Tuesday, May 19, 2009

Semuanya Kami Kongsi...


Bismillah...

Semuanya kami kongsi...

Jika rasa futur, melemah datanglah ke sini
Masalah, suka, duka,
sedih, gembira dan apa-apa saja
Luahkan saja
Semuanya kami kongsi...

Jika perlukan kenderaan
Motor, kereta dan apa saja
Myvi, Savvy, Saga, Kancil, Kenari, Avanza, Wira
Ambil saja yang mana kau sukai
Yang penting jangan lupa minta izin
Dan oh ya! Minyak jangan lupa
Semuanya kami kongsi...

Jika tiada duit hendak makan dan sebagainya
Usulkan saja masalahmu
Nanti semua keluarkan "walletnya"
Nak pinjam atau ambil terus
Kami tak kisah
Semuanya kami kongsi...

Jika sakit dan sebagainya
Macam kenduri
Buah, air, ubat, bubur, nasi...
Semuanya dibeli
Asalkan sakitmu reda
Kerana sakitmu, sakitku jua
Semuanya kami kongsi...

Engkau perlukan laptop untuk "assignment"mu?
Ambil saja yang mana engkau sukai
IBM, Acer, Compaq, PC, Vaio
Semuanya best-best
Internet juga free
Kau hanya perlu menekan keypad sendiri
Takkan la itu pun kami nak bagi
Yang penting, bijak kau guna sendiri
Semuanya kami kongsi...

Kau sukar untuk bangun pagi
Tidur lambat tiap-tiap hari
Apa yang kau buat?
Tapi kami sentiasa di sini
Yang bangun awal kejutkan yang "mati"
Berqiamullail tingkatkan diri
Pergi ke surau sekali
Solat berjemaah mengikat hati
Semuanya kami kongsi...

Pergi ke Giant/Jusco sekali
Membeli-belah ramai sekali
Yang tiada duit tunjuk itu ini
Yang bekerja bayar semua sekali
Kelebihan di atas kekurangan
Semuanya atas dasar iman
Ukhwah paling best kerana
Semuanya kami kongsi...

Sebenarnya banyak lagi nak tulis di sini
Kerana semua kami kongsi
Kalau tak percaya datanglah ke sini
Dan lihatlah sendiri
Kelebihan di atas kekurangan
Itulah motto kami
Semuanya kami kongsi...

Allahua'lam

p/s1 Sebenarnya dapat idea menulis ini ketika di dalam t*$da@. Adakah ini menunjukkan idea datang dalam keadaan tenang? Hipotesis awal.

p/s2 Minta maaf sebab nampak macam materialistik sikit.

8 shuriken:

Tarhata Kiran said...

Alhamdulillah...

ukhuwwah dengan dasarnya aqidah, memang sangat indah.

ibnu yazid said...

Tak sangka ada juga orang yang mahu mengutuk post sebegini. Satu kejayaan yang boleh diriakkan sebentar. Haha...

p/s1 Saya tidak pasti sama ada ini boleh dikatakan sebagai ukhwah atau "just take for granted". More likely the latter. (^_^")

Mashizaki Keikan said...

"Kerana sakitmu, sakitku jua
Semuanya kami kongsi..."

Hoho~ memang pun... Akhirnya hampir semua kongsi sakit sama-sama. Pusing² ikut turn.

Btw, macam nak suruh balik semula ke RI je... Hehehe, takpe nanti kita datang.

Liyana said...

p/s1: idea datang mencurah ketika kesibukan. lagi-lagi kalau nak dekat exam.

ibnu yazid said...

to ikan:

dah lama x naik kura-kura hitam. haha..

to puding:

org prolifik cm cik puding xyah tggu sibuk atau exam. kan..kan..kan..

Professor said...

rindunya kat RI, tolong send RI ke penang..nk join gak...

ibnu yazid said...

to Prof:

ni baru sket ana tulis. kalau ana tambah banyak lg, ana rasa x perlu ana send RI ke penang. Enta terus balik sini..haha...

not important said...

yeye...kancil pon ada...haha

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template