Tuesday, June 23, 2009

Kelebihan Puasa Bulan Rejab??

Bismillah...

[Pukul 1814] : Jap lagi nak masuk bulan Rejab. Ke dah masuk??!

Aku cuba mencari-cari hadis berkaitan puasa di bulan Rejab. Bukan apa. Masa kat matrik dulu, roomate aku puasa sebulan penuh dalam bulan Rejab. Maklumla, aku ni tak pandai sangat pasal agama. Even solat pun tak cukup masa tu. Alhamdulillah, sekarang dah cukup. So, aku geledahla rak-rak buku aku. Jumpa Kitab Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq. Inilah kitab-kitab yang aku yakin mengumpulkan hadis-hadis yang shahih. Belek punya belek, akhirnya tak jumpa hadis pasal puasa bulan Rejab dalam 2 Kitab Shahih. So, belek la pulak Kitab Fiqh Sunnah, akhirnya jumpa penerangan Sayyid Sabiq tentang hadis ni:

Puasa Pada Bulan-Bulan Suci

Yang dimaksud dengan bulan-bulan suci ialah bulan Zulqaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Pada bulan-bulan ini disunatkan banyak berpuasa.

Diterima daripada seorang lelaki dari Bahilah ceritanya:

Bahawa ia datang menemui Rasulullah saw katanya: "Ya Rasulullah, saya adalah laki-laki yang datang menemui anda pada tahun pertama." Ujar Nabi: "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah, padahal dahulunya kelihatan baik?" Ujar laki-laki itu: "Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan kecuali hanyalah di waktu malam." Maka tanya Rasulullah saw: "Kenapa kamu seksa dirimu?" Lalu sabdanya: "Berpuasalah pada bulan Shabar - yakni di bulan Ramadhan - dan satu hari dari setiap bulan!" "Tambahkan buatku kerana aku kuat melakukannya!" ujar laki-laki itu. "Berpuasalah dua hari!" ujar Nabi. "Tambahlah lagi!" mohon laki-laki itu pula. Maka sabda Nabi: "Berpuasalah pada bulan suci lalu berbukalah, kemudian berpuasalah pada bulan suci lalu berbukalah, kemudian berpuasalah pada bulan suci lalu berbukalah!" sambil mengucapkan itu Nabi memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggamnya lalu dilepaskannya."


Mengenai puasa pada bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol baginya dari bulan-bulan lain, kecuali ia termasuk bulan suci. Dan tidak diterima dari Sunnah keterangan yang sah bahawa berpuasa pada bulan itu mempunyai keistimewaan khusus. Ada juga diterima berita, tetapi tidak dapat dipertanggungjawabkan sebagai alasan.

Berkata Ibnu Hajar: "Tidak ada diterima hadis yang sah yang dipakai sebagai alasan mengenai keutamaan bulan itu (Rejab) dan keutamaan berpuasa padanya, tidak pula mengenai kelebihan berpuasa pada hari-hari tertentu daripadanya atau berjaga-jaga pada malam harinya."

Allahu a'lam bish shawab.

2 shuriken:

ibnu yazid said...

sebagai tambahah sbb aku malas nak edit post ni:

bleh rujuk web dr.maza bertajuk "hadis palsu rejab, syaaban"

http://drmaza.com/home/?p=646

p/s aku dh abis tulih, bru ternampak update dr. maza. anyway, beliau mmg terer psl hadis2 ni. tenkiu

ibnu yazid said...

alamak lupa lagi. ni perawi hadis ni, maaf byk2 noo..

Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik (hasan).

p/s sifat lupa semakin menjadi2 skrg. hmmm..

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template