M ok la gk, bt tour kt meranti dan cengal. Aku knal org yg bertanding. Aku tau kredibiliti diorg. Tp student2 utm x suka amik kisah benda2 ni. Diorg msuk uni smata2 nk blaja je. Don't even join any islamic parties/societies. Nnt kn cop pembangkang. Biasiswa kn tarik, kena gantung pengajian atau kn ISA??. Hahaha..takut ar tu..xyah takut. Kem kemunting best, tepi bukit, tenang aman damai. Jom ar join aku 2014 ni. InshaAllah. Isu kepekaan mahasiswa ni isu besar dan panjang. Aku akan trus kritik bende ni. Klu ada yg x puasa hati, kita bcg baik2 ok. Aku xmo provoke dh. Aku x suka benci org dan org benci aku. Aku bdk baik yg nk jadi baik lg. Hehehe...
  5. Akan bersambung....nantikan
Jazakumullahu khairan kasira krn sudi membaca karutan aku. Dh semakin ilmiah kan? Aku tunaikan janji, aku x tipu. Aku bdk baik. Hahaha..

Allahua'lam

2 shuriken:

Liyana said...

nice one

nfyag said...

salam...
menarik post kali ni.mmg mahasiswa skang cam katak bawah tempurung.kita kena berubah!

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template