bismillahirrahmanirrahim
Luahan hati atau luahan perasaan kali ni? Aku taktau. Dah lama aku pendam kt dlm hati ni. Byk perkara, byk persoalan, byk jwpn, byk teka-teki, byk byk dan byk. Benda yg aku xleh nk rungkai sbb aku jenis org yg boleh mendengar dan bg nasihat (ala2 kaunselor la..) tp aku susah bebenor nk luahkan perasaan pd orang lain (jgn salah tafsir..bkn luah perasaan cinta..NEVER before 'AKAD NIKAH..haha). Hanya trusted person je yg pernah dgr aku luahkan perasaan. Adehh, bajet sedih la plak. Tu pun aku dh tak tahan sesgt dgn situasi tu. Aku bkn perfectionist. Bahkan aku x suka benda yg perfect sbb bg aku xde yg perfect kecuali Allah tp semua org nk benda yg terbaik kan?? Perfect is different from BEST! Dan aku gk nk sesuatu tu jd terbaik. Kpd diri aku dan kpd org lain.
Sem ni, bg aku, adalah worst sem dlm sejarah aku blaja kt utm ni. aku langsung xleh nk fokus utk study. So, sem ni worst sem after all. Dh abis dh pn. smlm last paper. 2 out of 5 papers almost xtau nk jwb apa. paper GPS dgn DIP III. Mmg gila susah. tp aku x nangis sbb susah. Dgn tenangnya aku meninggalkan kertas jwpn yg byk lompang, tinggal kosong! Sbb aku x suka buat2 pandai nk jwb soklan yg mmg aku xtau bende.
Tp bknlah kecewa dgn study yg paling aku rasa tp aku kecewa dgn diri aku sendiri. Mengaku sbg daie tp hampeh. Asyik down je. Daie apa cmni?? Usrah kelam-kabut, kurang ziarah silaturrahim, mutabaah hampeh dan mcm2 lg. Aku rs telah mengecewakan seluruh ummat ini yg perlukan org yg - at least - faham kewajiban berdakwah!
Aku x suka crita kisah lama tp bila perlu aku sgt suka. Mengingati sejarah mula2 aku terjebak dgn dakwah adalah pengalaman yg sgt memotivasi aku utk terus istiqamah. Aku bkn lahir dlm family yg faham dakwah apatah lg faham Islam. Aku jarang2 solat walaupn dh nk abis skolah. Lps result spm kluar, aku dpt byk tawaran smbg blajaq. Tp Allah gk berkehendak aku ke KMPK. Tp ada hikmah rupanya. Kt sni aku terenjat dgn budaya study yg aku x pnh praktis pn time skolah dlu. Roomate aku suma border school (MRSM Jasin, SERATAS dan SMKA Sik). aku je dr skolah harian. tp result spm aku sama je dgn diorg. haha..xla rs inferior sgt.
Sem 2 kt kmpk, membe aku ajak ikut usrah.terkejut! ada gk usrah kt kmpk. last aku ikut usrah time form 1. suami ustazah aku bt kt umh dia. tu pn 2-3 kali je. lps tu x gi dh. aku bkn bdk baik pn. so aku pn follow la "usrah" kt kmpk yg membe aku ajak tu. 1st time usrah, aku dh blur tahap 23 dh. gn term halaqah instead of usrah. knp??halaqah tu bende?akh?enta?ana?hampeh..satu bende pn aku x phm. bhs apa yg diorg gn ni. so 1st halaqah tu aku tdo je sbb aku x besa dok dgr crmh smpi 3 jam. 1st halaqah tu 3 jam lebih. start kul 1030 smpi dkt2 kul 2 pg! aku pn tdo. tp x kn marah sbb aku newbies..huhu.
tp progress aku dlm halaqah tu sgtla cpt. oleh krn ukhwah antara aku dgn bdk2 yg dr sem 1 lg dh ikut halaqah tu kuat, so aku blajo dgn cptnya. aku dh mula x tinggal solat, dh reti bc al-Quran, reti ckp ana-enta..haha, dll. spjg berada bersama2 dgn ikhwah2, aku rs sgtla happy. xde duit pn xpe. aku mkn nasik+sosej seketul+kuah+air kosong je hampir tiap2 hari. tp no problem. halaqah tiap2 minggu on. aku mmg dh obses dgn halaqah. murobbi aku je sanggup naik moto ulangalik dr tronoh ke gopeng utk bt halaqah tiap2 minggu. jauh tu. dahla halaqah habis pepagi buta. xpnh mintak seposen pn duit minyak moto dia drpd kitorg. sbb tu la aku sgt tsiqah dgn dia.
membe2 lain sgt memotivasi aku utk beramal. aku x pnh suka dgn buku. apatah nk bc buku. tp bila aku gi blk diorg, aku x jumpa buku fizik, kimia, math atau bio. yg tersusun atas meja study diorg adalah ihya' ulumuddin, syarah hadis 40, al-Quran terjemahan, la tahzan dan sebaris buku2 fikrah yg aku x pernah jumpa kt kedai buku popular. weh, aku dok kt kmpk ke kt mesir?? so aku pn terpengaruh dgn depa2 ni. mula2 fotostat sbb xde duit. kesian..
yg bestnya, tiap2 mlm kitorg kumpul kt masjid al-maghfirah kmpk tu, study group. ada white board besar, ada marker pen. bahagi tugas sapa nk ajar chem, math, physics or bio (aku x amik bio..nk muntah tgk buku bio..huhu). pastu jdlah lecturer x bertauliah memalam buta tu ajo student2 yg "x mampu byr yuran blajo" ni..hehehe..aku pnh ajar math dan physics. chem aku mmg hancus lebus. aku benci organic chem x4 juta 8 ratus 2 puluh 6. bila dh boring blajo, aku mancing ikan kt kolam tepi masjid tu memalam buta. hahaha..korang mesti pelik kan ktne aku sembat pancing..haha..aku bawak dr rumah! geram tul sbb dlm kolam tu ada ikan kaloi yg sungguh besor. so aku dgn membe2 usrah yg lain "berazam" utk pancing ikan tu. malangnya, sehingga ke akhir sem, kami gagal! bijok sungguh ikang tu..
setiap yg bertemu pasti akan berpisah. hujung daurah U, aku menangis sambil peluk ikhwah2. bkn sbb sedih berpisah. takut futur dr jalan dakwah yg kami sm2 lalui bersama di matrik. aku jarang menangis sbb aku ni jenis adventurous. tp tu la..nangis gk..huhu. xleh nk gambarkan betapa rapatnya aku dgn diorg. lg rapat drpd adik-beradik aku sendiri. aku rindu suasana kt dlm blk imam masjid kmpk tu bersama2 diorg. kt situ la aku study, blaja erti dakwah, perbaiki diri, dimotivasi dan memotivasi, erti cinta, ukhwah, hidup dan perjuangan.
skrg suma tu tggl kenangan yg aku xkan lupakan. smg Allah mengurniakan korg suma kebaikan sbyk2nya sbb "menjebakkan" aku ke kancah perjuangan ni. aku down tanpa korg tp aku kn terus berlawan. skrg ada ikhwah2 gk, tp x mcm korg. aku x faham dgn ikhwah2 skrg. susah nk faham sbnrnya. berukhwah hny berdasarkan sama usrah bukan kerana cinta kpd saudara. aku slalu gi ziarah diorg tp diorg x pnh pn nk jenguk aku. sakitkah?demamkah?downkah? tp maybe sesetgh je ikhwah yg cmni. ada lg yg faham. seek first to understand to be understood! frankly, aku kecewa. kecewa sbb aku x lg sbuk cm dlu. klu dlu aku x pnh ada kt blk time weekend, skrg aku bleh tido smpi tghri. bila aku komplen, jwpnnya mudah, "antum kena kuatkan tarbiyah zatiyah". wei, jgn skemala. bkn valid utk suma org. ada org bleh stand bila sorg2, tp ada org xleh. perlukan ikhwah utk motivate, nasihat. jgn senang2 je generalise semua org. aku bkn yg jenis bleh dok sorg2. aku perlu ikhwah support aku, bg smgt kt aku, nasihati aku, tumbuk aku (jika perlu!) dll.
ikhwah2 yg dicintai, klu korg nmpk aku tersasar, luruskanlah aku. klu korg nmpk aku bt slah, tegurla, jgn malu2, aku x mkn org, byk lg nasik ayam chicken chop kt kolej 9...huhu. klu korg x nmpk aku kt surau, carila aku kt blk, mungkin aku sakit. klu x sakit demam pun ntah2 iman aku sakit. korg bwkla ubat tazkirah uphamol 500. klu nmpk aku down, korg motivatela aku. jgn krn aku lebih senior, korg takut nk tegur aku. dlm dakwah xdk seniority. yg ada hny taqwa. aku mungkin terasa hati tp itu lebih baik drpd biarkan aku terus leka. katakanlah yg haq walaupun pahit. dan aku kena terima kebenaran walaupun dari mana datangnya. klu nmpk aku bt benda salah, korg bleh cegah gn tgn/kaki/lutut/siku atau mulut korg yg laser tp jgn benci dlm hati je. sesama ikhwah wajib tegur!
ikhwah2 yg aku cintai, aku mungkin bukan yg terbaik, tp aku nk jd baik. korg boleh tlg aku kan?? doakan aku terus tsabat dan istiqamah atas jalan ni. terus bersama "kereta" dakwah ni menuju destinasi. wallahua'lam.
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Arkib
-
▼
2008
(59)
-
▼
November
(20)
- Luahan apa?
- ::isteri no 2::
- 3 Langkah Menjadi Manusia Terbaik
- Antara Teknik Mendidik
- Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?
- Malaysia Negara Islam??
- Terimalah kebenaran walau dari mana datangnya..
- Kehidupan Dunia...
- Anjing Dan Awek
- Kekuatan yang sering dilupakan...
- Tiada yang menarik...
- Easy Exam Preparation
- Perkembangan Islam di Amerika, Malaysia Bagaimana?
- Usrah Naruto
- Tinggalkan tempat tidurmu...
- Perang di Bumi UTM !!!
- Jangan Bersedih Kerana Ditangguhkan Rezeki
- Dakwah Tanpa Suara
- Pendakwah dan Kekuatan Fizikal
- Tragedi Bi'r Ma'unah
-
▼
November
(20)
Thoriquna
Visitants
Followers
Traffic
Thursday, November 20, 2008
Luahan apa?
shinobi ibnu yazid on 11:27 14 shuriken
jutsu ketidakpuasan hati
Wednesday, November 19, 2008
::isteri no 2::
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa.
Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.
Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.
Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin. Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit.
Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri. "Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Fikri.
SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN! JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM! JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…
di petik dari http://mifqiah. blogspot. com/ Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi ibnu yazid on 18:39 2 shuriken
jutsu Lain-lain
Tuesday, November 18, 2008
3 Langkah Menjadi Manusia Terbaik
dakwatuna.com - Ada hadits pendek namun sarat makna dikutip Imam As-Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan literalnya: sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain.
Darjat hadits ini ini menurut Imam Suyuthi tergolong hadits hasan. Syeikh Nasiruddin Al-Bani dalam bukunya Shahihul Jami’ush Shagir sependapat dengan penilaian Suyuthi.
Adalah aksioma bahwa manusia itu makhluk sosial. Tak ada yang dapat membantah. Tidak ada satu orangpun yang dapat hidup sendiri. Semua saling berketergantungan. Saling memerlukan.
Karena saling memerlukan, pola hubungan seseorang dengan orang lain adalah untuk saling mengambil manfaat. Ada yang memberi jasa dan ada yang mendapat jasa. Si pemberi jasa mendapat imbalan dan penerima jasa mendapat manfaat. Itulah pola hubungan yang lazim. Adil.
Jika ada orang yang mengambil terlalu banyak manfaat dari orang lain dengan pengorbanan yang amat minimum, naluri kita akan mengatakan itu tidak adil. Orang itu telah berlaku curang. Dan kita akan mengatakan seseorang berbuat jahat ketika mengambil banyak manfaat untuk dirinya sendiri dengan cara yang salah dan melanggar hak orang lain.
Begitulah hati sanubari kita, selalu menginginkan pola hubungan yang saling ridho dalam mengambil manfaat dari satu sama lain. Jiwa kita akan senang dengan orang yang mengambil manfaat bagi dirinya dengan cara yang baik. Kita anggap seburuk-buruk manusia orang yang mengambil manfaat banyak dari diri kita dengan cara yang salah. Apakah itu menipu, mencuri, dan mengambil paksa, bahkan dengan kekerasan.
Namun yang luar biasa adalah orang lebih banyak memberi dari mengambil manfaat dalam berhubungan dengan orang lain. Orang yang seperti ini kita sebut orang yang terbaik di antara kita. Dermawan. Ikhlas. Tanpa upah. Tidak punya vested interest.
Orang yang selalu menebar kebaikan dan memberi manfaat bagi orang lain adalah sebaik-baik manusia. Kenapa Rasulullah saw. menyebut seperti itu? Setidaknya ada empat alasan. Pertama, karena ia dicintai Allah swt. Rasulullah saw. pernah bersabda yang bunyinya kurang lebih, orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Siapakah yang lebih baik dari orang yang dicintai Allah?
Alasan kedua, karena ia melakukan amal yang terbaik. Kaidah usul fiqih menyebutkan bahwa kebaikan yang amalnya dirasakan orang lain lebih bermanfaat berbanding yang manfaatnya dirasakan oleh diri sendiri. Apalagi jika spektrumnya lebih luas lagi. Amal itu boleh menyebabkan orang seluruh negeri merasakan manfaatnya. Karena itu tak heran jika para sahabat ketika ingin melakukan suatu kebaikan bertanya kepada Rasulullah, amal apa yang paling afdhol untuk dikerjakan. Ketika musim kemarau dan masyarakat kesulitan air, Rasulullah berkata membuat sumur adalah amal yang paling utama. Saat seseorang ingin berjihad sementara ia punya ibu yang sudah tua dan tidak ada yang merawat, Rasulullah menyebut berbakti kepada si ibu adalah amal yang paling utama bagi orang itu.
Ketiga, karena ia melakukan kebaikan yang sangat besar pahalanya. Berbuat sesuatu untuk orang lain besar pahalanya. Bahkan Rasulullah saw. berkata, “Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu kebutuhannya, maka itu lebih aku cintai daripada I'tikaf sebulan di masjidku ini.” (HR Ath-Thabrani). Subhanallah.
Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa balasan, mengundang kesaksian dan pujian orang yang beriman. Allah swt. mengikuti persangkaan hambanya. Ketika orang menilai diri kita adalah orang yang baik, maka Allah swt. menggolongkan kita ke dalam golongan hambanya yang baik-baik.
Pernah suatu ketika lalu orang membawa jenazah untuk diantar ke kuburnya. Para sahabat menyebut-nyebut orang itu sebagai orang yang tidak baik. Kemudian lalu lagi orang-orang membawa jenazah lain untuk diantar ke kuburnya. Para sahabat menyebut-nyebut kebaikan si mayat. Rasulullah saw. membenarkan. Seperti itu jugalah Allah swt. Karena itu di surat At-Taubah ayat 105, Allah swt. menyuruh Rasulullah saw. untuk memerintahkan kita, orang beriman, untuk beramal sebaik-baiknya amal agar Allah, Rasul, dan orang beriman menilai amal-amal kita. Di hari akhir, Rasul dan orang-orang beriman akan menjadi saksi di hadapan Allah bahwa kita seperti yang mereka saksikan di dunia.
Untuk dapat menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, kita perlu menyiapkan beberapa hal dalam diri kita. Pertama, tingkatkan derajat keimanan kita kepada Allah swt. Sebab, amal tanpa mengharap balasan adalah amal yang hanya mengharap ridho kepada Allah. Kita tidak meminta balasan dari manusia, cukup dari Allah swt. saja balasannya. Ketika iman kita tipis terkikis, tak mungkin kita akan dapat beramal ikhlas Lillahi Ta’ala.
Ketika iman kita memuncak kepada Allah swt., segala amal untuk memberi manfaat bagi orang lain menjadi ringan dilakukan. Bilal bin Rabah bukanlah orang kaya. Ia hidup miskin. Namun kepadanya, Rasulullah saw. memerintahkan untuk bersedekah. Sebab, sedekah tidak membuat rezeki berkurang. Begitu kata Rasulullah saw. Bilal mengimani janji Rasulullah saw. itu. Ia tidak ragu untuk bersedekah dengan apa yang dimiliki dalam keadaan sesulit apapun.
Kedua, untuk dapat memberi manfaat yang banyak kepada orang lain tanpa balasan, kita harus mengikis habis sifat egois dan rasa serakah terhadap materi dari diri kita. Allah swt. memberi contoh kaum Anshor. Lihat surat Al-Hasyr ayat 9. Merekalah sebaik-baik manusia. Memberikan semua yang mereka butuhkan untuk saudara mereka kaum Muhajirin. Bahkan, ketika kaum Muhajirin telah mapan secara financial, tidak terbetik di hati mereka untuk meminta kembali apa yang pernah mereka beri.
Yang ketiga, tanamkan dalam diri kita logika bahwa sisa harta yang ada pada diri kita adalah yang telah diberikan kepada orang lain. Bukan yang ada dalam genggaman kita. Logik ini diajarkan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Suatu ketika Rasulullah saw. menyembelih kambing. Beliau memerintahkan seorang sahabat untuk menyedekahkan daging kambing itu. Setelah dibagi-bagi, Rasulullah saw. bertanya, berapa yang tersisa. Sahabat itu menjawab, hanya tinggal sepotong paha. Rasulullah saw. mengoreksi jawaban sahabat itu. Yang tersisa bagi kita adalah apa yang telah dibagikan.
Begitulah. Yang tersisa adalah yang telah dibagikan. Itulah milik kita yang hakiki karena kekal menjadi tabungan kita di akhirat. Sementara, daging paha yang belum dibagikan hanya akan menjadi sampah jika busuk tidak sempat kita manfaatkan, atau menjadi kotoran ketika kita makan. Begitulah harta kita. Jika kita tidak memanfaatkannya untuk beramal, maka tidak akan menjadi milik kita selamanya. Harta itu akan habis lapuk karena waktu, hilang karena kematian kita, dan selalu menjadi intaian ahli waris kita. Maka tak heran jika dalam sejarah kita melihat bahwa para sahabat dan salafussaleh enteng saja menginfakkan harta yang mereka miliki. Sampai sampai tidak terpikirkan untuk menyisakan barang sedirham pun untuk diri mereka sendiri.
Keempat, kita akan mudah memberi manfaat tanpa balasan kepada orang lain jika dibenak kita ada pemahaman bahwa sebagaimana kita memperlakukan seperti itu jugalah kita akan diperlakukan. Jika kita memuliakan tamu, maka seperti itu jugalah yang akan kita dapat ketika bertamu. Ketika kita ziarah ke tetangga, maka sikap seperti itu jugalah yang kita dapatkan dari tetangga kita.
Kelima, untuk dapat memberi, tentu Anda harus memiliki sesuatu untuk diberi. Kumpulkan bekal apapun bentuknya, apakah itu finansial, pikiran, tenaga, waktu, dan perhatian. Jika kita punya air, kita dapat memberi minum orang yang harus. Jika punya ilmu, kita dapat mengajarkan orang yang tidak tahu. Ketika kita sehat, kita dapat membantu beban seorang nenek yang menjinjing tak besar. Luangkan waktu untuk bersosialisasi, dengan begitu kita dapat hadir untuk orang-orang di sekitar kita.
Mudah-muhan yang sedikit ini dapat menginspirasi.
p/s - dengan sedikit perubahan dari artikel asal
shinobi ibnu yazid on 08:11 0 shuriken
Monday, November 17, 2008
Antara Teknik Mendidik
Bismillahirrahmanirrahim
Berikut adalah kisah yang pernah disampaikan oleh Imam Hasan Al-Banna. Beliau berkata:
"Beberapa orang sahabat mahu menanam beberapa biji benih pokok. Mereka menggali beberapa lubang di atas tanah, lalu memasukkan benih-benih tersebut ke dalam setiap lubang yang sudah mereka gali. Selang beberapa lama, benih-benih itupun mulai tumbuh lalu membesar segar dengan akar-akarnya yang kuat mencengkam tanah.
Mereka berkata sesama mereka, "Ini adalah sunnah Allah ke atas setiap makhluk dan kejadian. Begitulah apabila kita tanamkan benih di atas tanah. Boleh jadi dimakan burung dan kita pun kehilangan benih itu. Begitulah pula apabila ada sesetengah orang yang tergesa-gesa mahu memperoleh buah dan tidak sabar-sabar mahukan hasil yang lumayan padahal hasil itu tidak mungkin diperoleh dalam satu hari satu malam. Mungkin perlu masa berbulan-bulan untuk setiap pohon itu tumbuh membesar dan berbuah.
Sebagai contoh, tanaman gandum biasanya memakan masa lebih kurang enam bulan. Di antara tempoh penyemaian dan penuaian, ada masa luang yang panjang sekali. Masa luang itulah yang mesti digunakan oleh setiap petani dengan sebaik mungkin. Sementara menunggu gandum masak ranum, mereka boleh menanam sayur-sayuran seperti tomato, cili dan sebagainya sebelum tiba musim menuai."
p/s dipetik daripada buku "Jalan ke Hati" oleh Syeikh Abbas As-Siisi.
shinobi ibnu yazid on 15:42 0 shuriken
jutsu Bedah Buku
Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?
ZAMAN SEKOLAH
1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.
ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ
1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!
ZAMAN HABIS BELAJAR
1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.
ZAMAN KERJA
1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?ZAMAN KAHWIN
1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.
ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL
1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.
ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH
1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...
ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN
1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.
4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.
5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.ZAMAN DALAM KUBUR
1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?
Aku menyesallllll.........!!!
Tulisan asal oleh Abu Zulfiqar "AlexanderWathern---> klik sini
shinobi ibnu yazid on 15:14 0 shuriken
jutsu Tazkirah
Saturday, November 15, 2008
Malaysia Negara Islam??
bismillahirrahmanirrahim
aku terbaca kat forum X (dirahsiakan) tadi berkaitan negara Islam. Persoalannya, adakah Malaysia negara Islam? Sebuah soalan provokasi yang bagus untuk difikirkan. Malangnya, rata-rata yang memberi komen sedikit emosional. Terlalu ikutkan perasaan. Boleh saja kalau nak membangkang persoalan tersebut tetapi perlulah dengan hikmah, nasihat yang baik dan debat yang lebih baik (16:125).
tujuan aku bawa isu ni kat sini bukanlah nak menghujahnya ataupun nak mendeskripsi secara detail. siapalah aku nak menghurai perkara-perkara yang melibatkan fiqh ni. tapi semua orang boleh buat penilaian sendiri dari apa yg dia lihat dengan mata kepala dia. semua orang boleh klaim sesuatu. contohnya, saya seorang yang kaya raya. ada duit berjuta-juta. tapi bila tengok, pakai motor kapcai je. rumah kecik. segala-galanya nampak sederhana malah fakir! jadi, kebarangkalian untuk mempercayai kata-kata saya adalah tersangatlah kecil. kalau ada yang percaya pun mungkin menganggap saya zuhud kepada dunia. tapi macam mustahil.
dalam kes malaysia ni pun lebih kurang. pihak legislatif klaim, negara kita adalah negara islam. islam adalah agama rasmi. dan "mencipta" slogan baru -Islam Hadhari-. negara malaysia islam hadhari ini menjadi contoh kepada negara-negara islam yang lain dari segi pembangunan material yang menjadi tunjang kepada islam hadhari itu sendiri. tapi dari segi spiritiual, bolehkah malaysia menjadi contoh?? layakkah? semua orang boleh fikir dengan waras kan? so bleh buat penilaian sendiri.
bagi aku, yang paling utama untuk kita fikirkan bukanlah malaysia ni negara Islam atau tak tetapi bagaimana nak mewujudkan negara Islam itu sendiri. berbalik kepada amal dakwah yang semua orang Islam wajib fahami. bagaimanakah asas pembentukan negara islam. logiknya, sebelum ada negara perlu ada masyarakat yang menyokong negara itu. sebelum ada masyarakat, perlu ada keluarga atau kelompok-kelompok yang menjadikan masyarakat itu sendiri. sebelum ada keluarga perlu ada individu-individu yang akan membentuk keluarga. jadi, asasnya adalah individu.
logik amal islamnya, individu muslim --> keluarga muslim --> masyarakat muslim --> kerajaan Islam --> daulah Islam. jadi, kerja kita sekarang adalah membina individu muslim. dan marhalah seterusnya mengikut kemampuan. pada hemat aku, sekarang ni takde lagi masyarakat muslim walaupun keluarga muslim dah banyak. disebabkan tiada wihdatul fikr atau kesatuan pemikiran, umat ini terus berpecah-belah. dengan hujah, kepelbagaian adalah rahmat, semua orang taknak bersatu. padahal perbezaannya tersangatlah kecil. aku pun taktau. siapalah aku.
jadi, persoalan tu terjawab dengan qudwah. kalau cakap je takde contoh, takdak sapa pn nk iku kecuali kroni. semoga bermanfaat. wallahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 22:24 0 shuriken
Friday, November 14, 2008
Terimalah kebenaran walau dari mana datangnya..
Bismillahirrahmanirrahim
"Ala..ko pun sama la. Macamla ko tak pernah buat dosa." kata seseorang apabila dinasihati kawannya. Aku tak nak sebut apakah kesalahan yang dilakukan sehingga tersembul ayat tersebut. Menjadi seorang penyeru agama Allah tidaklah semudah yang disangkakan. Tiada karpet merah yang dibentangkan. Tiada jemputan rasmi alu-aluan. Bahkan, seringkali menjadi daie menjadi titik mula kepada sebuah tentangan, penyeksaan dan pelbagai lagi mehnah dan tribulasi yang datang bergerombolan.
Sekadar sebuah kata penghinaan, cacian dan makian, normal. Itupun jika betul-betul telah melaksanakan perintah amar makruf nahi mungkar. Menasihati manusia ke arah kebenaran walaupun realitinya amat pahit untuk diluahkan terutamanya kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan taulan. Nilai kekeluargaan dan persahabatan lebih diutamakan daripada nilai sebuah kebenaran. Redha manusia didahulukan daripada redha Allah. Itulah yang banyak terjadi. Dan aku tak terkecuali.
Jalan dakwah ini memang begitu sifatnya. Jalannya panjang penuh duri. Dugaan datang silih berganti. Iman diuji tak henti-henti. Pendukungnya sedikit. Musuhnya ramai dari kalangan manusia dan syaitan. Berada di atasnya ibarat berjalan di atas bara api. Hanya yang teguh mampu berdiri. Walaupun terpaksa mati.
Aku menonton cerita Sang Murobbi lagi. Entah yang keberapa kali. "Terimalah kebenaran walau dari mana datangnya" tulis sang murobbi kepada adiknya si Nawi. Aku agak tersentak. Selama ini aku agak selektif dalam menerima nasihat. Ini bukan kali pertama aku mendengar kata-kata begini tetapi syaitan sentiasa mengambil peluang untuk melalaikan manusia dari kebenaran. Kata-kata Saidina Ali k.w.j aku ingat kembali, "Janganlah kamu melihat kepada siapa yang berkata-kata, tetapi lihatlah kepada apa yang dikatakan." Betul. Yang terpenting adalah perkataan yang haq walaupun keluar dari seorang yang paling dibenci. Manusia tidak sempurna. Mungkin atas sebab itu tiada alasan kepada sesiapapun untuk tidak mengatakan kebenaran.
"Aku ni lemah la..macamane nak nasihat orang, aku sendiri pun tak ternasihat." kata seorang rakan. "Buat usrah?!" kata rakan yang lain separuh terkejut. "Tak bersedia lagi la. Ilmu belum cukup lagi. Loklaq lagi ni. Orang pun tak tsiqah. Camne nak jadi naqib." sambungnya. "Buat apa nak nasihat, aku pun sama." Dan macam-macam lagi alasan untuk tidak mengatakan kebenaran.
Kebenaran memang sukar untuk diluahkan. Dalam praktis, ketiadaan qudwah adalah sebab utama kenapa sukar untuk mengatakannya. Orang yang tidak ada sesuatu maka dia tidak dapat memberi sesuatu. Pokok yang tidak menghasilkan buah pasti tidak dapat berbuah. Keteladanan merupakan faktor utama kepada tumbuh suburnya kebenaran. Para sahabat as-sabiqun awwalun banyak yang masuk Islam disebabkan oleh keteladanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Akhlak Baginda adalah Al-Quran. Dan itu pasti kerana Baginda saw adalah Al-Quran berjalan.
Akhir kalam, "Katakanlah yang haq (benar) walupun pahit."
shinobi ibnu yazid on 07:13 3 shuriken
jutsu dari pena penulis...
Wednesday, November 12, 2008
Kehidupan Dunia...
Bismillahirrahmanirrahim
Semalam genap umur aku 22 tahun. Penggenapan yang membawa erti Allah telah mengurangkan subsidi umur aku. Aku semakin menghampiri detik terakhir dalam hidup aku. Tapi bila dihitung-hitung semula, tiada apa yang aku persiapkan untuk menghadapinya. Sekadar amalan wajib harian yang entah diterima atau tidak.
(Maksud Hadis)
(QS: Al-Hasyr:18)
shinobi ibnu yazid on 18:08 1 shuriken
jutsu Self-Introspection
Tuesday, November 11, 2008
Anjing Dan Awek
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
(Surah Zumar: 9)
shinobi ibnu yazid on 09:18 2 shuriken
jutsu Self-Introspection
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-