Monday, November 17, 2008

Antara Teknik Mendidik

Bismillahirrahmanirrahim

Berikut adalah kisah yang pernah disampaikan oleh Imam Hasan Al-Banna. Beliau berkata:

"Beberapa orang sahabat mahu menanam beberapa biji benih pokok. Mereka menggali beberapa lubang di atas tanah, lalu memasukkan benih-benih tersebut ke dalam setiap lubang yang sudah mereka gali. Selang beberapa lama, benih-benih itupun mulai tumbuh lalu membesar segar dengan akar-akarnya yang kuat mencengkam tanah.

Mereka berkata sesama mereka, "Ini adalah sunnah Allah ke atas setiap makhluk dan kejadian. Begitulah apabila kita tanamkan benih di atas tanah. Boleh jadi dimakan burung dan kita pun kehilangan benih itu. Begitulah pula apabila ada sesetengah orang yang tergesa-gesa mahu memperoleh buah dan tidak sabar-sabar mahukan hasil yang lumayan padahal hasil itu tidak mungkin diperoleh dalam satu hari satu malam. Mungkin perlu masa berbulan-bulan untuk setiap pohon itu tumbuh membesar dan berbuah.

Sebagai contoh, tanaman gandum biasanya memakan masa lebih kurang enam bulan. Di antara tempoh penyemaian dan penuaian, ada masa luang yang panjang sekali. Masa luang itulah yang mesti digunakan oleh setiap petani dengan sebaik mungkin. Sementara menunggu gandum masak ranum, mereka boleh menanam sayur-sayuran seperti tomato, cili dan sebagainya sebelum tiba musim menuai."

p/s dipetik daripada buku "Jalan ke Hati" oleh Syeikh Abbas As-Siisi.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template