Bismillahirrahmanirrahim
Dakwah seperti ini sebenarnya mencerminkan teladan baik pada diri seseorang pendakwah. Teladan yang baik tidak memerlukan sebarang penjelasan atau perbincangan. Ia adalah jalan yang paling mudah dan singkat bagi seseorang muslim untuk menyampaikan seruan Islam kerana keimanan yang diperolehi dengan cara ini adalah berbentuk pandangan dan gambaran. Imam Hasan Al-Banna pernah berkata: "Sebuah buku yang diletakkan di dalam perpustakaan boleh dibaca oleh seorang individu sahaja. Tetapi seorang muslim yang sejati adalah buku yang boleh dibaca oleh semua orang. Ke mana sahaja dia berjalan, maka dia sebenarnya adalah dakwah yang bergerak. Firman Allah SWT;
(QS Al-Ahzab:21)
Sebab itulah setiap kali kita dapati seorang pelajar muslim yang mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan tidak banyak bercakap tetapi menunjukkan keperibadiannya melalui perbuatan seharian. Begitu juga dengan seorang pekerja yang berjaya atau sesiapa sahaja. Firman Allah SWT;
2 shuriken:
Bismillah...
mungkin nta berminat untuk membaca artikel2 yang ana kepilkan di sini, untuk menambah pengetahuan...
http://cikgueya.blogspot.com/2008/10/penutup-pintu-hati-salah-siapa.html
Post a Comment