Monday, November 03, 2008

Perang di Bumi UTM !!!

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, perang meletus di bumi teknologi ini. Ribuan tentera, lelaki dan perempuan berpusu-pusu berangkat ke medan perang. Masing-masing membawa persenjataan yang lengkap. Musuh yang dihadapi bukan calang-calang. Bukan sekadar menuntut kekuatan fizikal malahan mental yang ampuh. Persiapan selama beberapa bulan akan diterjemahkan ke dalam perlawanan hebat yang ditunggu-tunggu. Perlawanan meraih prestij. Bukan semua orang mampu menjadi tentera di dalam pertarungan ini. Proses pemilihannya yang agak ketat telah membunuh harapan sekian banyak perajurit lain. Anehnya, tentera wanita lebih ramai daripada lelaki! Ke mana perginya lelaki yang selama ini mengaku sebagai pahlawan sejati? Lebih aneh lagi, tenteranya terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa. Perang apakah ini?! Sungguh aneh dan menakjubkan...

Pihak lawan yang ingin ditentang hanya sehelai sepinggang. Tiada apa-apa senjata canggih yang dibawa. Mungkin disebabkan badan yang sekeping itu tidak mampu mengusung AK47 atau laras M16. Dibandingkan dengan tentera bersekutu yang lengkap dengan "AK47 jenis kilometrico", "M16 papermate", "bom jenis faster", "snyper pentel buatan jepun" dan pelbagai jenis lagi kelengkapan perang yang menggerunkan. Namun, itu tidak sedikitpun menggentarkan tentera lawan. Malah tubuh leper itu begitu menakutkan di mata dan hati tentera bersekutu. Masuk saja ke medan perang, segala amunisi tadi seakan-akan tidak mampu memuntahkan pelurunya. Tersekat antara minda dan udara. Entah kenapa. Adakah pertarungan ini matrix yang diprogram di dalam minda untuk mewujudkan realiti ruang dan masa? Period.

Aku juga akan berperang mewakili tentera bersekutu. Pasukanku akan bergerak agak lewat. Bukan kerana kurang persiapan tetapi arahan pihak atasan. Kami akan mula bergerak pada 6ixe1eve4 nnt. Aku hanya meletakkan kodnya sahaja. Dalam tentera, setiap maklumat adalah rahsia. Semua maklumat dikod menggunakan kriptografi. Semua kelengkapan telah disediakan. Taktik dan strategi juga telah dikaji dan diulangkaji. Hanya menunggu untuk diaplikasikan saja. Sungguh penantian yang agak menggerunkan. Setelah sekian lama berusaha, hanya doa dan tawakal dipanjat kepadaNya. Wallahua'lam.

1 shuriken:

Sutera Maya said...

assalamualaikum.......
aelamat berjuang dlm final...

"hidup ini....kata Ahmad Syauqi- adalah keyakinan dan perjuangan...
dan perjuangan orang mukmin sejati... kata Imam Ahmad b.Hanbal- tidak akan terhentikecuali ketika kedua telapak kakinya telah menginjak pintu syurga.."

teruskan perjuangan...smua yang dilakukan di dunia adalah perjuangan untuk mendaptkan syurga..InsyaAllah

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template