Bismillahirrahmanirrahim
"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(QS Al-Israa':79)
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya*, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(QS As-Sajadah:16)
* Mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur untuk mengerjakan solat malam
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari kecuali sebahagian kecil, iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari (seperdua) itu dan bacalah Al-Qur'an dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang. Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati."
(QS Al-Muzzammil:1-8)
(QS Al-Israa':79)
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya*, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(QS As-Sajadah:16)
* Mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur untuk mengerjakan solat malam
(QS Al-Muzzammil:1-8)
"Abdullah bin Abbas r.a. menceritakan, bahawa pada suatu malam dia bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi saw. (adik ibu Abdullah), katanya: "Saya tidur melintang bantal sedang Rasulullah saw dan isteri beliau membujur. Rasulullah saw tidur sehingga pertengahan malam, atau sedikit lebih kurang. Kemudian beliau bangun, duduk sambil menggosok matanya untuk menghilangkan kantuk. Sesudah itu beliau membaca sepuluh ayat penghujung surah Ali Imran.
Kemudian beliau berdiri dan melangkah ke sebuah tempat air yang tergantung. Beliau berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya. Kemudian beliau berdiri untuk menunaikan solat.
Kata Ibnu Abbas selanjutnya, "Aku berdiri pula dan berwudhuk seperti yang dilakukan beliau. Sesudah itu aku berdiri di samping beliau. Beliau meletakkan tangan kanannya di kepalaku, menarik telingaku yang kanan dan memilinnya (menyuruh pindah dari kiri ke kanan beliau).
Lalu Nabi saw solat dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat dan sesudah itu dua rakaat (6 x 2 rakaat), kemudian beliau solat witir (ganjil bilangan rakaatnya).
Kemudian beliau berbaring kembali, hingga datang Muazin (Bilal, memberitahukan Subuh telah datang), lalu beliau berdiri dan solat sunat yang ringkas dua rakaat.
Sesudah itu beliau pergi ke masjid untuk solat Subuh."
(Petikan Hadis Shahih, Hadis ke 130 dalam Shahih Bukhari I, m.s 87-88)
1 shuriken:
semoga kita sentiasa diberi kekuatan dan kemudahan olehNya untuk meninggalkan tempat tidur untuk beribadah kepadaNya.InsyaAllah..Amin..
Post a Comment