Monday, June 15, 2009

Tidurlah...

Bismillah...

"Syaitan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan; dia memukul setiap ikatan (seraya mengatakan): "Malam masih panjang, tidurlah! Apabila seseorang itu terbangun lalu menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah satu ikatan. Apabila dia berwudu' maka terbukalah satu ikatan. Apabila dia solat maka terbukalah satu ikatan, lalu di pagi harinya ia menjadi bersemangat dan jiwanya baik. Dan bila tidak, maka hatinya menjadi buruk dan malas."

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a di dalam Shahihnya, Jilid II, halaman 63, cetakan Shabih.

Syaitan memang musuh manusia sejak pengingkaran pertama. Ia berusaha bersungguh-sungguh. Ia sungguh kreatif. Ia tak kenal erti penat. Ia berusaha menunaikan janjinya kepada Allah. Ia terus-menerus menyesatkan manusia. Sehingga hujung umur dunia insyaAllah. Dan target mangsanya adalah KITA, anak-cucu Adam a.s.

"Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka pasti aku akan sesatkan anak cucu Adam. Berilah aku masa penangguhan sehingga kiamat. Engkau akan mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (ikhlas)."

Itulah janji syaitan. Bacalah surah al-Baqarah (2), al-A'raaf (7) atau Sad (38) dan seluruh isi al-Quran. Allah telah memperingatkan kita akan matlamat syaitan untuk menyesatkan manusia. Apakah kita masih ingin mengikutinya. Mari kita perhatikan setiap gerak dan tingkahlaku kita. Adakah di dalam redha Allah ataukah kita sudah diperdaya oleh syaitan durjana?

1. Tidak mensyukuri segala nikmat Allah. Cukupkah sekadar ucapan "alhamdulillah"?
2. Bermaksiat kepadanya. Tidak malukah kita kerana menggunakan semua nikmat yang diberikanNya ke arah kemaksiatan?

Cubalah tanyakan kepada dirimu sendiri. InsyaAllah akan diulas nanti. Allahu a'lam

10 shuriken:

denaihati said...

cerita pasal tidur ni..1/3 hidup kita ni tidur jadi bagus sangat bila kita tidur ikut sunnah Nabi...

ibnu yazid said...

inshaAllah, kita cuba utk mengamalkan sunnah2 baginda semampu kita. sebenarnya ada point utk hadis ni tp ana tggu masa yg sesuai utk tulis. tulisan ni just apa yg terlintas dlm kepala dlm bbrp minit. so, tgk la nnt cmne. hehe.. (^_^")

ding caram said...

dulu selalu dengar cerita syaitan tu dia goda manusia sebab nak jadi gemuk.

pasal 3 ikatan ini pun pernah dengar..pastu terfikir juga. kalau susah nak bangun maybe sebab iman tak kuat nak lawan. heh..ni terfikir je.

sebenarnya wuduk tu kan sangat best. kalau sedih ke marah ke..ambilla wuduk..hmm ni lepas 5 perkara tak best belaku dalam sehari. baru try. ianya amat berkesan.

Asim Abdullah said...

betul3....setan hasut kita untuk jadik ge-muks....hahaha~

ibnu yazid said...

syaitan nk gemuk/ge-muks??

teorinya, sebelum tidur, amik wudu' solat witir, kibas2 tmpt tidur, baca ayat2 al-Quran, baring mengiring arah kiblat, azam nk bgn tahajud, baca doa tido dan tido dgn redhaNya.

tp kita (ana la...)

tdo je kt mn2 yg smpt, wudu' pn x, doa pn lupa nk baca apatah nk bc ayat2 al-Quran. keja setan jd mudah. klu cmtu, xyah ikat pn xpe. hehehe...(aku bukan setan!)

Allahu a'lam

permata said...

salam..

betul kata penulis; nak tidur ambik la wudhuk dulu, insyaAllah dpt tidur dlm redhaNya. betul juga kata ding caram; bila sedih ke, marah ke, berwudhuklah, boleh tenang.

tp hrpnya org tak perlu berwudhuk slps baca entri2 dlm blog2 yg smakin pns ni. alhamdulillah fasa "panas" dah beransur hilang kat sini. teruskan usaha dalam misi dakwah penulis.

ibnu yazid said...

wudu' kan sunat, amik jela lps ke sblm ke semasa bc entri2 dlm blog ni. dpt pahala..

bak kata anis:

"agama apa yg memberikan pahala kpd mereka yg berenang?"

kami x hot, kami kuuul...hehehe... [radio ape ntah pny slogan nih..]

allahu a'lam

kedaibuku said...

eh,siapa anis?
anis matta ke anis mana??

Anonymous said...

anis djokovic [sapa tah]

Anonymous said...

wahh..salam bro..menarik2 post ni bro..walaupun nampak simple..tapi bende yang simple ni la yg kita(aku) slalu terlepas pandang kn..ces..kureng tul setan ni..kene ingat mende ni baru senang nk bangun..amin..

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template