Pelanggan itu berfikir sejenak, tetapi tidak mahu merespons kerana tidak ingin mewujudkan sebarang pertengkaran. Tukang gunting itu pun selesai kerjanya dan pelanggan itu meninggalkan kedai gunting itu. Hanya beberapa ketika pelanggan itu meninggalkan kedai itu, dia terlihat seorang lelaki di kaki lima dengan rambut panjang, kusut masai dan misai yang panjang tidak kemas. Lelaki itu kelihatan kotor dan tidak terurus.
Pelanggan itu berlari-lari mendapatkan tukang gunting tadi seraya berkata, Kamu tahu tak? Tukang Gunting tidak wujud! Bagaimana kamu boleh berkata sedemikian? Tanya Tukang Gunting dengan nada terkejut. Saya di sini, dan saya seorang Tukang Gunting dan baru sahaja menggunting kamu. Tidak! Pelanggan itu mendakwa. Tukang Gunting tidak wujud sebab jika dia wujud, mesti tiada orang berambut panjang, kotor, misai tidak dicukur dan tidak terurus seperti lelaki di luar itu.
Ah, tetapi tukang gunting sebenarnya wujud! Itu lah yang berlaku apabila tidak datang kepada saya…
Tepat sekali! Pelanggan itu membenarkan. Begitu lah, Allah sebenarnya wujud! Apa yang berlaku adalah kerana manusia tidak ‘kembali’ kepada-Nya dan tidak berharap meminta pertolongan kepada-Nya. Sebab itu lah terdapat banyak kesusahan dan penderitaan di dunia ini...
Wallahu ‘alam
di kopi & pasta dari sini
2 shuriken:
salam,
pernah sekali ditanya oleh kawan nonmuslim tentang benarkah Tuhan itu wujud. jika benar2 wujud kenapa ada banyak agama, kenapa manusia berperang disebabkan agama, kenapa kenapa kenapa dan kenapa yang common di tanya. berpeluh juga time itu.
rasanya kisah ini boleh dijadikan jawapan. kan?
wslm,
selepas saya membaca cerita ini, saya merasakan ianya agak sesuai untuk dijadikan analogi untuk persoalan-persoalan berkaitan kewujudan Allah.
Masih banyak analogi-analogi lain yang berbentuk logik bagi menjawab persoalan atheis.
Ya, kisah ini agak mudah difahami.
"Seseorang mendapat hidayah disebabkan kamu, maka itu lebih baik dari dunia dan seisinya"
[Mafhum Hadis]
Post a Comment