Monday, June 22, 2009

Surat Terbuka Kepada Anonymous

Bismillah...

Kepada:

Anonymous,
No. X, Jalan Y,
Kampung Z,
xxx.xxx.xxx.xxx,
Virtual World.

Sebenarnya aku baru limitkan komen di bahagian post kerana engkau telah cuba sekali lagi mewujudkan kekecohan di dalam blog aku. Berapi-api ko komen. Terima kasih. Aku tak tahu apa niat sebenar ko tapi jelas dari ayat-ayat ko, ko memang sangat tak puas hati dengan aku. Aku memang marah dengan fitnah-fitnah yang ko sebut tapi aku tekadkan diri agar tak membalas komen ko. Aku nak jadi orang yang kuat. Mampu menahan marah.

Aku tak tahu sebab apa sehingga ko marah sangat dengan aku. Adakah kerana post aku pasal kewujudan manusia-manusia pelik di dalam gerakan islam? Ko menuduh aku menulis perkara yang merosakkan dakwah, mengutuk akhawat, aku tak bermujahadah, blog aku tak bermanfaat dan sebagainya. Ok. Aku tak kisah jika ko sanggup nyatakan diri ko yang sebenar. Tapi ko penakut! Aku bersedia bila-bila masa berjumpa dengan ko untuk settlekan apa yang ko tak puas hati sangat. Jangan menyorok di sebalik nama Anonymous.

Aku tau sejak akhir-akhir ni semakin ramai yang baca blog aku (sebab aku ada statistik) dan tanpa berfikir panjang terus menghentam aku semata-mata aku menulis di luar kebiasaan. Dan kepada ko, Anonymous, ko kena berhati-hati dengan tuduhan ko kepada aku. Aku boleh track IP number ko tapi aku tau ko tak guna personal computer. Sebab ko penakut!

Sebenarnya aku pelik. Kalau betul ko tak suka baca blog aku, kenapa ko still baca dan komen entri aku? Aku tak pernah suruh atau paksa sesiapa baca blog aku. Sekarang aku dah limitkan komen. Silakan kalau masih ingin komen atau kutuk. Apapun, kalau ada salah dan silap aku mintak maaf kepada ko, Anonymous.

Assalamu'alaikum wbt

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template