Wednesday, November 12, 2008

Kehidupan Dunia...

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam genap umur aku 22 tahun. Penggenapan yang membawa erti Allah telah mengurangkan subsidi umur aku. Aku semakin menghampiri detik terakhir dalam hidup aku. Tapi bila dihitung-hitung semula, tiada apa yang aku persiapkan untuk menghadapinya. Sekadar amalan wajib harian yang entah diterima atau tidak.

"Orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya"
(Maksud Hadis)

Namun aku berharap usia yang dikurniakan oleh Allah ini dapat aku gunakan untuk kepentingan agama Islam yang aku cintai ini. Usia ini hanyalah pinjaman. Semakin bertambah usia, setiap saat, bererti aku telah menambah pinjaman dalam akaun peribadiku. Kelak Allah akan menuntut setiap detik usiaku. Ke manakah telah aku gunakan usiaku? Jika aku menggunakan ke arah redha Allah, semoga Allah mengampuni dosa-dosaku. Jika sebaliknya, na'uzubillahiminzalik.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
(QS: Al-Hasyr:18)

Wallahua'lam

1 shuriken:

rocketingrabbit said...

sanah helwa..moga kehidupan sebelum ini menjadi satu kenangan yang juga menjadi pengajaran dan iktibar untuk kehidupan akan datang yang membawa erti buat kamu dalam perjuangan seorang abidurrahman..insyaAllah..ameen..

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template