Friday, May 22, 2009

Blogging: Matlamat

Bismillah...


Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada semua jika selama ini penulisan saya lebih bersifat peribadi dan membesar-besarkan diri sendiri. Saya bukan orang hebat. Saya juga bukan ustaz. Saya bukan siapa-siapa. Melihat dunia dari kacamata sendiri. Kadang-kadang mengarut dengan pelbagai penulisan tidak ilmiah malah tidak mendatangkan amal pun kepada saya dan para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Lagi sekali, saya hanya manusia biasa. Nasihati dan luruskan saya jika bersalah. Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan para pembaca semua.

Apabila bercakap tentang sesuatu perkara, kita pasti berbicara mengenai tujuan atau matlamat. Begitu juga dengan blogging. Meletakkan matlamat dalam blogging akan memandu setiap apa yang kita kemukakan. Jadi apa tujuan saya atau anda blogging? Adakah sekadar menulis kisah-kisah peribadi? Saya tidak mengatakan menulis kisah hidup diri sendiri adalah salah sepenuhnya. Saya cuma tersentak dengan komentar Ustaz Zahazan di dalam tafsir surah Luqman yang saya dengar di radio IKIM.fm semalam. Mungkin saya memahami kata-kata beliau secara salah tetapi apa yang saya faham adalah tidak layak bagi kita menulis tentang diri sendiri untuk menjadi contoh kepada orang lain. Kita bukan siapa-siapa untuk menjadikan diri kita sebagai contoh. Pandangan beliau adalah, ambillah kisah-kisah sahih daripada al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan.

Saya cuma bercakap soal matlamat di sini. Kadang-kadang kita menulis sesuatu sehingga terpesong daripada matlamat asal. Memang setiap orang ada matlamat sendiri untuk menulis apa pun yang dia sukai tetapi adakah matlamat itu berada dalam ruang lingkup matlamat hidup kita sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. Selalunya kita menulis hal-hal peribadi seolah-olah mahu dikenali dan dianggap orang yang hebat. Wal'iyazubillahiminzalik.

Jadi di sini, saya berharap kepada orang-orang yang membaca blog saya agar seikhlas hati menegur silap dan salah saya. Saya tidak sempurna. InshaAllah saya berusaha untuk menulis sesuatu yang akan memberi dampak kepada dakwah. Seperti yang disebutkan Asy-Syahid Syed Qutb di dalam Ma'alim fit Thoriq (Petunjuk Sepanjang Jalan atau Milestones), jihad ini tidak akan berhasil hanya dengan tulisan dan makalah-makalah. Ia perlu digerakkan dengan amal. Saya berharap tulisan-tulisan saya dapat menggerakkan saya dan para pembaca sekalian ke medan amal dan bersemuka dengan jahiliah moden dalam usaha memperbaiki diri dan masyarakat. Kerja kita masih banyak sedang kita terus bermain-main. Ayuh bergerak menuju ke medan jihad dan amal! Kalau tidak kita, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi? Allahua'lam.

"Jalan ini sentiasa ada permulaan tetapi tidak pernah sekali-kali ada hujungnya"

9 shuriken:

Anonymous said...

salam...

ana pn ada dengar... kuliah tu....

insyaAllah... sahabat lain akan dapat manfaat dari blog nta...

teruskan menulis...n tawakkal..

Allah kn ada..(mcm kenal jer ayat tu..)

ibnu yazid said...

Ana cuma risau jika penulisan ana hanya sekadar penyampaian ilmu tanpa dapat menggerakkan diri untuk beramal. Ana takut orang meletakkan expectation yang tinggi apabila ana menulis perkara-perkara peribadi.

"Sesungguhnya syaitan sentiasa menampakkan baik perbuatan buruk kita sehingga kita sering merasa diri kita benar."

Sekali lagi, ana minta maaf kepada antum semua. Jika tak suka, sila berterus terang. Jazakumullahu khairan kasira.

Syafarah said...

salam..

TAK SUKA. dh..dh berterus terang..
TAK SUKA bila ana seniri terlepas dr mtlmt. bukan TAK SUKA blog nta..

puding caramel said...

salam!

uish..terasa..selalunya macam itulah. menulis berpandukan dari apa yang dilihat dan apa yang di rasa. tak semena-mena tertulis tentang kehidupan sendiri.

kena senaraikan sebab-sebab berblogging. adakah tercapai matlamat yang di rancang di awal penulisan.

ibnu yazid said...

to syaf and puding:

Bagi ana tidak salah jika kita menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan diri kita. Cuma bagaimana tulisan itu memberi efek pada orang-orang yang membaca untuk menggerakkan amal.

Kita ambil contoh tulisan Ustaz Abbas As-Siisi seperti dalam buku Ath-Thoriq ilal Qulub (Jalan ke Hati). Buku itu telah memberi kesan kepada ramai orang untuk berdakwah secara kreatif.

Allahua'lam.

Sarah Ibrahim said...

Ye betul..

Ana banyak cara untuk berda'wah. Dan qudwah hasanah juga satu kaedah.

puding caramel said...

sebenarnya ini lah yang saya maksudkan tempoh hari. bimbang apabila blog dibaca oleh pelbagai jenis orang. sekiranya penulis itu tersasar dari tujuan sebenar, bukankah akan memberi kesan kepada sekeliling. itulah, iman ada naik turunnya. terfikir juga, adakah bila penulis itu tersedar yang dia tidak layak menulis sesuatu yang baik. dia kena berhenti menulis seperti biasa.

payah juga. dunia maya ini tanpa batasan. semua orang tidak kira siapa bebas keluar masuk di laman peribadi seseorang. mungkin tidak begitu peribadi. ah, terpulanglah dianggap peribadi atau tidak. yang pasti kena sentiasa berhati-hati. konflik dalam diri. bukan mudah seorang manusia biasa mahu menjadi seorang yang luar biasa.

kembali kepada konsep seorang yg 313. kena sentiasa beringat. ingatkan balik..ingatkan balik..[bercakap dengan diri sendiri]

ibnu yazid said...

Salam,

Memang mustahil untuk memenuhi kehendak semua orang. Sebab itu, kita perlu meletakkan matlamat. Supaya apa yang kita tulis mencapai matlamat yang kita telah setkan.

Kesalahan bukan apabila kita menceritakan kisah peribadi tetapi kesalahan apabila kita merasa besar/benar diri, ingin popular, timbul perasaan riak dll.

Bagi ana, mengutarakan pandangan kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling melalui tulisan merupakan salah satu cara untuk memberitahu dunia bahawa kita adalah salah seorang ahlinya. Kita juga berhak ke atasnya. Bukan kerana kita ingin mengejar dunia tetapi sebagai alat untuk kita mencapai "matlamat hidup" kita.

Seperti yang ana pernah tulis sebelum ini, timbanglah setiap perbuatan kita dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah yg Shahih agar perjalanan ini sampai ke destinasinya dengan selamat dan jayanya!

Allahua'lam

Liyana said...

100% agreed

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template