Sunday, May 17, 2009

Ahli Ibadat Yang Bermain-Main

Wahai orang yang beribadat di dua tanah haram
jika kamu melihat kami
nescaya kamu mengetahui bahawa kamu hanya
bermain-main di dalam ibadah.

Orang-orang itu membasahi pipinya dengan air mata
sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

Kamu berbau harum dengan minyak wangi
sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda
dan debu yang terbaik di medan peperangan

telah datang kepada kami sabda Nabi kita
kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:
"Tidak sama debu kuda Allah pada hidung seseorang
dengan asap neraka yang menyala
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa
"orang yang mati syahid itu tidak mati"
bukan satu dusta.

Mereka sangka bahawasanya agama itu ialah
pengasingan dan pertapaan
dan asyik di dalam wirid dan zikir tanpa dakwah dan jihad

Anaehnya kulihat
mereka beriman dengan sebahagian
kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian lagi

Padahal agama ini mempunyai fardhu, sunat dan istighfar
Agama ini adalah medan jihad, senjata dan para pahlawannya
yang menghancur-leburkan kejahatan dan penyangak
Agama ini memerintah dengan nama Tuhanmu yang mencipta keadilan
Bukan kezaliman dan bukan kewewenangan.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template