Bismillah...
Hari tu aku ada cakap nak tulis pasal cerita Laskar Pelangi? Actually, aku ni jenis yang suka bila ada orang bagi testimonial. Sama juga dengan cerita Ayat-Ayat Cinta. Kawan-kawan semuanya provoke suruh baca buku tu. "Kalau enta baca mesti nak nikah punyala." Jadi, perasaan nak baca novel tu meluap-luap. Bukan sebab dah "tak boleh handle". Tapi terpengaruh dengan provokasi tu. "Best sangatkah??" Ok, itu persoalannya.
Sebenarnya budaya membaca ni ayah aku yang bina sejak aku kecil lagi. Ayah membeli surat khabar Utusan Malaysia setiap hari. Jadi aku memang sentiasa update dengan isu-isu terkini. Politik, ekonomi, masyarakat, sukan, luar negara semua aku baca. Tak cukup dengan membaca, aku potong bahagian-bahagian yang menarik seperti fakta-fakta dan menampal dalam buku scrap. Dan ayah memang sentiasa menyokong aku. Kalau lalu depan kedai buku then aku macam berminat dengan sesuatu buku, ayah akan cari duit untuk beli walaupun aku tahu ayah bukan ada duit pun nak beli. Tapi sebab aku, ayah mesti cari gak duit untuk beli. Terima kasih ayah!
Oleh kerana aku sekolah harian, aku study kat rumah je. Actually, mak dan ayah tak pernah paksa aku belajar cuma ayah memang marah kalau aku tak pergi sekolah. Aku terpaksa buat-buat sakit perut untuk ponteng sekolah. Mungkin ayah tak nak aku mewarisi kesusahan keluarga. Nak pula, abang aku yang menjadi harapan untuk mengubah nasib keluarga pergi menemui Ilahi ketika habis diploma Mekanikal di ITM Shah Alam (sekarang UiTM). Yang sedihnya, dia dapat tawaran sambung belajar ke UK selepas itu. Allah lebih menyayangi dia. Abang aku merupakan inspirasi untuk aku belajar sampai ke peringkat sekarang. Semoga arwah abang sentiasa dirahmati Allah. Amin.
Sampailah sekarang, budaya membaca dah jadi sebahagian dari hidup aku. Dulu masa tiada duit, aku pinjam buku member-member. Sekarang dah ada duit pinjaman PTPTN dan biasiswa JPA, aku spend la setiap semester untuk beli buku. Dah berapa ribu habis beli buku. Bacanya tak juga. Hehe. Tapi aku sedikit jealous dengan orang-orang yang ada lagi banyak buku then diorang baca lagi banyak dari aku. Jealous untuk perkara macam ni digalakkan kan? Huhu...
Ok. Itu cerita budaya membaca. Sangat bagus jika dibina sejak kecil. Jadi, bila dah ada anak-anak nanti, pupuklah budaya membaca. Jangan sibuk mahu memajukan material tetapi modal insan masih pada kelas ketiga! Dunia bergerak menuju kreativiti dan inovasi tanpa sempadan. Think out of the box, multidimensional!
Baiklah, kembali ke cerita Laskar Pelangi. Sebelum itu, aku suggest sesiapa yang ingin menonton movienya bacalah dulu novelnya. Sangat menarik. Ia seperti menonton Da Vinci Code tapi tidak membaca karya Dan Brown atau Harry Potter atau Ayat-Ayat Cinta. Ayat-Ayat Cinta menunjukkan betapa movie tak selalunya sebaik novelnya. Aku macam menyampah menonton movienya sedangkan membaca novelnya selalu memotivasi diri aku ketika down.
Dan Laskar Pelangi sangat berbeza. Aku seperti direnjat elektrik ketika Andrea Hirata mengisahkan perjalanan hidupnya. Dunia kanak-kanak Andrea hampir sama seperti yang aku lalui ketika kecilku. Tapi aku fikir, dia lebih sukar. Memang pun. Kesukaran selalu membawa manusia ke arah kejayaan. Kecekalan membentuk manusia agar lebih menghargai kehidupan. Persahabatan dan cinta mengikat manusia tanpa mengira batas.
Mungkin aku tak perlu untuk menjadi penglipurlara untuk mengisahkan Laskar Pelangi kepada semua. Cuma aku ingin berkongsi nilai-nilai yang dibawa oleh Andrea. Sukar untuk menemui nilai-nilai seperti itu di dalam dunia moden penuh kecanggihan seperti sekarang. Di mana nilai-nilai jahiliah mengambil tempat nilai-nilai Islam. Individualistik, materialistik, egoistik dan seplastik nilai-nilai busuk yang menjadi pegangan masyarakat kita sekarang.
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Begitulah yang diulang-ulang oleh Pak Harfan. Memang benar, menuntut hak lebih mudah dari memberikan hak kepada orang lain. Tapi yang sukar itulah sepatutnya kita usahakan. Masih ingat 6 hak saudara yang perlu kita tunaikan? Sudahkah kita mengamalkan perintah Rasulullah saw itu? Kalau tidak tahu maka bertanyalah kepada yang tahu ye. Hehe...
Kecekalan yang ditunjukkan oleh Bu Mus dan Pak Harfan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dalam memberikan pendidikan kepada anak bangsa mungkin perlu menjadi contoh kepada guru-guru sekarang. Memberi tidak pernah ada kaitan dengan mengharap balasan. Ingat lagi surah al-Muddassir? Bahkan bagi seorang da'ie, tidak boleh ada perasaan untuk menerima balasan atas setiap pertolongan yang dihulurkan. Balasan hanya dari Allah sahaja.
Kepada yang belum menonton, ambillah masa sebentar untuk kita menganalisis filem ini. Sebenarnya tetralogi Andrea Hirata merangkumi Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Markov. Aku baru habiskan separuh buku Sang Pemimpi. Tidak sempat untuk menghabiskan bacaan. Masih banyak buku yang berstatus pending.
Sekarang ini aku sedang mengambil Sijil Pentauliahan Profesional. Kursus Sun Ceritified Java Programmer. Semuanya free of charge. Jika aku ambil sendiri, kosnya semua adalah USD$4300++ (RM kira sendiri ok). Alhamdulillah, doakan aku berjaya dalam exam nanti. Java programming ni susah la. Start 11 May sampai 3 Jun. Mak dan ayah dah tanya kenapa lambat balik. Ikutkan tak sempat langsung nak balik. Aku baru nak mula tulis tesis. InshaAllah, jika tiada aral aku akan tamat degree hujung tahun ni. Doakan aku ye semua.
Bertemu di entri seterusnya inshaAllah. Keep surfing on this blog! Thanx to all.
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Arkib
-
▼
2009
(130)
-
▼
May
(14)
- Zionisme dan NWO
- Tafakkur di pagi hari...
- Cool Down
- Karutan 1: x pueh hati nih!
- Sebuah Refleksi
- Apakah kamu tidak berfikir?
- Blogging: Matlamat
- Semuanya Kami Kongsi...
- Allah Wujud...
- Ahli Ibadat Yang Bermain-Main
- Laskar Pelangi
- Exam, Demam dan Mukhayyam X-REK'09
- Lalutan Ketika Boring Study...
- Massacres Against the Palestinian People: Part III...
-
▼
May
(14)
Thoriquna
Visitants
Followers
Traffic
Saturday, May 16, 2009
Laskar Pelangi
shinobi ibnu yazid on 04:35
jutsu Hiburan Itu Indah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-
13 shuriken:
saja nak bagi kutukan kat sini... hoho!
xpela, ana redha jela orang nk kutuk ana. anyway, Laskar Pelangi best. Bukan macam hipotesis nta yang cakap cerita ni jiwang. Hehehe...
salam...
Laskar Pelangi jiwang?
tang mane jiwang nyer tu?
hehehehe
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia.. selamanya.. ;)
weih..ape cinta2 nih? hahaha...
tu la, 'ammar yg ckp cmtu padahal x tgk lg..ish2..
ish3.....
pas ni suh `ammar tgk cite tu...
pas tu blh bermimpi dgn Sang Pemimpi pulak....
apapun, semoga berjaya dlm exam nnt...
bitaufiq wa najah...
pastu leh lah balik taiping kan3...
hehehe
dia dh tgk...terkedu..nangis2..haha
java susah woo...
yeah! rindunya kt mak n ayah..homesick2..huhu
woi... woi... ana just cakap tak suka cerita yang jiwang... kalau laskar pelangi jiwang, ana tak suka tengok. tapi tgk sikit, dah macam tertarik sikit.
tapi akhirnya kebosanan melanda. tertidor bila dah sampai tgh.
tapi, apa-apa hal pun, cerita yang ada banyak pengajarannya walaupun ada negatifnya sana sini sikit-sikit (mungkin sikit tu dah jadi banyak).
tau xper..huhu
tahniah, aku ada versi pdf semua karya hirata..tak aku tak puas hati nak beli juga buku3 tu.
nway, selamat berjaya!
suddenly jumpa blog kau sebab curious dengan andrea hirata n laskar pelangi
ila irshadian:
eh, aku nak versi pdf maryamah markov boleh? aku ada format DjVu la. susah la plak nak baca camtu. anyway, klu aku jumpa bukunya pasti aku beli..hehe..mudah sket nak bawak gi mane2. best la baca buku n tgk movienya..
anyway, link tau ke blog ni..hehehe..
ana payah nak faham ayat indon. kalau tengok movie pun kena baca sari kata. ceitanya best, tapi tulah...masalah nak faham ayat.
Susah nak memahami bahasa indonesia?
Bagi saya, untuk memahami bahasa indonesia tidaklah terlalu sukar kerana kita serumpun dengan mereka. Ya, mungkin sesetengah frasa ayatnya agak sukar difahami tetapi kita ingin mengambil pengajarannya kan?
Selalulah membaca buku-buku tarbiyah daripada indonesia dan bertanyalah kepada mereka yang mengetahui jika kamu tidak faham. InshaAllah, semoga Allah mempermudahkan kamu.
p/s1 Saya sebenarnya cuba mengaplikasikan eksperimen tatabahasa tahap tinggi seperti yang disyorkan oleh SangPelangi 8 Siri. Jika bahasa saya kelihatan "skema", saya mohon maaf kepada semua.
p/s2 Asyik tergelak sendiri apabila menulis dengan bahasa sebegini. Tidak sesuai dengan diri saya yang ... ini. :)
salam..
kali pertama tgk laskar pelangi ielah tertgk secare kebetulang. kebetulan ziarah bilik kwn, then die tgh tgk laskar pelangi, br je stat, kirenye processor lptp br nk warm up.
bahsenye agk mudah difahami sbb mcm bm sket. ntah la bhgn indonesia kt mn..
pengajarannya amat byk. bg ana, pengajarannya brjy tutup kekurengan yg ada. ye la, apa2 pun, tgk kebaikan org tuh, bkn sebaliknya. pandai dak2 tu berlakon.. ;p
ckp psl ayat2 cinta, ana rasa produser dh amik iktibar dr muvinya. skrg ni, ketika cinta bertasbih depa amik pelakon yg btoi2 menutup aurat, bukan sekadar lakonan. pelakon utamanya belajar kt pesantren jugak kl xsilap..
Post a Comment