Wednesday, June 17, 2009

Point "nape susah nk bangun nih..."

Bismillah...

Point sebenar kepada hadis dalam post yang lepas Tidurlah...:

Dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan menunjukkan adanya pengaturan oleh Allah Swt. Gerak kehidupan ini dikawal dan diukur dengan teliti. Haiwan, tumbuhan, air, angin, gunung dan semuanya mengandungi hikmah penciptaan oleh sebuah kuasa yang maha agung. Pencarian dalil-dalil tauhid dan iman dengan melihat kepada hikmah Ilahiah ini lebih baik daripada menggunakan kaedah logik dan falsafah. Faham?


Ulama' salaf mengatakan: "Aku benar-benar boleh membezakan ketaatanku dan maksiatku dari tingkah laku binatang tungganganku"

Faham?

Maksudnya ia mendapat ganjaran atau hukuman secara spontan.

Bandingkan antara dua orang. Orang yang melakukan kebaikan pada pagi hari, dan Allah memudahkan urusannya pada petang hari. Orang yang pada sebelah malamnya, ia mengumpat saudaranya maka pada siang harinya, semua urusan hidupnya tunggang-langgang. Semua yang dilakukannya serba tak kena.

Orang yang berjaya adalah orang-orang yang memahami erti kejadian sehingga ia tahu kedudukannya lalu ia bertambah baik dan meningkatkan kualiti imannya dan berwaspada daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Di dalam gangguan ringan dan halus ini, ia menemukan peringatan yang mencegahnya berlarut-larut dalam perbuatan sesat dan menuruti syahwat. Bahkan ia sedar bahawa semua kejadian itu adalah peringatan Ilahi yang sama dengan celaan. Kejadian-kejadian kecil itu mengingatkannya akan kewajipan menghindarkan diri daripada hawa nafsu dan jika tidak, Allah akan menurunkan hukuman yang lebih berat. Na'uzubillah.

Refleksi ini termasuk kesempurnaan kasih sayang Ilahi bagi seorang mukmin yang memahaminya dan menyerap nasihat yang terkandung di dalamnya.

Jadi, hadis itu menunjukkan hikmah kejadian. Apabila kita berjaya mengatasi gangguan syaitan untuk bangun, Allah mengurniakan kita semangat dan jiwa yang bersih untuk meneruskan kehidupan pada hari itu sebaliknya orang yang dilalaikan oleh syaitan, maka hatinya menjadi buruk dan bersikap malas.

Ini menunjukkan ganjaran dan hukuman Allah berlaku secara spontan. Orang-orang yang jernih hatinya pasti memahami "teguran" Allah ini. Mungkin bagi mereka yang mengaku dirinya sebagai penolong-penlong agama Allah, apabila susah nak bangun pagi-pagi tu adalah kerana maksiat yang dilakukannya pada hari sebelumnya. Kalau nak bangun pagi pun susah, jangan mimpi nak ubah dunia. Wallahu a'lam

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template