Monday, May 25, 2009

Sebuah Refleksi

Bismillah...

[Kisah ini merupakan analogi penulis. Bukan cerita sebenar. Harap maklum.]

Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mencari-cari buku di perpustakaan. Dibelek-beleknya buku demi buku. Diselak-selaknya sehelai demi sehelai buku-buku itu. Tiba-tiba ia tertarik kepada sebuah buku.

"Wah! Menariknya buku ni." katanya di dalam hati.

Lalu beliau pun berjumpa dengan sahabat-sahabatnya lalu mempengaruhi mereka untuk memperjuangkan isi kandungan buku tersebut. Hasil usaha yang berterusan, tidak mengenal penat lelah, mengorbankan semua yang mereka miliki, komited dan bersungguh-sungguh, akhirnya mereka berjaya menyebarluaskan fahaman mereka sehingga berjaya menguasai sebuah negara kuasa besar.

Apa yang lebih menarik, fahaman ini berkembang dengan cepat sehingga mencapai radius beribu-ribu kilometer ke kawasan-kawasan sekitarnya. Malah lebih jauh dari itu. Ini merupakan hasil "keimanan" yang bersungguh-sungguh terhadap fahaman itu. Mereka merasakan kewajiban untuk meyebarkan kafahaman itu kepada seluruh manusia. Akhirnya wujudlah sebuah hegemoni yang mana sehingga sekarang menjadi salah satu fahaman atau ideologi terbesar di dunia.

Itulah kisah Vladimir IIlyich Lenin. Beliau memperjuangkan ideologi Karl Marx setelah membaca buku tulisan Marx iaitu Das Kapital etc.


Sebuah Refleksi

Seorang yang batil memperjuangkan ideologi yang batil dengan bersungguh-sungguh sehingga ia berkembang dan mempengaruhi dunia. Mengapa?

Cuba kita refleksi diri kita sebagai seorang Muslim yang Haq. Di sisi kita terdapat Al-Quran al-Karim yang Haq. Kita membacanya berulang-ulang kali. Di dalam solat dan di luar solat. Begitu ramai penghafal al-Quran sekarang. Begitu ramai juga yang mengaku berpegang kepada al-Quran. Tetapi bagaimana sikap kita terhadap al-Quran berbanding sikap Lenin terhadap buku Das Kapital? Cuba fikirkan.


Al-Quran Dusturuna
Al-Quran Panduan Kami

10 shuriken:

Nowfara said...

Ni bukan kutukan..

Geng2 lenin ni, agaknya samala macam golongan generasi alquran yang uniq, sahabat2 dulu..

bila datang sesuatu tu, then terus ada feel nk bgtau org lain..hebat2...

ibnu yazid said...

Owh, xpe2..nk kutuk pn bleh..haha...

tu la kot, bila diorg tersibghah je trus ketar2 x senang dok. xleh dok diam. nk pengaruh gk org len trima ideologi diorg.

cmner la nk dpt feel cmtu???!!

[refleksi tuk diriku jua]

snowss_85 said...

tu la...Si Lenin tu dah ader 'imanul A'miq terhadap ideologi Max...

Imanul A'miq kita kat tahap mane plak????

Sebagai dai'e , sepatutnya imanul a'miq tu yang disertai pembentukan teliti dan sejurus dengan amal berterusan

(juga mengingatkn diri sendiri yg >..._)

snowss_85 said...

kita sepatutnya mampu untuk menggerakkan lebih ramai bersama kita...
penggerak dakwah...

Nowfara said...

Kita mampu...dan akan lebih mampu jika ada imaanul 'amiq tuh...huhu

ibnu yazid said...

haa.. tu la nk habaq mai..

cmner nk smpi tahap iman al-amiq tu. geng2 lenin tu dpt "iman" ke? haha.

adakah bkaitan dgn mind set?
sbb ape?

sbb bila mind set dia "aku mesti nk kn habaq kt sumer org psai benda ni. klu sumer org praktik bende ni, mesti kita bleh konker dunia ni dan keamanan dan kebahagiaan pn akan wujud. hahaha [sambil gelak guling2].

tp xtaula. bak kata tuk bayan tula [laskar pelangi] "klu nak berhasil, usaha. klu nak pandai belajar" -apa kaitan??--. btw, tQ sbb komen.

p/s xde sape2 nk kutuk ke? mn tau kot2 salah fakta ke ape. who know..

puding caramel said...

sebenarnya kita pun buleh..sebab kita ada AQ yang lagi tere dari buku tu..cuma ada yang tak perasan sebab
macam seseorang yang bernama moche dayan, seorang pemimpin dan politikus israel: kelemahan islam kini,
1. tataw sejarah
2. xbuat perancangan dengan teliti
3. malas.
[bercakap dengan diri sendiri-revise perkara lepas]

tak tahulah kata-kata dia ini valid atau tak. tapi terfikir.

Allahua'lam

[oh, sungguh negatif komen ini. maaf ya]

ibnu yazid said...

alamak! dh msuk isk dlm ni..hehe. ada btoi gk la apa si cilanat mochendol pulut dayan ckp tu. [ana trase sehh..sbb ana ni malas]. komen ni mmg -ve dan layak dikira sbg kutukan level sederhana.haha...

btw, ana stuju dgn suma. kita boleh, sedang, pasti berubah dan akan kembali menakluki alam ini. janji Allah tu pasti [61:8]. "kita"[isk lg..huhu] yg akan mengubahnya inshaAllah...

Abu Khalid said...

Ana memandang dari sudut lain

Al-Quran dan tarbiyyah yang lahir daripadanya ini sangat-sangat kompleks...

Ianya akan terkena pada siapa sahaja yang bersamanya

Sudah tentunya kita akan diuji dengan sekecil2 hingga sebesar2 ujian..

Ujian ini akan mematangkan kita

Bezanya dengan sosialis laknatullah (yang lahir daripada teori darwin si beruk) ialah ia menembusi tepat kepada hati, fizikal dan akal pesertanya.

Bukan sekadar akal.

Tak susah nak suruh orang percaya A-B=C.

Tapi peritnya untuk nak suruh orang tu percaya A. Nak suruh orang -B dan nak sama-sama secara jamaei dapat C. Syumulnya islam, begitulah teliti perlu kita mentarbiyyah agar semua insan di sekeliling kita ini secara syumulnya rabbani. Tidak sedikitpun terkerat2!

ibnu yazid said...

prof:

ana consider sbg komen la.hehe..
ana stuju dgn nta tp bhs nta tahap tinggi.ana kurang faham.mmg al-Quran kompleks sbb kita x reti bhs arab. kita x feel pn bila bc or dgr al-Quran. but then, dh la kita x reti tp kita malas plak nk blaja[cm ana la].ajari aku...

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template