Wednesday, August 12, 2009

Siri 2: Tinggi Dalam Kehidupan

Bismillah...

Kebebasan dan harapan.

Kebebasan yang menghancurkan belenggu-belenggu nafsu syahwat.

Harapan untuk meraih pahala dan percaya akan pertolongan Allah (kemenangan).

Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi mempunyai beban yang berat dalam timbangan perjuangan akidah. Kedua-duanya selalu disebut-sebut dalam sejarah tauhid yang panjang dan keduanya telah cukup melelahkan berbagai generasi para da'i mulai dari para nabi, para siddiqin, para rasyidin, para tabi'in hingga orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik sepanjang masa. Semuanya merasa senang dengan kelelahan dan mereka menolak kecuali ketinggian dalam kehidupan dan kita insyaAllah akan mengikuti jejak mereka.

Kelelahan mereka adakalanya kerana aktiviti rutin sehari-hari dengan memberi peringatan, menyampaikan berita gembira, menghimpun potensi dan mendalami pelajaran atau tidak tidur malam kerana mengurus kepentingan kaum muslimin.

Adakalanya kerana ketekunan dalam belajar dan menjelajahi gurun-gurun sahara untuk memperoleh suatu hadis atau pelajaran fiqih.

Di lain waktu adakalanya kerana terjun ke medan peperangan dan selalu merindukan jihad dan kematian yang tinggi (syahid).

Di lain waktu pula kerana kesibukan dalam berfikir dan membuat rencana.

Jika mereka beristirehat lalu merebahkan diri mereka dengan terlentang, hati mereka tetap hidup menyingkirkan fikiran yang sia-sia.

Semuanya itu telah diceritakan oleh sejarah agar para da'i sekarang mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Bersambung


0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template