Bismillah
Rasanya dah lama aku tidak menulis secara tidak formal. Bukan tiada idea, tetapi malas. Hehe.. Tak tahu kenapakah perasaan malas tu boleh ada sedangkan tidak patut ada rasa malas dalam diri seorang muslim.
Ok, aku tahu, secara teorinya memanglah tiada kata bermalas-malas bagi seorang muslim apatah lagi yang mengaku dirinya da'i. Namun, realitinya sangat berbeza. Banyak faktor yang menyebabkan perasaan malas wujud dalam diri. Dan sifat malas itu sendiri berbeza-beza mengikut individu. Ya, malas adalah pemboleh ubah bertindak balas. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan adalah faktor-faktor luaran dan dalaman. Manakala pemboleh ubah dimalarkan adalah ... Apa ek?! Hehe..suka hati la nak letak apapun. Dah lama tidak membuat eksperimen fizik. Melalut entah ke mana.
Sekarang minggu peperiksaan semester ke-8 aku di utm. Dah 4 tahun. Pantas masa berlalu. Sepatutnya menjadi semester yang terakhir bagi aku di bumi skudai ni. Tapi Allah berkehendak lain. Dan sudah tentu, aku yang "memilih" untuk melalui jalan ni. Ya, tambah satu semester. Perlu ke aku bersedih? Tak perlu rasanya. Bak kata "pakcik", "Life must go on". Atau macam dalam radio, "Live life to the max!" Haha..entahlah. Macam-macam kata-kata motivasi atau inspirasi yang lahir dari pengalaman dan pengamatan manusia terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Lalu membentuk manusia itu sendiri. Dan perkara ni aku dah pernah tulis iaitu tentang perubahan-perubahan sekeliling yang banyak mempengaruhi perkembangan seseorang baik dari segi mental mahupun emosi. Hehe..macam ahli psikologi la pulak..
Tak macam orang lain, aku tak kisah sangat dengan exam. Kalau orang-orang lain sanggup bergadang stay up study, lepas tu bila tak dapat jawab exam dengan baik rasa tension tahap gaban. What the heck. I don't care. Mungkin sistem yang aku lalui tak sama macam orang-orang pandai yang lain. Yela, aku tak pernah paksa diri untuk study gila-gila untuk score exam. Tapi result aku okay apa. Haha..
Arghh...apa aku melalut ni?!! Sebenarnya nak cerita benda lain. Dah "kona" ke lain pulak. Cerita sebenarnya adalah...jeng, jeng, jeng..Dragonball ada 7 biji semuanya. Haha..melalut lagi.
Ok. Be serious. Kenapa sekarang aku rasa tension bila banyak kerja kena buat dalam masa yang sama? Exam, camping, urusan nak extend, planning untuk cuti ni, itu dan ini dan the list will grow longer... Adakah aku mencari alasan? Sedangkan mencari alasan adalah tanda-tanda futur (melemah). Wal'iyazubillah. Doakan aku kawan-kawan. Amin..
Ada seorang ikhwah pesan, "Kalau rasa tension study maknanya masih ada perasaan cintakan dunia di dalam hati". Simple je. Tapi aku rasa ada benarnya. Kenapa perlu rasa tension study atau exam? Bukan ke tugas kita hanya berusaha? Bukan ke hasil tu rahsia Allah? Tapi dari segi psikologi [aku bukan ahli psikologi ok..], memang fitrah la rasa tertekan bila "sereberum dan serebelum" diperah habis-habisan. Otak pun letih tau tak. Dirimu ada hak atasmu! Dah, gi tidur sekarang! [Sekarang pukul 1:00 pagi]
Ketika bosan-bosan, sempat aku menonton filem Laskar Pelangi. Wah! Bestnya cerita ni. Nanti aku nak share dalam blog ni. Tapi kalau sesiapa yang nak tengok, baca novelnya dulu ya.
Mungkin salah diri sendiri. Pengurusan masa kureng. Buang masa pada perkara yang kurang atau tiada faedah. Kadang-kadang aku fikir macam mana la nak praktikkan Pareto Principle ni. Nak kenal pasti priority pun tak tau. Ish..ish..ish..
Sebenarnya kalau ada kesungguhan semuanya ok. Kesungguhan untuk merancang dan melaksanakan perancangan. [Teori lagi...] Tapi insyaAllah, bisa aja. Aku tahu, untuk mencapai kesempurnaan mungkin sukar atau impossible sama sekali tetapi aku perlu bergerak ke arah kesempurnaan. Meletakkan standard minimum based on my own ability and capability. Paling penting, rasa percaya diri. Tuhan tak membebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu. Dan Dia tak uji aku melainkan sesuai dengan level iman aku [29:2].
Jadi, baru nak rajinkan diri. Hehe...
Allahua'lam
p/s paper RS for Marine Applications
9 shuriken:
jgn risau lah paley..
akak pun extend
memang perit mula2 tu
malu, segan, malas, risau dll lah
tapi alhamdulillah..
Allah pasti bersama..
dan insyaAllah ogos ni akak konvo..
err.. amplang belum kirim lagi.. sabar ya..
thanx kak kam..
tahniah la sbb dh nk konvo..
[jauh la plak nk gi upm...cececee...]
psl amplang tu, x kisah pun. saje je ckp aritu [tp klu nk bg ok gk..huhu]..klu dpt jadi cikgu nnt bleh belanja mkn kt restoran anjung serdang kan3??hehehe...
p/s x risau pun..hehe (^_^")
Salam..
Kadang2 masa nak lalui sesuatu mmg susah,..
Tapi bila da lepaih..ok je
Takde la teruk sgt..hehe
dlm malas2 byk gak "melalut" eh..takpe,melalut yg berfaedah,muhasabah diri..bagus tu.
ila Anonymous:
nak lepaih tu yg teruk tu...byk gila halangan..seb baik x gila lg ni..keh3
ila 'aishah:
bila malas yg byk melalut tu..time rajin senyap plak..fokus..ceewaahh..
ada gk ke melalut pekdah?? tp ok per..hahaha..
perjalanan masih jauh..jauh perjalanan luas pemandangan..(eh ape aku melalut ni..?:))
nta pun nk join melalut gk..haha
akhi, best giler mukhayyam kitorg. nak ajak nta jauh sgt smpi kt nihon.
wahhhhhh....besttttt gila x1juta
hehehe..antum la mukhayyam@jaulah kt cni..mak aihh..smpi x1juta?
mmg nk gi jepun pn tp pulus xde la plak..tgu smbg master/phd atau bt 2nd degree la kt sn..
Post a Comment