Friday, August 14, 2009

Siri 4: Bicara Saat Dalam Perjalanan Hijrah

Bismillah...

Pada kenyataannya seorang dai yang benar-benar menekuni bidang dakwahnya, tiada yang difikirkannya selain dakwahnya, tiada aktiviti yang dilakukannya selain demi dakwahnya dan tiada sesuatu pun yang ia kikirkan untuk dakwahnya, apakah itu jerih payah ataupun waktunya. Dan selamanya tiada sesuatu kesibukan pun yang dapat memalingkan dia dari tugas dakwahnya, sampai di saat yang paling genting, waktu yang sangat sempit mahupun kondisi yang paling rumit.

Demikianlah yang dilakukan oleh rasul kita, Muhammad saw. Ketika beliau dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah dengan ditemani oleh Abu Bakar Ash-Siddiq, baginda bersua dengan Buraidah Ibnul Hashib al-Aslami bersama dengan iringan kafilah kaumnya. Mereka bersua di tengah jalan antara Mekah dan Madinah lalu Nabi saw menyeru mereka untuk masuk Islam, hingga mereka pun masuk Islam.

Hal ini menunjukkan, bahawa Nabi saw tidak pernah melupakan tugas dakwahnya untuk menyeru manusia menyembah Allah, sekalipun beliau sedang dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah dan dikejar oleh kaumnya.*

* Usul al-Dakwah m.s 284

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template